Monthly Archives: March 2012

Memang Lain.

Bila ada masa, sudah pasti aku akan melawar blog kawan-kawan. Dalam banyak-banyak blog yang aku pergi, aku tertarik dengan blog member, mentor dan penasihat aku . Siapa lagi kalau bukan Blog Rhymee Cartel. Dalam entri yang terbarunye, dia ada menyiarkan satu video anaknya bermain piano.

Memang aku teruja. Mengapa? Sebab x ramai anak-anak melayu yang boleh bermain piano dengan baik sekali. Memang lain. Totaly different. Mungkin aku tak selalu jumpa anak-anak melayu bermain piano. Mungkin ada tetapi x ramai. Harap video ini memberikan satu pandangan yang berbeza pada kalian semua. Ada jugak anak melayu yang mahir bermain piano tau. Cuma dia duduk kat Kulaijaya…Bukan Ulu Tiram….:(

Klik sini untuk lihat bagaimana seorang Anak Melayu bermain piano…..(RARE)..

Anak Kampung Dari Sabah

Raja Lawak Musim Ke-6 sudah pun melabuhkan tirai. Semua sudah tahu keputusannya. Tak perlulah aku cerita panjang lagi. yang menarik perhatian aku adalah dengan kumpulan Zero. Kumpulan dari Kudat Sabah. Lawak yang setiap minggu mencuit hati aku. Samalah dengan kumpulan Shiro tu.

Dalam persembahan kumpulan Zero, mereka sering menyanyi satu lagu. Lagu itu jarang di dengar di radio atau di mana-mana. Selidik punya selidik, rupa-rupanya lagu itu berasal dari Sabah. Lagu Anak Kampung. Lagu ini memang popular di negeri Sabah. Lagu ini dinyanyikan oleh Jimmy Palikat.

Kata orang Sabah, Jimmy dah lama popular di Sabah. Tetapi dengan lagu Anak Kampung, nama Jimmy Palikat sering menjadi sebutan bukan sahaja orang Sabah, malah orang luar Sabah juga sudah mula mengenali Jimmy. Tambahan lagi Zero mengangkat lagu Anak Kampung di persembahan mereka di Raja Lawak ke-6. Tahniah….