Kena Tindih Masa Tidur. Mitos atau Realiti?

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Agama

Pernah kena hempap atau kena tindih masa tidur? Mesti seram kan. Mesti teramat dasyat ketika kejadian itu. Lidah kelu untuk berkata-kata, tangan dan kaki tidak boleh digerakkan. Nak menjerit pun tak boleh.  Nampak hantu di atas, ada makhlus yang tidak di kenali menghempap badan. Ada yang lebih dasyat lagi, kena hempap ketika tidur ketika bulan Ramadhan. Uik…mana pulak datangnya hantu sedangkan semua syaitan sudah pun diikat? Alamak kritikal ni. Hantu mana pulak?

OK. Aku tertarik dengan hal-hal sebegini.  Tertarik untuk mengetahui sejauh manakah kebenarannya jika berlaku situasi sebegini. Sebabnya aku tak pernah mengalaminya. Kalau ada pun, mimpi berjumpa hantu. Nak jerit tak boleh. Jadi hadap sahaja hantu tu. hahahaha.

Betul ke ada di hempap hantu ketika tidur? Betul ke kena tindih masa tidur? Tetapi sejak kebelakangan ini, tak ada pulak aku dengar cerita di hempap ketika tidur. Isteri aku pun tak pernah cerita akan hal ini. Adakah hantu yang suka tindih menindih ni dah pencen? :) Erm, persoalan demi persoalan yang lama terpendam di kepala hotak aku. Sehinggalah aku dapat satu informasi mengenai kejadian dihempap ketika tidur dari sebuah majalah.

Dihempap ketika tidur memang menjadi satu igauan kepada kita semua. Semua orang berpotensi menghadapi situasi ini. Tak kira orang dewasa, kanak-kanak, pak imam, bilal atau sesiapa sahaja. Semua orang boleh kena. Tetapi itu bukan kena hempap atau kena tindih dengan hantu, tetapi itulah yang dinamakan Sleep Paralysis.

Sleep Paralysis adalah satu teori sains untuk kesihaan tubuh badan kita. Apa itu sleep paralysis?. Sleep Paralysis bermaksud “lumpuh ketika tidur”. Seluruh anggota badan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis) ketika kita sedang tidur. Bila ianya berlaku, ada kalanya seluruh anggota badan tidak boleh digerakkan langsung termasuk mulut tidak boleh bercakap. Tetapi kebiasaannya badan akan menjadi separuh lumpuh dan mungkin ada anggota badan yang lain boleh bergerak.

Mengapa wujudnya Sleep Paralysis? Manusia yang normal akan tidur nyenyak dengan keadaan hanya jantung sahaja yang berdenyut. Otak juga akan berhenti bekerja seketika dan memberitahu badan supaya berehat. Proses ini di panggil Recticular Activating System-RAS.  Sleep Paralysis  boleh berlaku dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Ketika RAS menjalankan prosesnya semula untuk menyampaikan signal kepada otak, kebiasaannya manusia berada dalam keadaan separuh sedar ketika ini. Jika signal elektrik tidak di aktifkan oleh otak ke badan manusia, itulah yang menyebabkan badan manusia menjadi lumpuh seketika. Ia boleh memakan masa beberapa minit sehingga otak mengaktifkan semula signal elektrik kepada badan manusia.

Sleep Paralysis juga biasa didatangi dengan halusinasi atau keadaan mimpi ngeri. Apa pulak halusinasi ni? Kepada yang suka menonton cerita hantu dia tahu maksud halusinasi. Maksud halusinasi :

” pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba atau bertemu dengan makhlus selain dari manusia”

Sleep Paralysis kebiasaannya di datangi dengan halusinasi. Malah yang lebih teruk lagi apabila tuan punya badan itu mentafsir sendiri apa yang dia nampak. Ini memang biasa berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan Sleep Paralysis. Antara sebab-sebab yang boleh berlakunya Sleep Paralsis:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)

3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup masa untuk tidur)

4. Stress. Kepala otak terlalu berserabut.

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (hari tidur atas katil, esok nak tidur kat dapur pulak.)

6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

Harap informasi ini dapat menjadai persoalan tajuk yang aku utarakan di atas. Jadi usahlah terlalu taksub percaya dengan cerita-cerita atau mitos tentang kena hempap atau kena tindih ketika. Yang paling penting jangan terus menyelubungi hidup kita dengan cerita tahyul yang akan menyesatkan. Percaya dan patuh hanya pada TUHAN yang satu. Insyallah hidup kita semua akan aman damai dan diberkati olehNYA. :)

Sumber dari :

1) Wikipedia English

2) Wikipedia Melayu

3) Blog Infozi

 

 

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Adakah Mak Nyah Akan Insaf?
  • Tiada Emas di Hari Ke-7
  • Dah Tua Pun Masih Mencuri.
  • Terjun Bangunan Bila Kekasih Batal Perkahwinan
  • Tips Untuk Terus Kental Dengan Blogging
  • 10 Perkara Yang Tidak Di Ketahui Tentang Seorang Blogger.
  • Marketing Secara Percuma.
  • Dua Hari Di Endau Beach Resort.
  • Berhari Raya Di Tol Jalan Duta
  • Kita Tidak BODOH!

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

13 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. INFOzi says:

    hype! thanks for your back link ;)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks for the info bro.

    [Balas Komen]

  2. mankuchai says:

    Aku memang dari dulu kurang percaya ada benda tindih…pernah kena..bila di rujuk..rupa nya cara tidur tu.

    Seingat aku…masa tidur terlentang jer kena…tidur ngiring tak pernah kena..

    [Balas Komen]

    mycy Reply:

    betul tu…tidur mengiring adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Mengiring di sebelah kanan.Tapak tangan kanan diletakkan di pipi kanan,ibu jari diletakkan di bawah cuping telinga…dan ibu jari kaki kiri menyepit tengah2 antara betis dan tumit kaki kanan.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ikut sunah Nabi..Tidur mengiring..Dari dulu lagi Nabi Muhammad sudah sarankan.

    [Balas Komen]

  3. Rhymee says:

    Do not believe the hype! If it is true that there is one “hantu” who loves to “tindih” people, I guess it must be a sick wacko maniac one. Ha..ha..ha.. Perhaps a gay one. Hmmm…. :-)

    [Balas Komen]

  4. titan says:

    emm…patutlah hari-hari aku rasa macam kena tindih. haha..
    titan recently posted..Ramadan 2011 – Awek Kad raya.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Kena tindih ngan apa tu?:)
    Shaffik recently posted..Perisian AutoCAD Percuma

    [Balas Komen]

  5. aimannajmy says:

    dulu2 salu kena time zaman student huhu.. tido tak cukup dan tido ikut sempat je
    aimannajmy recently posted..Berbuka Puasa di Restoren Bawal

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Wah strugller dulu nie..:)

    [Balas Komen]

  6. Aleen says:

    x pernah kene lg tindih2 hantu nie..hhuhuhu..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Kalau laa kater kena kan..so dah tau dah mengapa kan?
    Shaffik recently posted..Perisian AutoCAD Percuma

    [Balas Komen]

  7. net crawler says:

    bro mimpi jumpe hantu? i2 mknanya dtg rezeki tu. rezeki cmne? sye xtau. rezeki blogging bro la kot…

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge