Dua Hari Di Endau Beach Resort.

By | October 5, 2011

Hujung minggu lepas aku, isteri dan anak sempat meluangkan masa bercuti di Endau Beach Resort. Percutian kali ini bersama-sama rakan-rakan sekelas waktu sekolah dulu. Inilah masa yang dinanti-nantikan. Jadi aku mengambil peluang ini untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah yag lama. Memang lama aku menantikan peluang sebegini. Maklumlah, kali terakhir kite orang “piknik” macam ni masa sekolah dulu. Kira-kira lebih 10 tahun dulu. Lama tu.

Segala tugas telah di bahagikan. Mana yang urus bab makan, urus bab makan. Aku pula mencari lokasi percutian kali ini. Aku memilih Endau Beach Resort. Tidak banyak informasi yang aku dapat tentang resort ini di Internet. Laman web rasmi pun hanya ada gambar yang terhad. Ada juga tanya, kawan-kawan yang dah menjejakkan kai di sana. Rata-rata mengatakan Endau Beach Resort terbaik untuk di duduki berbanding resort di sekitarnya.


Endau Beach Resort terletak di Lot 321, Penyabong, Endau 86900, Johor Darul Takzim. Pantai yang berdekatan dengan resort ini adalah Pantai Pasir Lanun. Pantai Pasir Lanun memang sesuai untuk bermandi manda kerana pantainya yang landai dan amat sesuai untuk seisi keluarga. Pantainya masih bersih dan sememang patut di kunjungi.

Untuk makan-makan pula, jangan risau, di sekitar Endau Beach Resort ada banyak Restoran. Ada di sediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Yang pasti ada Nasi Dagang POWER dan pulut panggangnya yang sedap. Kena keluar pagi-pagi sikit, kalau lewat memang melepas.  Jika nak pihak resort sediakan makanan pun boleh. Kalau tak silap minimum 20 orang. Jadi tak perlu risau untuk dapatkan makanan di sini. Semuanya mudah.

Terima Kasih diucapkan kepada pengurusan Endau Beach Resort yang tidak jemu-jemu melayan kerenah kami. Nak tempat BBQ laa, nak karaoke laa, nak bilik dekat-dekat la, nak seterika la, nak kettle laa. Macam-macam lagi. Alhamdullilah, brother Endua Beach Resort melayan kami dengan tenang. Bermula dari aku membuat tempahan sehinggalah kami pulang. Servis memang terbaik. (siap bakarkan arang tu untuk BBQ tu ) terbaik. Dengan bayaran RM150 (2 hari 1 malam) untuk bilik, memang berbaloi. RECOMMENDED. THUMB UP!!! 🙂

Apapun, percutian singkat kali ini amat bermakna untuk kami semua. Penuh dengan gelak suka suki sepanjang percutian kami. Memang tak lekang dengan senda gurau antara kami. Memang inilah yang aku rindukan. Maklumlah bila dah lama tak berjumpa kan, macam-macam cerita yang keluar. Pelbagai tokok tambah yang di selitkan di setiap perbualan kami untuk menyedapkan bait-bait perbualan sesama kami.  Ditambah pula si tukang karut yang berkaliber. Lagi haru biru dibuatnya. Memang best. Memang ini satu kenangan yang tidak dapat di lupakan sepanjang bersama-sama di Endau Beach Resort. Hai, bila lagi nak merasai pengalaman macam ni lagi. Harap aku dapat bersama mereka lagi di lain waktu dan ketika.

3 thoughts on “Dua Hari Di Endau Beach Resort.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge