Usah Patahkan Semangat Mereka.

By | April 23, 2012

Bertemu lagi dalam entri yang ke-408. Angka di sebelah hanyalah satu angka. Dan aku sengaja highlight untuk menunjukkan bahawa aku masih lagi menulis. 🙂 Masih lagi blogger. Walaupun penulisan berkurangan, tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak meninggalkan Shaffik.com. Jika blogger yang tegar dan kental, mungkin bukan angka 408 yang jadi paparan. Mungkin 1000 atau 1700 mungkin. Tetapi apa kan daya.

Ok kali ini aku ingin kongsikan satu cerita yang menarik. Pada aku sepatutnya tidak patut berlaku ketika ini. Sebab ianya amat penting sekali untuk diri seseorang. Alamak Shaffik ni, membebel pulak. Apa ceritanya. ? Ok,hujung minggu lepas aku berkesempatan pulang ke kampung halaman. Sampai saja di rumah, seorang anak buah aku bersalaman dan bertanya khabar. Kami borak panjang. aku bertanyakan apa perancangannya pada masa hadapan selepas keputusan SPM di keluarkan. Keputusan memang tidak memberangsangkan. Tetapi dia tetap bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Jadi nak sambung belajar katernye.

Ok, perancangan dalam kepala otak die tu bagus. Aku puji. Kini dia bekerja di sebuah syarikat barangan kesihatan. Gaji lebih kurang RM800. Campur komisyen semua, bersih RM1000. Ok laa. Bolehkan buat tampung kehidupan bujang dia sekarang. Umur pun masih 18 tahun. Masih muda. Anak buah aku pernah menyatakan hasrah untuk smabung belajar kepada majikannya. Tetapi Dia tidak dapat sokongan yang memberangsangkan dari pihak majikan.

Sebaliknya, pihak majikannya hanya memberikan satu pandangan yang pelik. Katanya ” tak payah belajar laa Hafiz (Anak buah aku), bukan ke mana pun dengan keputusan SPM kau tu. Bukan menjamin pekerjaan yang bagus pun. Lagipun kau tengok budak-budak lepasan Universiti sekarang ni, bukan semua dapat kerja yang bagus. Menganggur yang banyak. Lagi satu kalau ko ambik PTPTN, dah laa ada Interest. Sampai bila nak abis hutang ko tu hafiz. Baik kerja jer. “

Apa pandangan kawan-kawan yang lain mengenai pandangan pihak majikan Hafiz? Mengapa seorang boss boleh berkata sampai sedemikian rupa? Mengapa? Aku bukan nk menyibuk akan hal anak-anak buah aku. Tetapi menjadi tanggungjawab aku menerangkan apa yang perlu di lakukan selepas sahaja SPM.

Mungkin ada yang majikan hafiz beritahu mengikut pandangan dia yang sudah lama berniaga. Mungkin padanya pelajaran tidak penting. Yang penting kesungguhan untuk berniaga. TETAPI bagi aku, pelajaran amat penting. Bukan satu perkara yang perlu di ambil mudah. Sekarang Hafiz nak belajar lagi. Ada hati dan kesungguhan nak belajar lagi. Majikannya tidak seharusnya memberi nasihat yang negatif atau menidakkan keperluan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Dia selaku majikan seharusnya memberikan galakkan pada para pekerjanya. Beri galakkan bukan ambil kesempatan. Aku sememangnya tidak setuju 150%.

Ini soal masa hadapan Hafiz.Bukan main-main. Pada aku selagi mampu untuk belajar, belajar laa. Tuntut laa ilmu sebanyak mungkin supaya ia boleh dijadikan modal yang berguna untuk kehidupan seharian. Hanya dengan ilmu yang boleh menjamin kehidupan kita di masa hadapan . Tidak ada cara lain. Tiada harta yang lebih berharga dalam diri seseorang selain ilmu di dada. Itu memang pasti dan sudah ramai yang membuktikannya.

Please….kepada kawan-kawan di luar sana, jangan sesekali patahkan semangat anak, sedara mara atau adik-adik yang masih ingin terus belajar. Berikanlah dorogan sebaik mungkin pada mereka semua. Mereka semua masih muda dan boleh lagi belajar. Ini semua untuk kebaikkan mereka. Sedikit sebanyak boleh laa menambah baik pelajaran untuk anak-anak muda di masa hadapan. Insyallah lebih ramai lagi cerdik pandai yang akan muncul jika semuanya anak-anak kita berfikiran seperti Hafiz kan. Siapa yang Untung? Tepuk dada tanya diri masing-masing ya. Lebih elok pergi belajar dari buat perkara yang tidak senonoh kan…:)

7 thoughts on “Usah Patahkan Semangat Mereka.

  1. Malaysia Coin

    Itu terpulang kepada diri sendiri tapi gaji RM1k dalam kehidupan sekarang memang tak cukup. Jika dia minat utk belajar lagi apa salahnya. tak perlu dengar cakap orang, nanti yang akan membayar PTPTN tu dia bukan orang lain.
    Malaysia Coin recently posted..1 sen siri keduaMy Profile

    Reply
  2. azmanisma

    Kita hanya boleh memberi galakan..segala keputusan terpulang pada dia…kalau dia rajin dan pandai mengambil peluang insyaalah boleh berjaya.
    azmanisma recently posted..Entry GatalMy Profile

    Reply
  3. Cool Daddy

    klu nak sambung belajar kena study betul2 jurusan apa yg nak diambil..klu blh ambil jurusan yang memenuhi permintaan pasaran..biar bila dh gred, senang nak dpt kerja..sepatutnya majikan Hafiz kena bg galakan utk smbung belajar..mana tahu satu hari nanti Hafiz blh membantu memperkembangkan lagi perniagaan majikannya…
    Cool Daddy recently posted..BUJANG TERAPUNG & FIREFLIESMy Profile

    Reply
  4. hafidz

    bagi aku walau apa pun kerja yang dilakukan, ilmu itu penting untuk ditimba sebagai bekalan untuk megharungi kehidupan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge