Subjek Pengurusan Kewangan Di Sekolah.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General, Informasi

Pagi tadi aku mendengar satu berita yang sungguh menarik perhatian. Satu berita yang memanggil aku untuk menulis satu entri khas untuk perkara itu. Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk memamasukkan satu subjek atau matapelajaran khusus untuk Pengurus Kewangan. Mungkin akan di terapkan pada sekolah menengah.

Aku menyokong 100% usaha ini. Seperti yang semua maklum Pengurusan Kewangan amat penting dalam membentuk ekomoni yang kukuh pada diri. Bila usia semakin meningkat tanggungjawab juga sudah bertambah. Tanggungjawab juga semaik besar dan mencabar. Jadi pengukuhan ekonomi pada diri dan keluarga itu amatlah penting sekali.

Lebih-lebih lagi dengan cabaran kehidupan pada masa kini. Negara semakin maju. Malaysia semakin menuju kepada negara maju. Sudah pasti cabaran kepada rakyat semakin hebat. Lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi. Oleh itu pengurusan kewangan bukan lagi sebagai pilihan yang boleh di pandang ringan. Ia amat penting pada setiap orang terutamanya anak-anak melayu.

Maaflah jika ada yang terasa. Kerana apa yang aku perhatikan, anak-anak melayu terlalu memandang ringan tentang pengurusan kewangan. Pandang enteng tentang pengurusan kewangan. Tetapi percaya atau tidak, dengan pengukuhan ekomoni yang mantap pada diri dan keluarga, ia juga membantu dalam kebahagiaan keluarga. Aku pernah menulis mengenai 5 Tip Dalam Perancangan Kewangan Keluarga. Itu salah satu elemen yang penting dalam membentuk ekomoni yang kukuh dalam keluarga. Kesedaran ini perlu di pupuk semenjak kecil lagi.

Pendekatan yang di terapkan oleh kerajaan untuk menambah subjek Pengurusan Kewangan di sekolah memang baik. Ia dapat membentuk para pelajar mengurus tadbir kewangan dengan bijak.  Bila ianya diterapkan pada peringkat sekolah lagi, sekurang-kurangnya setiap pelajar kita tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik. Aku berharap sangat perkara ini dapat direalisasikan. Ingin sangat aku melihat semua pelajar dapat mengurus kewangan dengan betul. Bukan setakat itu sahaja, aku ingin sangat melihat lebih ramai lagi orang-orang kita yang hidup dengan lebih selesa dan bahagia. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Kadar Tol Lebuhraya Senai-Desaru
  • Diskaun Dari TNB. :)
  • Syarat Baru Untuk Jual Kereta Terpakai.
  • Blog Chedet Di Serang Malware.
  • Panggilan Advertiser Dari UK
  • Error Semasa Mengupload / Memuat Naik Imej.
  • Tun Mahathir Sertai UMNO Semula
  • Chong Wei Juara All England
  • Selamat Menyambut Ramadhan 1431
  • Renungan Takbir Ultraman di Pagi Jumaat

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

5 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Rhymee says:

    Economy is an essential factor towards achieving a blissful living. This is one subject that I find current generation are missing out. So, kudos to the government if they are implementing.
    Rhymee recently posted..Aidilfitri Open House 2011

    [Balas Komen]

  2. noriz says:

    sya sgt2 sokong sbb sya sndiri student finance dulu and now keje accounting, selalu deal dgn org ramai yg kurang pandai urus duit sendiri wlupun gaji cecah 5 angka…huhu

    mmg patut terap sejak sekolah dan ajar susah payah mak bapak cari duit tu..
    noriz recently posted..Open Houses VS Wedding photoshot…?

    [Balas Komen]

  3. Razlan says:

    Betul tu bro , melentru bulur biarla dari rebungnya ,sokong subjek ne 100 %
    Razlan recently posted..Contoh surat rasmi letak jawatan

    [Balas Komen]

  4. setuju sangat2 kalau diperkenalkan, nanti boleh la mahir matematik dan pengurusan.

    [Balas Komen]

  5. Shukor says:

    Memang dari dulu patutnya dah kena ada subjek pengurusan kewangan di sekolah. Tapi oklah, dari tak buat langsung :)

    Selamat hari raya bro! :D
    Shukor recently posted..Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge