Salam Lebaran untuk semua pengunjung Shaffik.com. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua kenalan seantero dunia. Insyallah pada hari Selasa 30 Ogos 2011 depan, semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya. Inilah perayaan yang sungguh di nanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Setelah sebulan berpuasa, kini tibalah masanya umat Islam menyambut Hari Raya.
Aku pasti ketika ini, semua sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir untuk berhari raya. Kak Kiah, Mak Jah, Mak Enon pasti sibuk menyiapkan kuih-kuih raya, pasang langsir baru, tukar sarung kusyen baru, beli baju raya anak-anak, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Pak Man, Pak Kadok dan Amri pula sibuk memikirkan budget-budget menjelangnya pagi raya dan juga selepas raya. Naik botak di buatnya. Anak-anak kecil pula sedang sibuk mencuba baju dan kasut baru. Yang pastinya mereka tak sabar menunggu 1 Syawal yang bakal menjelma.
Apapun yang di lakukan, inilah suasana berhari raya. Inilah yang meriahnya Lebaran. Sudah pasti di tunggu-tunggu oleh semua. Di kesempatan ini, Shaffik.com menyucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Ampun dan Maaf kepada semua para pengunjung atau rakan-rakan atau kenalan terdekat atau saudara mara atau sesiapa sahaja yang mengenali pemilik blog ini. Mohon Maaf andai kata ada beberapa entri yang telah menjadi tatapan semua menyinggung perasaan kalian. Tidak sedetik di hati untuk menyinggung perasaan sesiapa. Itu hanya penulisan dan pandangan peribadi untuk semua. Mohon Maaf andai kata ada penulisan, pertuturan atau tingkah laku yang membuat ada yang berkecil hati atau berasa tidak senang.
MAAF anyak-banyak sebabnya aku insan biasa yang tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Mungkin ada perkara-perkara yang tidak perasan. Mungkin ada perkara yang terlepas pandang. Mungkin ada yang tersalah tafsir. Sekali lagi Mohon Ampun dan Maaf Zahir Batin. Semoga perkenalan dan pertalian dari blog Shaffik.com ini lebih erat dan terus hingga ke akhir hayat. Insyallah. Sama-samalah kita menyambut Hari Raya dengan penuh kesyukuran dan ketenangan. Harap Lebaran kali ini lebih bermakna dari tahun lepas. Dan bergembiralah semua di hari yang mulia.
Akhir kata dari Shaffik.com












Twitter Updates

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin my brother. May the force be with you!
Rhymee recently posted..A Tribute For A Special Friend
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
September 15th, 2011 at 10:00 am
Selamat Hari Raya…
[Balas Komen]
Selamat Hari raya tuan
zack recently posted..Lagu Raya Kegemaran Ajim
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
September 15th, 2011 at 10:01 am
Selamat Hari Raya Untuk kamu juga..
[Balas Komen]
selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
September 15th, 2011 at 10:01 am
Selamat Hari Raya Bro..Maaf Zahir Batin..
[Balas Komen]
selamat hari rayooooo
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
September 15th, 2011 at 10:02 am
Selamat Hari Rayoo…sorry lewat reply..
[Balas Komen]
Salam;
selamat raya maaf segala kekhilafan semoga panjang umur dan sejahtera selalu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
September 15th, 2011 at 10:02 am
Sama laa kita yaaa..
[Balas Komen]