Ranking Kelajuan Internet Di Dunia.

By | June 9, 2012

Internet sememangnya satu keperluan masa kini. Aku pasti ramai antara kita sudah pun celik IT. Bukan setakat menggunakan komputer malah sudah pun mahir menggunakan Internet sebagai tugas harian. Paling tidak pun ramai yang mahir meggunakan Muka Buku kan. Kira dah ok laa tu. Kalau dah boleh login ke facebook, check email ataupun Jobstreet. Itu dah bagus tu.

Bukan setakat itu sahaja, malah ramai pengguna Internet sudah pun pandai “complain” bila Internet lembab. Wah maju kehadapan semua rakyat Malaysia ni. Masih ingat lagi Entri Ini : Celcom Broadband Masalah Ke? Ataupun Adakah Yes 4G Bakal Pengubat Duka?. Entri-entri ini semuanya menceritakan sedikit sebanyak senario Internet di Malaysia. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.


Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi maklumat yang mungkin rami yang tak tahu. Berikut adalah “ranking” kelajuan Internet di dunia. Statistik ini di buat oleh http://www.netindex.com. Statistik yang di tunjukkan di bawah di ambil dari Disember 2009 – Jun 2012.  Ianya mengambil kira kelajuan Internet secara purtanya bagi penduduk di sesebuah negara. Luxembourg mendahului senarai negara yang menyediakan Internet paling laju. Luxembourg mendahului dengan 49.63Mbps. Negara Asia pula di dahului dengan Hong Kong di kedudukan ke 4 dengan 35.84Mbps. Bagi negara Asean pula Singapura di kedudukan ke-6 dengan 28.50Mbps.

Memang laju kan. Malaysia pula bagaimana? Malaysia berada di kedudukan Sembilan Puluh Dua dengan kelajuan 3.94Mbps. Apa pun top 100, lebih baik kedudukan dari ranking Bolasepak Fifa. Kan. Yang mengejutkan aku adalah Negara Asean yang lain. Nampak seperti lebih mundur dari Malaysia, tetapi perkhidmatan Internet lebih baik Malaysia. Vietnam menduduki di kedudukan ke-54 dengan 8.54Mbps. Dan Thailand pula di kedudukan ke-63 dengan 6.85Mbps.

Bagaimana negara Vietnam dan Thailand boleh memberikan servis Internet yang lebih baik berbanding Malaysia. Siapa nak jawab persoalan ini? Adakah Infrastruktur Talian Internet di Malaysia masih di tahap yang masih mendukacitakan? Adakah kedudukan geografi yang penuh gunung ganang menjadi penyebab talian Internet Malaysia agak sukar di sampaikan kepada penguna? Erm banyak betul persoalan yang bermain di minda ketika ini.


Lagi satu statistik yang agak mengejutkan aku. Bila di lihat lebih teliti lagi kelajuan Internet di Malaysia, aku dapati Kuala Selangor menduduki tempat pertama dengan 6.98Mbps. Bukan Kuala Lumpur ya. Tempat ke-2 Perai dengan 5.33Mbps. Ulu Tiram pula di kedudukan ke-10 dengan 4.10Mbps. Ermm…bagus juga kedudukan Ulu Tiram. Lebih baik dari Kulaijaya dan Johor Bahru. Wah statement ni mesti membuatkan Kawan Baik aku iri hati. Mungkin dia akan bertukar fikiran untuk berpindah di Ulu Tiram agaknya…:)

Apa pun, kita tetap menikmati talian Internet. Cuma aku tertanya-tanya, mengapa talian Internet di Malaysia masih tidak tahap yang membanggakan. Kalau nak di bandingkan dengan Singapura jauh sekali. Tetapi bagaimana pula dengan Vietnam dan Thailand? Siapa ada jawapan sila berikan di ruangan komen.

9 thoughts on “Ranking Kelajuan Internet Di Dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge