Kenali Sam Triggy

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Hiburan

Siapa Sam Triggy? Ini mungkin informasi yang agak lama bagi mereka yang mengenali Sam Triggy 3-4 tahun lepas. Erm..agak terlewat bagi aku untuk menceritakan tentang Sam Triggy. Sam Triggy mungkin sudah terkenal di kalangan penggiat gitar satu Malaysia. Cuma aku sahaja yang baru sahaja mengenali Sam Triggy melalui kiriman mesej Taib Aur di Facebook. :)

Selepas melihat video yang di kirimkam, aku terus sahaja mencari informasi tentang Sam Triggy. Tak banyak informasi tentang Sam Triggy. Cuma ada beberapa video dia di Youtube. Sam Triggy berasal dari Malaysia. Sam Triggy atau Hisham berasal dari Johor. Daerah mana itu tidak dapat di pastikan. Istimewanya Sam Triggy adalah dia boleh memetik gitar bukan satu tetapi tiga gitar sekaligus. Dengan menggunakan teknik Tapping, Bro Sam berupaya menghasilkan melodi yang sungguh mengasyikkan. Melodi yang sugguh indah, ada jiwa dan sungguh memukau.

Memang salute kepada Bro Sam. Petikan yang sungguh memukau. Seorang insan seni yang unik. Penampilan secara low profile menjadikan Bro Sam lebih unik dan istimewa. Bagi rakan-rakan yang tahu info lanjut mengenai Sam Triggy, tolong kongsikannya di sini. Apa yang ada sekarang hanyalah vide0 Sam Triggy dari youtube yang telah di upload 4-5 tahun dulu.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Ada lagi macam ni di Kota Singapura.
  • SUSUK……
  • Tahun Baru Cina Yang Menguji Kesabaran
  • Ke Bandar Tanpa SELUAR
  • Kenangan UPSR 17 Tahun Lalu. :)
  • Aku Sedia Membantu
  • Tuhan itu Maha Adil
  •  Muzee Internet Radio
  • Pagi Isnin yang Indah.
  • Perompak..Maut!!!!

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

8 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. titan says:

    wah..best gak dengar..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Penuh dengan jiwa bro. Memang best.

    [Balas Komen]

  2. noriz says:

    owh, 1st time dgr …

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Syok tak? Dengar cerita dia dari Segamat. huhuhuh orang Johor tu.

    [Balas Komen]

  3. Aduh. Sebelah tangan pun aku tak master lagi.
    zaidi belajar main gitar recently posted..Belajar Main Gitar Percuma VS Berbayar

    [Balas Komen]

  4. Alifi says:

    Sam triggy ney berasal dri felda medoi segamat johor,nme glamer kt felda kwongsai.. Die memang low profile n selalu wat liveband kt restoran arshad di jln kenawar segamat..

    [Balas Komen]

  5. rahimgt says:

    dia adalah rakan menyongsot aku kira2 14 tahun yang lalu. apa yang aku tau dia memang seorang yang unik. ha3. tapi sekarang baru aku tau yang rakan sama2 menyongsot aku dulu adalah samtriggy.

    [Balas Komen]

  6. rahimgt says:

    kalau nak tau kami pagi2 pegi menyangkul kat tepi highway besraya sungai besi menuju ke the mines wonderlands. naik motor aja. wak sam adalah kawan kami juga, tapi skrg entah kemana wak sam. hilang tanpa berita

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge