Monthly Archives: April 2012

Usah Patahkan Semangat Mereka.

Bertemu lagi dalam entri yang ke-408. Angka di sebelah hanyalah satu angka. Dan aku sengaja highlight untuk menunjukkan bahawa aku masih lagi menulis. 🙂 Masih lagi blogger. Walaupun penulisan berkurangan, tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak meninggalkan Shaffik.com. Jika blogger yang tegar dan kental, mungkin bukan angka 408 yang jadi paparan. Mungkin 1000 atau 1700 mungkin. Tetapi apa kan daya.

Ok kali ini aku ingin kongsikan satu cerita yang menarik. Pada aku sepatutnya tidak patut berlaku ketika ini. Sebab ianya amat penting sekali untuk diri seseorang. Alamak Shaffik ni, membebel pulak. Apa ceritanya. ? Ok,hujung minggu lepas aku berkesempatan pulang ke kampung halaman. Sampai saja di rumah, seorang anak buah aku bersalaman dan bertanya khabar. Kami borak panjang. aku bertanyakan apa perancangannya pada masa hadapan selepas keputusan SPM di keluarkan. Keputusan memang tidak memberangsangkan. Tetapi dia tetap bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Jadi nak sambung belajar katernye.

Ok, perancangan dalam kepala otak die tu bagus. Aku puji. Kini dia bekerja di sebuah syarikat barangan kesihatan. Gaji lebih kurang RM800. Campur komisyen semua, bersih RM1000. Ok laa. Bolehkan buat tampung kehidupan bujang dia sekarang. Umur pun masih 18 tahun. Masih muda. Anak buah aku pernah menyatakan hasrah untuk smabung belajar kepada majikannya. Tetapi Dia tidak dapat sokongan yang memberangsangkan dari pihak majikan.

Continue reading

Portable Hard Disk TIPU!!!

Aper yang korang rasa bila ditipu? Sakit hati, marah dan yang pastinya maki hamun terpancul dari mulut kan. Memang menyakitkan hati. Bila terbaca dari status seorang rakan di muka buku. Kisah seorang pelanggan yang di tipu di PC fair. Dennis membeli satu Portable Hard Disk di PC Fair di Lembah Kelang. Sama ke portable hard disk dan external hard disk. Temui jawapannya di sini : The Differences Between Portable and External Hard Drives

Harganya RM185 berkapasiti 500GB. Wah Murah. BRAND Western Digital lagi. Bila sampai di rumah, portable hard disk ini tidak boleh digunakan langsung. Bila rasa tidak puas hati, Dennis buka portable hard disk berkenaan. Apa yang ada di dalam? Ia hanya ” dua batang besi, dua skru dan sedikit komponen USB yang dilekatkan di bahagian dalam portable hard disk berkenaan.” . Jadi siapa pula yang menjualnya? Inilah company yang jual portable hard disk pada Dennis : Wins Tech Supply Ent, yang beralamat di Jalan Kuchai Lama.

Jadi kawan-kawan semua, hati-hati dengan penyangak macam ni. Modus operandi mereka semakin hebat. Jual barang siap kotak Western Digital lagi beb. Jika ada yang mengalami penipuan seperti ini, lekas lapor kepada pihak yang berkenaan ya ( Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Tribunal Pengguna ). Jangan beri peluang mereka terus kaya raya dengan cara MENIPU ni….

Sumber dari : MyNewHub