Masalah Alarm Pada Saga FL

By | May 24, 2012

Sudah lebih satu tahun aku menggunakan Proton Saga FL. Secara keseluruhannya aku amat berpuashati menggunakan Proton Saga FL. Dari segi kepuasan dan kualiti yang di berikan memang berbaloi. Berbaloi dengan harganya. Sebelum beli dulu, banyak juga persoalan yang berada di minda. Terfikir sejauh manakah kualiti yang Proton boleh berikan pada aku.

Memang, nak dapat kualiti seperti kereta Honda, Mercedes atau BMW memang laa tak sama. Tetapi apa yg di harapkan adalah berbaloi dengan harga yang dibeli. Alhamdullilah, memang puas hatii. Banyak improvement yang di buat oleh Proton. Terutamanya dari segi kualiti. Memang terbaik pada tahap kelasnya selaku pengeluar kereta nasional. Thumbs UP…

Setelah setahun menggunakan Proton Saga FL. Ada masalah ke? Itu persoalan yang selalu orang tanyer kat aku selaku pengguna Proton Saga FL. Setakat ini, aku tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Proton Saga FL. Auto Windows adalah satu igauan suatu ketika dulu dengan kereta Proton. Kini tidak lagi. Aku memang tidak ada masalah dengan Auto Windows. Segala baik-baik belaka.


Masalah lain tak kan tak ada masalah langsung? Bukan kata semuanye sempurna. Satu masalah kecil dengan Proton Saga FL adalah masalah alarm. Kadang kala Alarm berbunyi 5 kali semasa aku menekan butang kunci (lock). Pada mulanya rasa rimas dan gelisah. Tetapi aku telah menemui penyelesaiannya. Ini pun setelah mendapat khidmat nasihat dari foreman Proton Servis.

Ok jika pengguna Proton Saga FL menghadapi masalah Alarm berbunyi sebanyak lima kali, terutamanya semasa anda mengunci (lock) kereta anda. TOLONG buka boot kereta belakang dan tutup balik. Mungkin sensor di boot belakang di kesan tidak di tutup dengan sempurna. Tutup boot dengan kadar biasa. Tak perlu ditutup dengan kuat. Selepas itu, sila tekan balik butang lock di kunci kereta anda. Insyallah bunyi alarm itu tidak berbunyi lagi. Nah, sekarang selesai masalah alarm kan.

Kepada pengguna Proton Saga FL. masalah alarm tu bukan satu masalah yang besar. Ikut sahaja cara di atas. Insyallah masalah itu selesai. TAHNIAH aku ucapkan kepada PROTON kerana telah banyak berubah. Berubah untuk terus maju. Teruskan pembangunan untuk menaikkan nama PROTON di mata dunia. Aku selaku pengguna kereta Proton amat berpuas hati dan berbangga menggunakan kereta nasional.

8 thoughts on “Masalah Alarm Pada Saga FL

  1. sue

    nasib baik jumpa post nie, sy pun guna saga fl juga..n br td jadi mcm nie la..alarm lock problem..now dah try mcm encik ckp, dah ok.. :))

    TQ 4 this onfo…

    Reply
  2. proton fl user

    sy ada masalah bunyi beep central lock dan pintu buka-tutup x henti2. mcm mana nak stop

    Reply
  3. chie

    kalau sensor alarm rosak mcm mna nak stop bunyi alarm .. pintu auto lock

    Reply
  4. Zamzamir

    Salam, sy dh try cara tu tp alarm masih berbunyi 5x dan xboleh nk lock. Knapa ye

    Reply
  5. Mohd nur'asri bin bakri

    Kereta saya sedang mengalami masalah seperti di atas..dh try buat mcm dlm komen tu…x berhasil…mcm mane ye…

    Reply
  6. syed mahmud syed zain

    alarm bunyi selepas redah banjir….sy buka bateri so dah tiada bunyi ….tetapi esoknya tayar plak x boleh bergerak …macam tayar lock kemas gitu,nak reverse dah tak boleh…kenapa ye…tq.

    Reply
  7. Alif

    Kalau button alarm yg sebelah kiri hazard tu berkelip laju ( mcm signal) ape masalah ye?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge