Starbucks Masih Halal

By | August 6, 2011

Terkejut juga bila melihat satu status di facebook yang mengatakan, minuman di Starbuck Haram.

Ini mesej yang di terima di laman muka buku aku petang semalam :

“STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 – 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.”

Bukan nak membela sangat Starbuck, tetapi entri ini sekadar menjelaskan fakta yang sebenar mengenai berita ini. Supaya ia boleh dijadikan panduan kepada penggemar produk Starbuck. Sehingga hari ini, JAKIM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengharamkan semua produk atau minuman Starbuck.

Berikut adalah kenyataan dari pihak JAKIM. Info di ambil dari Halal.gov.my

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.

Jadi jika semua para pelanggan ragu-ragu akan keharaman Starbuck, harap info ini dapat membantu. Dalam masa yang sama juga, anda juga boleh menyemak status Sijil Halal untuk kedai atau restoran yang anda kunjungi di :

HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC) dan hantarkan kepada no 15888

ATAU anda semua boleh periksa status halal sesebuah makanan atau restoran DI SINI.

8 thoughts on “Starbucks Masih Halal

  1. mankuchai

    Kadang2 aku keliru dengan berita2 tentang halal haram ni,aku rasa di Malaysia ni dah tak selamat nak makan dengan bebas macam dulu.Banyak sangat unsur2 babi dalam makanan.

    Dalam kes ni mungkin ada unsur fitnah atau tidak puas hati beberapa individu terhadap Star Buck mungkin!

    Reply
  2. Pingback: starbucks masih halal

  3. Rhymee

    Nowadays people simply spins stories for their own sake. So do not believe the hype. All things were being set in the first instance. Trust me… 🙂

    Reply
  4. kopisoda

    salam kenalan bro.
    selagi disahkan halal takpe.
    tapi kalo dah berperasaan was-was baik jangan minum.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.