Ada Lagi Macam Ni Di Malaysia……

By | November 22, 2011

Bulan lepas aku sempat menaiki keretapi dari Kulai ke Kluang Johor. Ini adalah salah satu aktiviti kumpulan fotografi aku bersama beberapa orang rakan. Seingat aku, inilah kali kadua aku menaiki keretapi. Kalau tak silap pertama kali naik keretapi dari Kuala Lipis ke Johor Bahru kira-kira 5 lepas. Kali in teruja kembali kerana sekali lagi aku menaiki keretapi. Hahahaha…..

Pada sebelah pagi aku menaiki keretapi dari Kulai Johor. Dengan tambang RM12 seorang kami memulakan perjalanan ke Kluang Johor. Naik keretapi ekspres terus sahaja ke Stesen Keretapi Kluang Johor. Tanpa henti. Bertolak kira-kira jam 9.50 pagi dan sampai di Kluang Johor pada jam 10.45 pagi dengan selesanya.

Sampai ke Kluang, kami pun memulakan aktiviti fotografi kami. Street Fotografi tema kami pada hari itu. Bermula dari jam 11.30 tengahari, kami berhenti pada jam 3.30 petang. Stesen Keretapi ini memang bersebelahan dengan bandar Kluang. Jadi kami tidak mengambil apa-apa teksi untuk kenderann sepanjang kami di sana. Semuana berjalan.

Pada jam 3.30 pagi kami kembali ke Stesen Keretapi Kluang Johor. Ini kerana waktu bertolak untuk balik ke Kulai pada jam 4.15 petang. Sampai sahaja di stesen. seorang rakan terus saja beli tiket untuk pulang. Kini tiket pulan tiketnya hanya berharga RM3. Mak oi murahnya. RM3 saja. Dengan perasaan gembira, kami terus menunggu keretapi yang akan membawa kami pulang ke Kulai Johor. Rupa-rupanya……..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Inilah wajah keretapi yang akan bawa kami pulang ke Kulai. Inilah keretapi yang harganya RM3. Apa pendapat anda ?

Inilah lah situasinya. Memang macam sardin. Patutlah Rm3. Rupanya berpusu-pusu masuk dalam keretapi. Sumbat selagi boleh. Untuk pengetahuan semua, keretapi ini hanya mempunyai 3 gerabak sahaja. Tak tahulah memang 3 gerabak ataupun hari tu sahaja 3 gerebak. Terus aku dan kawan-kawan tukar fikiran untuk tidak naik keretapi ini. Sebab memang tak boleh masuk langsung. Ada Lagi Keretapi Macam ni di Malaysia. Dah macam kat India pulak. Nasib baik tak ada duduk bumbung

Petang itu tiket keretapi semua dah habis. Nasib baik ada kawan boleh dapat kenderaan untuk pulang ke Kulai Johor. Tapi Van kilang. Tanpa fikir panjang, kami naik van kilang pulang ke Kulai Johor. Dan inilah kali pertama aku naik van kilang. hahahaha. Baru aku tau betapa tabahnya hati pekerja kilang yang setiap hari naik van kilang. Nak buat macam mana kan? Itulah kenderaan yang ada.

Apapun itulah pengalaman yang akan aku ingati sepanjang hidup aku. dan semestinya aku sendiri tak percaya masih ada lagi servis keretapi seperti dalam gambar di Malaysia ni. Tak tahu nak cakap macam mana lagi…hmmmmmm

 

6 thoughts on “Ada Lagi Macam Ni Di Malaysia……

  1. noriz

    haha, baru tahu ke?

    patut try je naik train tu, lagi thrill amik gambo dlm sesak2 tu…hihihi

    sya penah kena dulu zaman belajar…

    dr segamat ke jb, ramai, tak dpt duduk…cam nak pengsan rasa…

    kwn sya lgi teruk, dr kelanatn ke segamat, tpi sib baik kat kl ramai turun so dpt gak duduk…huhu, cam tercabut kepala lutut…
    haha, tpi pengalaman indah la…
    bukan selalu dpt rasa kan…
    noriz recently posted..Harimau Malaya vs Kerbau Cun?My Profile

    Reply
  2. Fahmi Raazali

    Saya rindu nak ke stesen keretapi Kluang. Sudah lama tak ke sana. Selepas membawa motor, saya tidak lagi menggunakan keretapi untuk pulang ke kampung.

    Keadaan sesak seperti dalam gambar pertama itu, bagi saya keadaan biasa. Kalau bernasib baik dapatlah tempat duduk. Kalau tak berdiri saja atau duduk dekat tangga. 😀
    Fahmi Raazali recently posted..Kehidupan di UniversitiMy Profile

    Reply
  3. Cyza

    Bro…patut ko try…aku dulu masa form 4 dulu pernah few times naik dari JB ke kuala kangsar…memang sendat sampai kurang oksigen…dan dia punya penuh memang best sampai ko bersiri tak payah pegang apa2 sebab ko takkan jatuh…ramai orang berdiri dan berhimpit denagn ko….so,memang takkan jatuh….yang challengenya adalah ko terpaksa cari lantai utk ko pijak….kalau nasib malang pijak kaki sendiri atau org pijak kaki ko…so, bayangkan betapa sendatnya train tu…
    Cyza recently posted..Served News OR Alternative News – Your ChoiceMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge