Perisian AutoCAD Percuma

By | August 21, 2011

Wah pasti ramai yang teruja dengan tajuk entri kali ini. Bukan apa ada beberapa orang rakan bertanyakan pada aku, ada tak software AutoCAD percuma. Ada tak software AutoCAD free. Aku cakap ada, copy dari cd original dan ambil sekali serial key nya :).  Yang lain semua berbayar termasuklah beli CD AutoCAD cetak rompak dari kedai Ah Seng.

Sebenarnya, ada satu software yang seakan sama dengan AutoCAD. Aku jumpa software ini pada hujung tahun lalu. Maklumlah, Software AutoCAD tu kan mahal, jadi aku terpaksa cari solution yang lain. Bukan setakat murah sahaja, malah software yang aku jumpa ini PERCUMA. Tak perlu bayar satu sen pun. Cuma kena update atau renew setiap tahun. Setakat ini masih lagi PERCUMA.  Nama software ini adalah DRAFTSIGHT.

Draftsight adalah satu software untuk menghasilkan lukisan 2D secara percuma. Ia boleh membantu pada pelukis-pelukis pelan atau seangakatan untuk mereka atau mengedit fail 2d. Lebih tepat lagi ia berupaya membaca dan mengedit apa jenis fail drawing yang mempunyai extension .dwg. Bila sebut sahaja pasal drawing AutoCAD pasti nama failnya .dwg.

Aku dah cuba install DRAFTSIGHT pada satu pc di tempat kerja. PC kawan baik aku yang setiap hari bergelumang dengan drawing dan fail .dwg. Memang boleh pakai. Tak ada masalah. Cuba pada permulaannya, kena study sikit. Sebabnya ada beberapa fungsi kawalan di AUTOCAD tidak sama dengan Draftsight. Apa pun yang penting ianya PERCUMA dan boleh di gunapakai untuk kerja-kerja drawing. Memang berkesan.

Untuk mendownload DRAFTSIGHT sila layarai website INI. Jika tanyakan aku berapa bintang yang harus aku berikan kepada Software DRAFTSIGHT, aku berikan 4 bintang dari 5 bintang. Memang terbaik. Jimat dan efisyen. Apa lagi geng,  Selamat mencuba. 🙂

8 thoughts on “Perisian AutoCAD Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge