Seni Seorang Blogger.

By | May 22, 2012

Lama x jenguk blog-blog kawan-kawan. Sibuk betul dengan permintaan pelanggan dalam fotografi. Semakin hari semakin bertambah rezeki dalm bidang fotografi ni. Apapun Alhadullilah, Syukur ke Hadrat Illahi kerana diberikan ruang untuk terus bertapak dalam dunia fotografi. Blogging macam mana pula?

Blogging tetap blogging, cuma lambat atau cepat saja menaip entri yang baru. Ermm…Ok. Hari ini aku sempat menjenguk blog Bro Jo. Apa lagi kalau bukan REZEKI MURAH.  Seorang blogger yang aku kenali 2 3 tahun lepas. Memang x seberapa blog die tetapi, setiap susun ayat yang di keluarkan dalam setiap entri meyebabkan aku boleh berada berjam-jam kat blog dia. Entah apa saka dia pakai pun aku tak tau :). Bro Jo jgn marah eh.


Tapi, itulah hakikatnyer. Setiap baris atau bait-bait ayat yang dilontarkan membuatkan aku tersekat lama di blognya. Setiap entri yang di terbit membuatkan aku mahu lagi ke blognye setiap masa dan ketika. Membuatkan aku tertunggu-tunggu apa cerita yang terbaru dari Bro Jo.  Kadang kala ayatnya penuh puitis, kadang kala sempoi, kadang kala merapu dan yang paling menyentap perasaan bila penghujungnya tiada noktah. Selalu buat aku geram membacanya. Arghhhh…..

Bila di fikir-fikirkan balik, inilah identiti Bro Jo. Memang puitis dan seni dari setiap entri yang di tulisnya. Bukan blog politik, bukan blog artis apatah lagi blog seks melayu. Ia hanya blog kisah pengalaman hidup. Bukan pengalaman cinta tau. Pengalaman hidup sebagai seorang manusia biasa. Penuh liku. Suka. Duka. Segalanya tentang kehidupan. 🙂

Dulu Bro Jo sepi seketika. Kini, Bro Jo kembali menulis. Haa, aku akan kembali menjadi pembaca tegar di blognya. Aku harap, Rezekimurah.com akan terus di sinari denagn entri-entri yang baru. Aku suka membacanya. Walaupun aku tidaklah seseni mana, tapi aku sungguh tertarik dengan penulisan Bro Jo. Kau memang hebat. Inilah Seni Berblogging….

One thought on “Seni Seorang Blogger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge