Semoga Berbahagia Untuk AM.

By | November 16, 2011

Salam semua kawan-kawan. Lamanya tak bersua. Apa khabar  kawan-kawan semua. Harap masih lagi sudi membaca entri-entri di Shaffik.com. Walaupun lama x update, tetapi sayangnya kepada Shaffik.com masih belum luntur lagi. Ok tanpa membuang masa, aku ingin meneruskan penulisan aku kali ini. Masih ingat lagi kisah tentang Am. Mungkin ada yang lupa ataupun ada juga yang belum pernah membaca kisah Am.

Klik di link di bawah untuk mengetahui kisah Am. Jika anda tak baca, pasti anda tak faham apakah kisah sebenarnya.

1) Dilema Seorang Suami

2) Dilema Seorang Suami (Bahagian 2)

Aku tidak meneruskan penulisan Dilema Seorang Suami (bahagian 3). Mengapa? Kamu semua akan temui jawapannya di hujung entri ini. Selepas beberapa bulan entri bahagian kedua di keluarkan, Am terus sahaja berpisah dengan Isterinya. Kedua-dua mereka tidak lagi dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Aku nampak kesedihan di raut wajah Am. Tapi itulah mungkin jalan penyelesaikan yang terbaik untuk mereka.

Am menjalankan kehidupan sebagai seorang duda dan bersendirian. Anak-anak diserah kepada bekas isterinya. Agak kekok pada mulanya. Tetapi Am tabah menghadapi ujian Tuhan. Am tetap dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Aku tak boleh bayangkan bagaimanakah kegembiraan setiap kali menjenguk anaknya. Am menjalani kehidupan seperti biasa. Keluarga dan rakan-rakan menjadi penghibur hati pada Am.

Am bersendirian lebih kurang 1 tahun. Bekas isteri juga tidak berkahwin dengan sesiapa. Walaupun sudah berpisah, mereka masih berhubung. Am rasakan bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada perpisahan ini. Namun Am merelakan perpisahan ini.  Selepas perpisahan ini, Am juga ada berkenalan dengan seorang wanita. Mungkin ianya pengubat kesunyian pada diri Am. Am mengatakan wanita ini memang berbeza. Terbit pula satu perasaan yang lain pada mereka berdua. Memang pada mulanya, Am sudah ada perancangan untuk memperisterikan wanita ini. Tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana……

Kerana Am sudah dapat mengetahui punca perpisahannya dengan bekas isteriya. Orang yang selama ini di anggap sebagai abang atau teman atau pemberi nasihat itulah punca perpisahan Am dan Isterinya. Orang itulah yang menjadikan bekas isterinya lupa dan lalai. Orang itu yang mempunyai niat yang tidak elok pada Am dan bekas Isterinya. Lebih teruk lagi, lelaki itu sudah pun berkahwin dan sudah bekeluarga. Mungkin bekas isteri Am sudah termakan pujuk rayu lelaki ini.

Am tidak kisah jika bekas isteri ingin berkahwin lain. Tetapi bukan dengan lelaki ini. Bekas Isteri Am juga sudah tersedar dari lamunan. Lelaki ini bukan seorang yang baik. Dia hanya suka mengambil kesempatan atau dengan lebih tepat lagi, mata duitan atau kaki kikis. Am terpaksa bertindak untuk menerangkan hal sebenarnya.Pelbagai cara yang di usahakan untuk menjauhkan perhubungan bekas isterinya dan lelaki itu. Niat hanya satu, untuk menyelamatkan bekas isterinya dan anak-anak selamta pada tangan yang betul.

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar. Am berjaya membawa bekas isteri kembali ke pangkal jalan. Hubungan Am dan bekas Isterinya bertambah baik. Setelah aku mengetahui cerita ini, hubungan aku dan Am agak renggang. Am kini sudah berkerja lain dari tempat kerja aku. So, aku idak lagi berbual panjang dengan Am. Sehinggala hujung bulan Oktober yang lalu, Am membuat satu panggilan pada aku.

Dia meminta aku menjadi saksi borang. Aku tanya “borang apa?” Rupanya borang nikah. Ooo..suka aku dengar Am ingin berkahwin. Aku pun tanya “dengan siapa?”. Am menjawab dengan  Bekas Isterinya. Alhamdullilah. Am kembali dengan Isterinya. Suka aku mendengar berita ini. Jika aku pun suka mendengarnya, bagaimana pula dengan hati Am kan? Harap ini titik tolak pada mereka berdua untuk memulakan kehidupan baru. Perbaiki semua kelemahan dan kesilapan lampau. Am memilih tarikh 11.11.11 untuk majlis pernikahannya. Sebagai kawan baik, aku mendoakan semoga Am dan Isterinya berbahagia selamanya. Semoga pernikahan kali kedua ini menjadikan mereka lebih matang dalam kehidupan. Insyallah.

Untuk Am. Selamat Berbahagia.

2 thoughts on “Semoga Berbahagia Untuk AM.

  1. noriz

    sedihnya… huwaaa

    ada penah dgr satu hadis gitu kot, bunyi lebih kurang…
    “setiap perkahwiann akan diuji dgn kehadiran org ke-3 tak kira samada pihak lelaki ataupun wanita”

    so kita kena bijak atasi dan tangani…
    peringatan utk diri sendiri..

    best dia dpt tarikh cantik, hari cantik utk kebaikan semua…

    semoga terus kekal bahagia ke akhir hayat…
    noriz recently posted..WW(10) – Roti Pattaya @ ChamekMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge