Alhamdullilah, Umurku Masih Panjang..

By | September 27, 2011

Alhamdullilah, semalam genaplap umur aku ke 30 tahun. Kalau member-member cakap umur dah 30 posen. Erm..Banyak ucapan hari jadi yang di terima. Banyak kata-kata semangat yang telah di terima. Terima Kasih untuk semua ahli keluarga dan sahabat andai kerana masih sudi mengirim ucapan “Selamat Hari Jadi”.

Kini aku sudah pun 30 tahun. Kini aku melangkah ke alam dewasa yang pastinya lebih mencabar. Baik dari menjadi ketua keluarga ataupun di tempat kerja, cabaran lebih hebat lagi. Insyallah akan aku tempuhi dengan berani. Alhamdullilah Syukur kepada TUHAN kerana masih lagi memanjang umur aku. TUHAN masih lagi memberikan ruang pada diri aku untuk terus menjadi hambanya. YA ALLAH…Syukur Alhamdullilah.

Apa yang pasti, kehidupan ini harus di teruskan. Tanggungjawab harus di lunaskan dengan baik. Semakin umur meningkat semain banyak perkara yang perlu di fikirkan. Semakin besar tanggungjawab dan amanah harus di galas. Banyak lagi yang perlu dilakukan sebagai makhluk TUHAN.  Semoga di umur 30 tahun ini, aku akan lebih matang lagi dalam mengurus rumahtangga, mengurus kerja dan segala-galanya. Insyallah….

11 thoughts on “Alhamdullilah, Umurku Masih Panjang..

  1. mycy

    Selamat menyambut hari lahir bro…semoga sihat walafiat,dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia.
    Kita sebaya bro…3 tahun lepas lah…hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge