Rezeki Di Aidilfitri

By | September 10, 2011

Salam Lebaran Semua, macam mana Aidilfitri kamu semua? Mudah-mudahan baik semuanya. Bagaimana Aidilfitri untuk Shaffik pula? Semestinya setiap tahun aku akan pastikan Aidilfitri meriah. Meriah bukan dari segi sambutan sahaja, tetapi aku akan pastikan Isteri dan Anak bergembira di Aidilfitri. Maklumlah bila umur dah meningkat ni, yang seronok bila melihat anak-anak gembira di Aidilfitri.

Ok, Alhamdullilah Aidilfitri kali ini memberi satu sinar yang baru untuk aku. Mengapa? Aku mempunyai satu harapan pada tahun ini. Harapan dimana aku ingin memiliki satu lagi DSLR untuk diri aku. DSLR yang mampu menambah baik kerja-kerja photography aku. Bukan aku sibuk sangat nak beli DSLR, tetapi ia adalah satu keperluan pada aku sebagai seorang photographer.

Alhamdullilah, ianya terlaksana sudah pada Aidilfitri 2011. Walaupun terlewat sedikit (selepas raya) tetapi aku mampu merealisasikannya. Dengan menyimpan sikit demi sedikit wang dan di tambah pula wang-wang pendapatan dari Blogging, Sekali lagi pendapatan dari blogging membantu. Harapan untuk memiliki DSLR Nikon D7000 sudah pun terlaksana semalam. Baru aku sedar inilah berkat kesabaran dan fokus yang tinggi. Aku berharap, ia dapat membantu dalam kerja-kerja fotografi aku.

Syukur kepada TUHAN, kerana memberikan aku rezeki ini. Tak sangka pula aku dalam merealisasikan azam pada tahun  2011 lebih awal. SYUKUR Alhamdullilah. Baru aku sedar, apa sahaja yang kita pinta, Insyallah akan di tunaikan. Samada cepat atau Lambat. Itu yang berlaku pada diri aku sepanjang hidup aku. ALHAMDULLILAH.

6 thoughts on “Rezeki Di Aidilfitri

  1. Rhymee

    Hell yeah, my brother!!! I have faith in you that you will get somewhere from nowhere someday. Be much more coordinated and focus. Remember my phrase… “Selalunya aku cakap mesti betul punya”. 🙂
    Rhymee recently posted..A Tribute For A Special FriendMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge