Monthly Archives: October 2011

Video Yang Bakal Hits Lebih 4 Juta.

Sana-sini bunyi ringtone Cinta Muka Buku. Sana-sini nyanyikan lagi Cinta Muka Buku dari Najwa Latif. Satu lagu penyanyi yang berbakat dan sekali lagi mendapat perhatian. Penyanyi yang baru berusia 16 tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa dengan YOUTUBE juga boleh popular.

Kini satu lagi video yang bakal menggegar dunia hiburan. Kalau Cinta Muka Buku boleh mencecah Hits sehingga 4 juta, bagaimana pula dengan video ini. Kata pencipta video ini, mereka menjangkakan ianya akan hits lebih 4 juta. Wow. Harap mereka berjaya.

Ini pula video asal Cinta Muka Buku. Lihat Hitsnya.

Diskaun Dari TNB. :)

Salam Semua, Lama juga tak update blog ni. Maklumlah. Inilah penyakit para blogger. Bila dah berhenti lama, nak mula balik memang susah. Lebih-lebih lagi kalau tak ada mood nak update blog.  Jika diteruskan nanti tidak dapat memuaskna hati diri sendiri. Aku pun pernah bercerita tentan mood update blog ni.

Tanpa Mood, Rosak Entri Yang Diterbitkan.

Ok tanpa menaip lebih panjang. Aku ingin kongsikan satu pengalaman menarik. Semalam aku buka kotak peti surat rumah aku. Nampak satu bil elektik dari pakcik Tiong Nam Boon (TNB). Lihat sahaja bil tu, aku tersenyum lebar. Orang rumah aku pun pelik. Mana tak nya, aku nampak TNB berikan aku diskaun untuk bil elektirk. Sepatutnya bil aku RM 52.10. Tetapi bahagian bawahnya ada potongan sebanak RM17.87.  Jadi bil penggunaan aku hanya RM34.23. Wah bagus betul.

Bagus betul Kerajaan Malaysia. Yang paling menyentuh perasaan adalah pada satu ayatnya ” BLOK KEGUNAAN ELEKTRIK DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA” . Memang bagus Kerajaan Malaysia ni. Malaysia tau. Bukan Singapura atau Amerika ataupun Afrika tau. Cuba bayangkan kalau Muammar Gaddafi buat macam ni, dah tentu x kena bunuh kan. Hahahahahaha….

Ok kawan-kawan semua, macam mana bil Elektrik kamu semua? Ada diskaun? Terima Kasih Kerajaan Malaysia. Jangan buat semata-mata untuk pilihanraya sahaja ya. 🙂

Corat-coret Youth Shout Out di Kulaijaya.

Hujung minggu lepas, aku bersama Isteri ke Kulaijaya. Kulaijaya bukanlah satu daerah yang asing bagi aku. Sebabnya aku pernah bekerja di sana. Kali in aku, isteri dan beberapa orang rakan mengunjung satu “event” yang di anjurkan oleh JOHO. Youth Shout Out 2011 berlangsung di IOI Mall Kulaijaya.

JOHO adalah badan yang bertanggungjawab atas event ini. Mungkin ramai lagi yang tak tahu mengenai JOHO. JOHO adalah satu badan komuniti yang direka khas untuk para remaja dan belia di Johor. Ianya adalah satu platform untuk mereka mempersembahkan segalanya termasuklah seni, muzik, sukan, filem ataupun kebudayaan. JOHO juga membantu mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam bagi para remaja dan belia kepada satu platform yang lebih relevan pada masa kini.

Aku sememangnya menantikan event sebegini. Memang lama aku rindukan. Satu event yang menghimpunkan para belia seluruh Johor untuk bersua muka. Ianya lebih kepada pertunjukkan seni daripada belia-belia yang sememangnya cintakan seni.

Aturcara bermula pada jam 3.00 petang 08 Oktober 2011 hinggalah 09 Oktober 2011. Banyak perserta yang mengambil bahagian. Ada yang menunjukkan bakat dengan menconteng dinding at dengan kata lainya “Graviti”, Car Boot Sales (memang sinonim dengan JOHO), pameran lukisan, pertunjukkan indie band, pameran dan bengkel untuk pengemar Fixie Gear, Talk dari Kuku Besi (otai graphic design), pertandingan fotografi dan macam-macam lagi.

Yang paling menarik perhatian adalah persembahan band-band Indie di atas pentas. Acara sememangnya bertambah meriah dengan kehadiran mereka semua. Inilah platform untuk para penggemar muzik underground membuat persembahan. Di sinilah mereka boleh menunjukkan hasil kreativiti mereka. Yang bestnya tu, semuanya menyanyikan lagu mereka sendiri. Bukan lagu cover tau. Sedap pulak tu. Walaupun underground, mereka sudahpun mempunyai peminat yang tersendiri.

Memang best. Terima Kasih untuk JOHO atas penganjuran yang hebat sebegini. Harap event sebegini dapat diteruskan. Harap pihak kerajaan juga ambil sedikit inisiatif. Lihat bagaimana anak-anak muda boleh menganjurkan satu event yang hebat sebegini. Bukan apa, inilah salah satu cara untuk mengetengahkan bakat-bakat yang terpendam. Ramai lagi yang boleh berkarya.  Inilah salah satu cara untuk para remaja dan belia mengekspresikan segala idea yang mereka ada. Apa yang mereka sukakan. Apa yang mereka inginkan. Aku berharap sangat aktiviti seperti ini dapat di teruskan. Good Job JOHO. Kamu semua memang best!!!!….

Perginya Pengasas Apple – Steve Job.

Pagi tadi aku mendengar satu berita yang agak mengejutkan. Steve Job telah meninggal dunia semalam di hadapan ahli keluarganya. Steve Job meninggal dunia pada usia 56 tahun. Steve Job memang sudah lama derita dengan penyakit kansernya. Dia telah pun melepaskan semua jawatannya sebulan yang lalu.

Siapa Steve Job ni? Mungkin ada yang tidak tahu siapakah gerangan Steve Job. Steve Job adalah pengasas bersama Apple. Dia bersama Steve Wozniak, and Ronald Wayne telah menubuhkan Apple pada 1 April 1976. Mereka bertiga menjual Komputer peribadi Apple 1 pa permulaan perniagaan mereka. Pelbagai revolusi yang berlaku di dalam Syarikat Apple.

Banyak jasa yang telah di taburkan oleh Steve Jobs. Steve Jobs juga antara pencipta Macintosh pada sekitar tahun 80-an. Macintish yang pertama telah di komersialkan pada tahun 1984 yang mana menjadi komputer pertama yang menggunakan Mouse dan Grafik User Interface pada paparan antaramukanya. Ia memberikan tanparan hebat pada pengeluar komputer lain yang rata-rata masih lagi menggunakan  Command Line untuk Operating System mereka.

Apple melangkah lebih hebat lagi apabila mengeluarkan Macintosh Portable pada tahun 1989. Dan kesinambungan itu berterusan dengan Apple Powerbook dihasilakan pada tahun 1991. Inia semua adalah atas usaha Steve Jobs sebagai pencipta sistem operasi komputer selain daripada Windows. Revolusi berterusan sehingga terhasilnya iMac pada tahun 1998. iMac adalah satu komputer dalam satu. Orang cakap inilah computer yang tak ada CPU. Sebab apa? Semuanya diletakkan sekali dalam satu monitor. Anda hanya akan nampak Keyboard, Mouse dan Monitor sahaja. Inilah komputer yang paling canggih dari Apple. iMac juga menjadi kegilaan terutamanya kepada pereka graffik. Sebabnya, iMac adalah komputer yang terbaik untuk paparan grafiknya.

Pada tahun 2007, SteveJob telah mengumumkan bahawa Apple tidak lagi focus kepada pengeluaran komputer. Apple mahu menumpukan kepada teknologi telefon bimbit. Ingat lagi ketika itu, semua orang berkata Steve gila. Nak melawan arus bertarung untuk menjadi pesaing kepada gergasi telefon bimbit sepeti Nokia, Samsung ataupun Motorola. Sehinggalah terhasilnya iPod dan iPhone.

Fenomena iPod dan iPhone merebak ke seluruh dunia. Berpuluh juta pengguna iPhone seluruh dunia. Dahulu bukan main susah untuk melayari internet di telefon bimbit. Tetapi dengan adalah telefon bimbit seperti iPhone, ia berjaya mengubah cara komunikasi sesama manusia. iPhone menjadi kegilaan semua orang. Semua orang mahu memiliki iPhone. Fungsi slide yang memukau dan memberikan sesuatu yang istimewa untuk iPhone. Banyak syarikat telekommunikasi seluruh dunia menawarkan pakej terbaik untuk iPhone.

Fenomena ini tidak terhenti di sini. pada April 2010 demam iPad pula bermula. Satu tablet yang di reka khas untuk melungsuri Internet dimana sahaja anda berapa. Demam iPad pula melanda. Ramai yang ingin memilik iPad sebagai gadget tambahan untuk mereka. Memang canggih dan mempunyai kelas yang tersendiri.

Inilah yang di lakukan oleh Steve Job. Dari pencipta komputer peribadi biasa dan boleh menukar fokus perniagaan kepada telefon bimbit. Bukan setakat itu sahaja, malah dia berjaya mencipta satu fenomena yang luar biasa. Bukan setakat di Amerika Syarikat sahaja, malah seluruh dunia. Steve Jobs memang hebat. Harap Apple terus berjaya walaupun tanpa pemikir dan pencipta hebat seperti Steve Jobs. Aku berharap juga, Tanah Melayu ini juga akan ada orang-orang seperti Steve Job. Insyallah.

Dua Hari Di Endau Beach Resort.

Hujung minggu lepas aku, isteri dan anak sempat meluangkan masa bercuti di Endau Beach Resort. Percutian kali ini bersama-sama rakan-rakan sekelas waktu sekolah dulu. Inilah masa yang dinanti-nantikan. Jadi aku mengambil peluang ini untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah yag lama. Memang lama aku menantikan peluang sebegini. Maklumlah, kali terakhir kite orang “piknik” macam ni masa sekolah dulu. Kira-kira lebih 10 tahun dulu. Lama tu.

Segala tugas telah di bahagikan. Mana yang urus bab makan, urus bab makan. Aku pula mencari lokasi percutian kali ini. Aku memilih Endau Beach Resort. Tidak banyak informasi yang aku dapat tentang resort ini di Internet. Laman web rasmi pun hanya ada gambar yang terhad. Ada juga tanya, kawan-kawan yang dah menjejakkan kai di sana. Rata-rata mengatakan Endau Beach Resort terbaik untuk di duduki berbanding resort di sekitarnya.


Endau Beach Resort terletak di Lot 321, Penyabong, Endau 86900, Johor Darul Takzim. Pantai yang berdekatan dengan resort ini adalah Pantai Pasir Lanun. Pantai Pasir Lanun memang sesuai untuk bermandi manda kerana pantainya yang landai dan amat sesuai untuk seisi keluarga. Pantainya masih bersih dan sememang patut di kunjungi.

Untuk makan-makan pula, jangan risau, di sekitar Endau Beach Resort ada banyak Restoran. Ada di sediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Yang pasti ada Nasi Dagang POWER dan pulut panggangnya yang sedap. Kena keluar pagi-pagi sikit, kalau lewat memang melepas.  Jika nak pihak resort sediakan makanan pun boleh. Kalau tak silap minimum 20 orang. Jadi tak perlu risau untuk dapatkan makanan di sini. Semuanya mudah.

Terima Kasih diucapkan kepada pengurusan Endau Beach Resort yang tidak jemu-jemu melayan kerenah kami. Nak tempat BBQ laa, nak karaoke laa, nak bilik dekat-dekat la, nak seterika la, nak kettle laa. Macam-macam lagi. Alhamdullilah, brother Endua Beach Resort melayan kami dengan tenang. Bermula dari aku membuat tempahan sehinggalah kami pulang. Servis memang terbaik. (siap bakarkan arang tu untuk BBQ tu ) terbaik. Dengan bayaran RM150 (2 hari 1 malam) untuk bilik, memang berbaloi. RECOMMENDED. THUMB UP!!! 🙂

Apapun, percutian singkat kali ini amat bermakna untuk kami semua. Penuh dengan gelak suka suki sepanjang percutian kami. Memang tak lekang dengan senda gurau antara kami. Memang inilah yang aku rindukan. Maklumlah bila dah lama tak berjumpa kan, macam-macam cerita yang keluar. Pelbagai tokok tambah yang di selitkan di setiap perbualan kami untuk menyedapkan bait-bait perbualan sesama kami.  Ditambah pula si tukang karut yang berkaliber. Lagi haru biru dibuatnya. Memang best. Memang ini satu kenangan yang tidak dapat di lupakan sepanjang bersama-sama di Endau Beach Resort. Hai, bila lagi nak merasai pengalaman macam ni lagi. Harap aku dapat bersama mereka lagi di lain waktu dan ketika.