Anak Kampung Dari Sabah

By | March 19, 2012

Raja Lawak Musim Ke-6 sudah pun melabuhkan tirai. Semua sudah tahu keputusannya. Tak perlulah aku cerita panjang lagi. yang menarik perhatian aku adalah dengan kumpulan Zero. Kumpulan dari Kudat Sabah. Lawak yang setiap minggu mencuit hati aku. Samalah dengan kumpulan Shiro tu.

Dalam persembahan kumpulan Zero, mereka sering menyanyi satu lagu. Lagu itu jarang di dengar di radio atau di mana-mana. Selidik punya selidik, rupa-rupanya lagu itu berasal dari Sabah. Lagu Anak Kampung. Lagu ini memang popular di negeri Sabah. Lagu ini dinyanyikan oleh Jimmy Palikat.

Kata orang Sabah, Jimmy dah lama popular di Sabah. Tetapi dengan lagu Anak Kampung, nama Jimmy Palikat sering menjadi sebutan bukan sahaja orang Sabah, malah orang luar Sabah juga sudah mula mengenali Jimmy. Tambahan lagi Zero mengangkat lagu Anak Kampung di persembahan mereka di Raja Lawak ke-6. Tahniah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge