Monthly Archives: June 2012

FAM Digodam Lagi.

Entah kali ke berapa aku pun tak pasti. Laman web FAM di HACK lagi. Kasar tu bahasanya. Laman Web FAM kene godam lagi. Haa baru elok sikit. Nampak gayanya penggodam datangnya dari Indonesia. Terro juga eh. Mungkin mereka marah sangat agaknya sebab team Harimau Malaya semakin bagus. Ataupun sebab Netherland x masuk suku akhir Euro2012. Tapi aper kena mengena eh? Entahlah. Wah ni macam kena santau dari jauh ni. Indonesia tu. 🙂 Kepada pihak yang bertanggung jawab dengan  server FAM, sila lakukan sesuatu.

Antara ayat-ayat pujangga yang di paparkan oleh penggodam :

JANJI KAMI MASIH SAMA DENGAN JANJI ORANG-ORANG SEBELUM KAMI
BAHWA SELAMA MASIH DARAH DAN TULANG KAMI BERWARNA MERAH DAN PUTIH
DAN DENGAN CARA KAMI SENDIRI, TAK AKAN KAMI BIARKAN SEORANGPUN BERANI MENCOBA MENURUNKAN SANG SAKA MERAH PUTIH DARI PUCUK TIANG TERTINGGI
TAK AKAN KAMI BIARKAN SEORANGPUN MENGGANGGU BERKIBARNYA SANG DWI WARNA DI LANGIT BIRU IBU PERTIWI RAWE-RAWE RANTAS MALANG-MALANG TUNTAS #TorTorOPS

 

20 Tempat Paling Aman di Dunia.

Global Peace Index (GPI) untuk tahun 2012 telah pun di keluarkan 2 hari lepas . Alhamdullilah, Malaysia masih lagi aman apabila menduduki tempat ke – 20 paling aman di dunia. Wah Top 20 ni. Lebih baik dari Australia, Singapura dan juga United Kingdom.  Mungkin masih ada yang tidak tahu apa itu GPI. GPI adalah Global Peace Index atau dengan kata melayu nya, Indeks Keamanan Global.

Indeks ini diterbitken oleh Institute for Economics & Peace yang bertindak untuk mengukur nilai indeks keamanan global. Indeks ini mengambil kira beberapa petunjuk seperti kes pembunuhan yang berlaku sesebuah negara, populasi banduan di penjara, akta pengganas, pegawai keselamatan dan polis, demonstrasi ganas, hubungan baik dengan negara jiran, jenayah ganas, bilangan pelarian  dan macam-macam lagi. Boleh rujuk di sini.

Bagi Malaysia turun satu anak tangga dari tempat ke-19 pada tahun 2011 dan kini menduduki tempat ke-20. Petunjuk yang banyak memberikan kesan jatuhkan ranking untuk Malaysia ialah dari Demonstrasi Ganas (Violent Demonstration). Mungkin ini berkait rapat dengan apa yang berlaku pada Bersih 3.0. Jadi orang yang melancarkan demonstrasi Bersih sila ambil perhatian ya.

Walaubagaimanapun, Malaysia masih lagi aman. Malaysia masih lagi selamat untuk diduduki. Sebagai rakyat Malaysia, aku berharap agar keamanan ini dapat di nikmati sampai bila-bila. Janganlah ada pihak yang sibuk nak mencalarkan keamanan yang di kecapi semata-mata untuk mencapai hajat di hati.  Tidak cukup lagi dengan nikmat yang diberikan? Apapun Manusia tetap namanya Manusia kan. Kalau kata nak Lawan tetap lawan. 🙂

P/S : Klik disini untuk maklumat penuh.

Ranking Kelajuan Internet Di Dunia.

Internet sememangnya satu keperluan masa kini. Aku pasti ramai antara kita sudah pun celik IT. Bukan setakat menggunakan komputer malah sudah pun mahir menggunakan Internet sebagai tugas harian. Paling tidak pun ramai yang mahir meggunakan Muka Buku kan. Kira dah ok laa tu. Kalau dah boleh login ke facebook, check email ataupun Jobstreet. Itu dah bagus tu.

Bukan setakat itu sahaja, malah ramai pengguna Internet sudah pun pandai “complain” bila Internet lembab. Wah maju kehadapan semua rakyat Malaysia ni. Masih ingat lagi Entri Ini : Celcom Broadband Masalah Ke? Ataupun Adakah Yes 4G Bakal Pengubat Duka?. Entri-entri ini semuanya menceritakan sedikit sebanyak senario Internet di Malaysia. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan.


Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi maklumat yang mungkin rami yang tak tahu. Berikut adalah “ranking” kelajuan Internet di dunia. Statistik ini di buat oleh http://www.netindex.com. Statistik yang di tunjukkan di bawah di ambil dari Disember 2009 – Jun 2012.  Ianya mengambil kira kelajuan Internet secara purtanya bagi penduduk di sesebuah negara. Luxembourg mendahului senarai negara yang menyediakan Internet paling laju. Luxembourg mendahului dengan 49.63Mbps. Negara Asia pula di dahului dengan Hong Kong di kedudukan ke 4 dengan 35.84Mbps. Bagi negara Asean pula Singapura di kedudukan ke-6 dengan 28.50Mbps.

Memang laju kan. Malaysia pula bagaimana? Malaysia berada di kedudukan Sembilan Puluh Dua dengan kelajuan 3.94Mbps. Apa pun top 100, lebih baik kedudukan dari ranking Bolasepak Fifa. Kan. Yang mengejutkan aku adalah Negara Asean yang lain. Nampak seperti lebih mundur dari Malaysia, tetapi perkhidmatan Internet lebih baik Malaysia. Vietnam menduduki di kedudukan ke-54 dengan 8.54Mbps. Dan Thailand pula di kedudukan ke-63 dengan 6.85Mbps.

Bagaimana negara Vietnam dan Thailand boleh memberikan servis Internet yang lebih baik berbanding Malaysia. Siapa nak jawab persoalan ini? Adakah Infrastruktur Talian Internet di Malaysia masih di tahap yang masih mendukacitakan? Adakah kedudukan geografi yang penuh gunung ganang menjadi penyebab talian Internet Malaysia agak sukar di sampaikan kepada penguna? Erm banyak betul persoalan yang bermain di minda ketika ini.


Lagi satu statistik yang agak mengejutkan aku. Bila di lihat lebih teliti lagi kelajuan Internet di Malaysia, aku dapati Kuala Selangor menduduki tempat pertama dengan 6.98Mbps. Bukan Kuala Lumpur ya. Tempat ke-2 Perai dengan 5.33Mbps. Ulu Tiram pula di kedudukan ke-10 dengan 4.10Mbps. Ermm…bagus juga kedudukan Ulu Tiram. Lebih baik dari Kulaijaya dan Johor Bahru. Wah statement ni mesti membuatkan Kawan Baik aku iri hati. Mungkin dia akan bertukar fikiran untuk berpindah di Ulu Tiram agaknya…:)

Apa pun, kita tetap menikmati talian Internet. Cuma aku tertanya-tanya, mengapa talian Internet di Malaysia masih tidak tahap yang membanggakan. Kalau nak di bandingkan dengan Singapura jauh sekali. Tetapi bagaimana pula dengan Vietnam dan Thailand? Siapa ada jawapan sila berikan di ruangan komen.