Siapa Sam Triggy? Ini mungkin informasi yang agak lama bagi mereka yang mengenali Sam Triggy 3-4 tahun lepas. Erm..agak terlewat bagi aku untuk menceritakan tentang Sam Triggy. Sam Triggy mungkin sudah terkenal di kalangan penggiat gitar satu Malaysia. Cuma aku sahaja yang baru sahaja mengenali Sam Triggy melalui kiriman mesej Taib Aur di Facebook. 🙂
Selepas melihat video yang di kirimkam, aku terus sahaja mencari informasi tentang Sam Triggy. Tak banyak informasi tentang Sam Triggy. Cuma ada beberapa video dia di Youtube. Sam Triggy berasal dari Malaysia. Sam Triggy atau Hisham berasal dari Johor. Daerah mana itu tidak dapat di pastikan. Istimewanya Sam Triggy adalah dia boleh memetik gitar bukan satu tetapi tiga gitar sekaligus. Dengan menggunakan teknik Tapping, Bro Sam berupaya menghasilkan melodi yang sungguh mengasyikkan. Melodi yang sugguh indah, ada jiwa dan sungguh memukau.
Memang salute kepada Bro Sam. Petikan yang sungguh memukau. Seorang insan seni yang unik. Penampilan secara low profile menjadikan Bro Sam lebih unik dan istimewa. Bagi rakan-rakan yang tahu info lanjut mengenai Sam Triggy, tolong kongsikannya di sini. Apa yang ada sekarang hanyalah vide0 Sam Triggy dari youtube yang telah di upload 4-5 tahun dulu.
wah..best gak dengar..
Penuh dengan jiwa bro. Memang best.
owh, 1st time dgr …
Syok tak? Dengar cerita dia dari Segamat. huhuhuh orang Johor tu.
Aduh. Sebelah tangan pun aku tak master lagi.
zaidi belajar main gitar recently posted..Belajar Main Gitar Percuma VS Berbayar
Sam triggy ney berasal dri felda medoi segamat johor,nme glamer kt felda kwongsai.. Die memang low profile n selalu wat liveband kt restoran arshad di jln kenawar segamat..
dia adalah rakan menyongsot aku kira2 14 tahun yang lalu. apa yang aku tau dia memang seorang yang unik. ha3. tapi sekarang baru aku tau yang rakan sama2 menyongsot aku dulu adalah samtriggy.
kalau nak tau kami pagi2 pegi menyangkul kat tepi highway besraya sungai besi menuju ke the mines wonderlands. naik motor aja. wak sam adalah kawan kami juga, tapi skrg entah kemana wak sam. hilang tanpa berita
Samtriggy….memang orang Johor…asal dari Segamat…Felda Medoi..dia ni roomate aku masa tahun 1984-1985 di Asrama Felda Johor Bahru. Sekolah Menengah dulu di Sek Sultan Ismail (SSI JB). Memang dari form 1 dah nampak bakat main gitar dia sebab masa tu pun dia dah boleh main kiri dan kanan. Pernah menang Pepsi Young Discovery Challange..tahun tak ingat lah pulak. Masa kat hostel dulu…memang kepala gila2..gitar boleh kata sentiasa kat tangan asal ada masa free…Nama dia Hisham Bin Mahdin…masa duk hostel dulu panggilan dikalangan kawan-kawan…Isang.