Bermula tahun 2012, Bank Negara Malaysia akan mengedarkan Syiling terbaru. Syiling terbaru ini adalah keluara siri ketiga daripada BNM. Syiling siri ketiga ini di terbitkan untuk menggantikan syiling yang sedia ada dan telah di edarkan lebih 20 tahun yang lalu. Syiling baru siri ketiga ini menggabungkan ciri-ciri moden, praktikal dan di lengkapi dengan ciri keselamatan yang berteknologi tinggi.
” Duit Syiling siri terbaru ini lebih kecil dan ringan yang menjadikan ia pengguna lebih mesra pengguna. Duit syiling berwarna kuning, putih serta reka bentuk yang lebih baik membolehkan orang ramai dan juga cacat penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi yang berbeza dengan lebih berkesan.
Siri syiling yang baru ini merangkumi kemajuan terkini dalam penempaan teknologi yang menggabungkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Aloi logam baru yang digunakan untuk penempaan ketahanan dipertingkatkan terhadap kesan haus dan hakisan. Spesifikasi teknikal bagi siri duit baru dan sedia ada adalah seperti berikut:
Spesifikasi Teknikal:
a. Duit syiling Siri Baru
Nilai muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen Aloi Brass Nickel Copper Clad Brass Nickel Stainless Steel Stainless Steel Diameter (mm) 22,65 20,60 18,80 17,78 Berat (gram) 5,66 4,18 2,98 1,72 b. Duit Syiling Sedia Ada
Nilai muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen Aloi Tembaga 75/25 Nikel Tembaga 75/25 Nikel Tembaga 75/25 Nikel Tembaga 75/25 Nikel Diameter (mm) 27,76 23,59 19,40 16,25 Berat (gram) 9,33 5,66 2,82 1,41
Walaubagaimanapun, duit syiling yang lama tetap sah digunakan. Jangan takut dan gusar ya. Siri duit syiling terbaru ini akan di edarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk penggunaan di Vending machine, syiling siri ketiga terbaru ini juga boleh digunakan. Semua pengusaha Vending Machine diberikan masa 6 bulan untuk mengemaskini semua vending machine mereka supaya boleh menerima Syiling Siri Ketiga yang baru.
Untuk penggemar Syiling, Versi Peringatan untuk Siri Ketiga(commemorative version) akan mulai dijual pada 26 Julai 2011. BNM mengeluarkan 50,000 set dengan harga RM10 setiap set. Orang ramai boleh membelinya di :
- BNMLINK (Laman Maklumat Nasihat & Khidmat)
Ground Floor, Block D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato ‘Onn
50480 Kuala Lumpur
MalaysiaNo: +603 2698 8044 / 9044 (ext: 7417/7390)
- Bank Negara Malaysia cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.











Twitter Updates

aku dah beli beberapa dozen. best woo!!!
http://myblog.myfirdaus.com/malaysia-duit-syiling-malaysia-siri-ketiga/
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
August 6th, 2011 at 12:16 am
Sedozen eh ko beli. Ni Mesti pengumpul duit syiling ni.
[Balas Komen]
menarik juga ciri-cir yang telah ditambahbaik. apa pun, tukarkan sedikit wang anda kepada emas untuk kebaikan kini dan masa depan
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
August 6th, 2011 at 12:18 am
Nampak lebih elegen kan.
[Balas Komen]
Haha…aku memang tunggu lama dah coins nie….haha…tak sabar dah rasanya nak simpan…so, coins lama yang parlimen dan bunga raya pun aku simpan…huhu…
Duit kertas pun akan tukar…huhu best best
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
August 6th, 2011 at 12:19 am
nanti ada coin pelik lagi ..aku berikan pada ko.
[Balas Komen]
hoho..dah keluar dahh..bagus ni, bagus.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
August 6th, 2011 at 12:19 am
Apa lagi bro. Segera dapatkan syiling terbaru ni.
[Balas Komen]
huhu..comel. lawa..banding yang lama tu.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
August 6th, 2011 at 12:20 am
Memang nampak cun. Lebih eksklusif.
[Balas Komen]
Salam.
Kalau makin bukan lagi senang nak hilang dan jatuh ke coin ni?
[Balas Komen]