Pinjaman Dari Kuwait Finance House. (SCAM)

By | August 15, 2011

Sejak kebelakangan ini aku sering perhatikan, pinjaman mudah dari Kuwait Finance House. Dari kertas-kertas yang di sumbatkan di peti surat hingglah spam mail yang masuk ke kotak email. Semuanya mengatakan tawaran untuk mendapatkan pinjaman peribadi dari Kuwait Finance House. Sungguh mudah dan sesiapa sahaja boleh memohon. Mesti tawarannya hebat kan….

Kesemua mereka mengaku mereka adalah ejen dari Kuwait Finance House. Mereka boleh memberikan pinjaman peribadi kepada semua kakitangan kerajaan, badan berkanun dan juga kakitangan swasta. Dan yang lebih hebat lagi, mereka mengatakan semua orang boleh memohon pinjaman termasuk mereka yang sudah blacklist / CTOS / CCRIS. Tetapi ada bayaran yang di kenakan.  Pinjaman belum lulus tetapi bayaran sudah pun di kenakan. Kebanyakkan mereka meminta yang pendahuluan atau Up front sebagai wang pengurusan katanya.

Yang terbaru adalah email dari Chandral Joy.

”  Offer terbaru dari kami. Untuk SEMUA Kakitangan Kerajaan dan Swasta(Private) dan juga yang Tidak Bekerja(Unemployed).
MAKLUMAT LANJUT : http://pcboost.jimdo.com/easy-bank-loan-mendapat-loan-dengan-mudah/ (Updated)
Nak untuk BISNES, MEMBAYAR HUTANG, KAHWIN, atau PERSONAL. INI ADALAH PELUANG ANDA. CEPAT !!
Kami ada offer baru sekarang. Untuk memohon loan, tidak bekerja, swasta, dan kerajaan boleh memohon. 100% approval. Confirm! Kami akan hantar semua borang lengkap bank kami terus ke rumah kamu. Order hari ini, dapat hari ini!! Hanya perlu membuat pembayaran RM10.00 sahaja untuk penghantaran melalui kourier DHL untuk semua borang sampai selamat ditangan kamu. Tawaran untuk 1 bulan sahaja. Mulai dari 17 Mac 2011 hingga 18 April 2011. Ini adalah peluang kamu!
Kalau blacklist bank, kereta, Ctos, Astro, jangan risau, kami boleh menguruskan untuk kamu & kamu akan mendapat loan kamu 100%.
JANGAN LUPA KLIK LAMAN WEB DIBAWAH :
MAKLUMAT LANJUT : http://pcboost.jimdo.com/easy-bank-loan-mendapat-loan-dengan-mudah/ (Updated) “

Aku terus memulakan misi mencari kebenaran akan email ini. Ternyata ramai yang sudah terkena dengan Chandral Joy. Dia hanya menggunakan alamat email : [email protected] untuk mengaburi mata semua pihak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terdesak memerlukan wang. Tetapi ini semua palsu. Ini semua SCAM sila lihat link-link di bawah kerana ada orang yang dah terkena.

1) BERHATI-HATI KLO TERIMA EMAIL PINJAMAN MUDAH

2) Penipuan Loan Mudah

3) Hati-hati dengan Chandral Joy

Dan Kuwait Finance House juga telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah :

” It has come to our attention that certain parties have been collecting funds for KFH Gold Account-i on behalf of Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB). We would like to categorically state that the Bank has not appointed any agent or agency to act on its behalf to handle or manage the KFH Gold Account-i. If there is any query, please contact the nearest  branch. You may surf this website or contact our call centre at 1800 888 KFH (534) for more information on the Bank’s products, services and branch locations.”

Jadi berwaspadalah dengan email dari Chandral Joy atau email-email yang seangkatan dengannya. Kalau nak buat pinjaman duit pun, terus pergi ke bank. Jangan terlalu percaya dengan benda-benda macam ni. Apa-apa hal pun, terus rujuk pada bank. Jangan sibuk nak dapat pinjaman, terus bayar duit upfront. Tup tup loan ke mana, ejen kemana akhir sekali, loan pun x ada. Kesian kerja penat-penat tup tup kena tipu. Pada aku yang paling penting jangan suka sangat meminja. Daripada meminjam, lebih elok kawal selia pengurusan kewangan dengan baik. Itu yang lebih elok. 🙂

 

17 thoughts on “Pinjaman Dari Kuwait Finance House. (SCAM)

  1. Rhymee

    Live life as in reality. Otherwise, we’ll be some kind of a hypocrite or perhaps a freak. 🙂

    Reply
  2. mankuchai

    Pernah dapat,tetapi mmg tak layan lah,hari tu byk email dari Afrika Burkina Paso.Nak bagi duit ratus ribu konon…sorrylah Mmmg anti gagak hitam ni 🙂

    thanks for info!

    Reply
  3. Nasrul Hanis

    Pergh.. sebab tu kena check betul2 tambahan benda2 yang melibatkan duit ni.. memang sangat berisiko untuk kena scam. berhati-hatilah semua!

    Reply
  4. megat

    aku dah agak dah. banyak point yang mencurigakan. contohnya jumlah pinjaman & siapa yang berkelayakan.

    nama dia tak sebut pun ya juga. tiada no telefon utk kepastian.

    mudahnya orang kita kena tipu, masya allah.

    Reply
      1. asri

        kami dari coshare holding berhad…kami yg menawarkan pinjaman ini…pinjaman kami dibiyai oleh kuwait finance house…pinjaman ini melalui potongan gaji…hanya pekerja kerajaan dan badan berkanun sahaja yg layak untuk memohon…ini bukan skim..ini adalah pinjaman peribadi…pay out kami 100% conoth anda meminjam rm100 anda akan dapt rm100 conth bank lain pay out mereka purata 93% shja..anda tidak akan dpt penuh..sebarng pertanyaan sila hubungi asri 019-3773670

        Reply
  5. Pingback: PErsonal loak untuk swasta terbaik - Portal Finance, Investment & Business

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.