Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

By | September 13, 2011

Aku bukan seorang pemain sepak takraw. Aku juga bukan seorang yang pakar bemain sepak takraw. Aku hanya seorang rakyat Malaysia yang suka menonton apa jenis sukan yang di sertai oleh rakyat Malaysia. Tak kisah apa jenis sukan. Tetapi yang pasti sukan bolasepak dan badminton menjadi keutaamaan.

Ada beberapa entri yang telah aku luahkan mengenai Bolasepak dan Badminton. Antaranya :

1) Malaysia menang lagi

2) Lee Chong Wei Juara All Englang 2011

3) Kini semuanya Harimau Malaya

4) Kerisauan Di hujung Lorong

Semuanya tentang pasukan kebangsaan kita. Hari ini aku ingin berbicara pula pasal Sepak Takraw. Satu sukan yang menjadi kebanggaan kita semua suatu ketika dahulu. Satu sukan yang pasti ada gelanggangnya di setiap kampung, mukin, daerah, sekolah dan merata tempat di Malaysia. Satu sukan yang sering menjadi tontonan bila adanya siaran langsung di TV1.

Pasukan Sepak Takraw Malaysia amat di geruni dahulu. Musuh ketatnya semestinya jiran kita Thailand. Dahulu kita bangga dengan Adnan Saidin, Zabidi Sharif, Rommi Suhendra, Sara dan ramai lagi. Masing-masing ada kepakaran masing-masing. Memang Malaysia di pandang tinggi di waktu zaman kegemilangannya. Terima Kasih kepada Bro Nor Roziman atas info yang diberikan.

KINI? Apa yang ada dengan Sepak Takraw Malaysia.  Aku perhatikan semakin suram. Aku perhatikan semakin pudar. Aku perhatikan tak ramai yang nak main sepak takraw. Tak banyak gelanggang takraw baru yang di bina. Tak banyak sekolah yang menjadi pertandingan sepak takraw sebagai aktiviti tahunan. Malah semakin berkurangan bilangan penyertaan pertandingan sepak takraw di peringkat daerah, DUN, kampung-kampung mahupun di peringkat negara.

Mana silapnya? Lihat sahaja bagaiman kekalahan pasukan sepak takraw Malaysia hujung minggu lepas. Kalah kepada Indonesia. Tewas. Malah Malaysia juga pernah tewas dengan pasukan yang dahulunya belajar main sepak takraw dengan Malaysia seperti Korea atau Jepun. Kecewa memang kecewa bila melihat pasukan Malaysia hilang taringnya. Seolah-olah macam baru main sepak takraw pulak.  Persediaan fizikal, teknik dan mental masih lagi di takuk yang lama.

Ada juga blog-blog yang meluahkan perasaan. Masing-masing kecewa dengan prestasi pasukan Sepak Takraw Malaysia. Macam tak ada pembangunan langsung. Siapa yang harus di persalahkan? Kita gergasi kini…

Lihat sahaja luahan rasa blogger di bawah :

1. Dari Rhymee (seorang pemain dan cintakan sepak takraw)

” For decades, as a country who originated the game, Malaysia had appeared to be the giant alongside Thailand for a very-very long period until lately where they have found themselves being surpassed by emerging countries even against country like Korea! So, just imagine, once they catch up, where will we particularly Malaysia be in the future?…..So, what, when, why, who and where went wrong? I guess the PSM or the Persatuan Sepaktakraw Malaysia (Malaysia Sepaktakraw Association) should know the answer…… or for worst they did not or might not know at all. Ha..ha..ha.. 🙂 All in all, in my very own perspective, since the national team last won the gold medal in the 2005 Manila Southeast Asian Games, they have never gone better or even a notch ahead and how I wish I could be critical, sarcastic and cynical on the matter because as usual the association action would be to start all over again and the blame game begins. ”

2. Dari bola rotan (satu-satu blog yang selalu bercerita tentang sepak takraw)

” Melihat prestasi Indonesia, Myanmar, Laos dan Singapura, slot separuh akhir Sukan Sea mula kelihatan samar – samar. Kalau dahulu kotak akhir pasti dalam genggaman namun kini, ia bukanlah sesuatu yang pasti.
Apakah penawar ajaib yang kita miliki? Mesin berlatih 1st ball? Sudah la PSM..akui sahaja itu bukan jalannya. Terus bergantung dengan servis Azman, Ah Seng? Apa lagi yang kita ada?
Saya titipkan beberapa komen yang saya rasa menarik untuk di kongsikan bersama. Fikirlah dengan positif jangan terlalu menyempitkan dada wahai PSM!
KT TITIWANGSA ARI TU BOLE LA XJUMPA MYANMAR ,INDON DGN KOREA,,, TU SBB BOLE MASUK FINAL,,,SKRG APE DAH JADI
memalukan la..klah ngn siam bley trima g..ni dgn ind0n maa..aiy0..suh psm reject r suma pmain 2..serap pmain muda len yg bt0i2 bley men..asyik pmain sma ja..f0rm dh jtuh p0n p kutip lgi..ltak la sma kprcyaan 2 kpd pmain len sma..byk lgi bkat yg ada. ”

Sudah pasti semuanya kecewa dengan sepak takraw Malaysia. Kecewa kerana semua masih sayang sepak takraw. Jika diteruskna begini, sudah pasti anak cucu kita tidak lagi mengenali sepak takraw. Semua sejarah kegemilangan yang di cipta oleh lagenda sepak takraw akan luput begitu sahaja.

Kepada PSM, ambil iktibar dengan kekalahan yang di terima. Bukan setakat kekesalan yang di tagih, tetapi sesuatu perlu di lakukan. MALAYSIA perlukan satu pasukan yang mantap untuk menghadapi jaguh-jaguh ASEAN. Jangan sampai satu hari nanti kita tewas pula dengan Jamaica atau Amerika ataupun Kenya….:)

4 thoughts on “Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

  1. Ntah la

    Ntah la hu2,aku pon x tau la ape nk jadi dgn sepak takraw Malaysia nih.Bosan la tgok muka Ahmad Ismail tu ckp mcm bagus,padahal ape pon tarak.Kalu bkn sbb politik mmg lama dh org tendang dari jawatan presiden PSM tu.Aritu aku ingat dh nk turun,boleh plak jadi presiden balik.Mangkuk mane la suke sgt die jadi presiden tu.Kami peminat sepak takraw ni dh menyirap dh tgok die,ade pulak yg suka,haiii, ntah la

    Reply
  2. Ntah la

    Lgpn teknik permainan Malaysia dh ketinggalan zaman la,mane la killer pakai backstroke tu lg,rata2 team sume dh pakai back flick tuk rejaman tajam.Alasan pakai backstroke,jimat tenaga n kurg penat berbanding back flick.Porahh,ni alasan org yg kalah,alasan org yg xnk tingkatkan prestasi atau sng citer alasan org dh kalah awal.Pemain Malaysia ni kalu main kt Malaysia bole le titik team2 kecik kt sini.Masuk je international,hancuq.Aku bkn nk kondem sepak takraw Malaysia sbb kita penah jadi raja suatu masa dlu,tp kena ingat bila kita kt atas,yg kt bawah pn nk juga same naik kat atas.Tgok peningkatan team2 mcm Thailand,Myanmar,Korea Selatan dll.Dlu Thailand tu mcm budak hingusan je team Nordin Sabarudin tu gulaikan.Skang ape dh jadi hu2.Tlg la jgn kasik alasan tanpa usaha buat pape,jemu dh dengar. Haiii,ntah la hu2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge