Mengapa Facebook Terus Popular?

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging, Persoalan ?

Facebook. Siapa yang tak kenal Facebook.  Ada juga yang panggil FB. Facebook menjadi satu fenomena kepada seluruh rakyat Malaysia. Tak kira kecil atau besar, tua atau muda. Kebanyakkannya sudah mempunyai akaun Facebook. Mark Zuckerbeg memang hebat. Mengubah minda manusia untuk memiliki akaun dan bersosial di facebook.

Mcam-macam yang berlaku di dalam Facebook. Ada yang berniaga, bertemu kawan-kawan lama, kekasih lama, dam macam-macam lagi. Percaya atau tidak, Facebook adalah kata carian yang paling tinggi di Google. Aku baru sahaja menjenguk Google Insight. Google Insight adalah satu tool yang boleh di gunakan untuk melihat apakah perkataan yang menjadi carian tertinggi mengikut masa yang ditetapkan.

google insight 7 days

 

google insight 30 days

google insight 2011

Ternyata, Facebook tetap menjadi kata carian yang tertinggi sepanjang masa ketika ini. Aku sertakan 3 gambar yang menunjukkan Facebook tetap menjadi kata carian tertinggi. Mengapa menjadi kata carian yang tertinggi di Malaysia? Jawapan yang paling utamanya, sebab Facebook memang popular. Yang keduanya dan ramai yang tak perasan kebanyakkan pengguna Internet menaip kata carian Facebook di Google untuk mengakses ke akaun Facebook mereka. Mereka lebih suka menggunakan kata carian Facebook di Google Search berbanding menaipkan www.facebook.com di address bar. Aku tunjukkan contoh di bawah ini.

google search

 

 

 

addressbar

Inilah salah satu sebab mengapa facebook sentiasa menjadi kata carian yang tertinggi. Bukan satu 2 bulan tau, sepanjang masa tau. Kerana apa? Kerana pengguna Internet sendiri masuk ke akaun Facebook melalui Google Search. Ramai yang tidak perasan akan penggunaan fungsi kata carian di Google. Dan sudah pasti ramai yang jarang menaip alamat URL terus di Address Bar. Atau mungkin juga ramai pengguna Internet tidak perasan akan kewujudan Address Bar dan fungsinya. Sudah tentu ia meningkatkan lagi kata carian Facebook di Google sebagai kata carian yang paling popular dan tertinggi. Dan paling penting terus mempopuparkan Enjin Carian Google di setiap komputer di rumah seluruh dunia.  Hebat :)

Ini bukan sahaja membuktikan pengguna Internet di  Malaysia dan dunia lebih gemar bersosial di Facebook, malah carian yang berbentuk ilmiah memang tidak mendapat perhatian yang tinggi. Mengapa statistik tidak menunjukkan carian yang memberangsangkan pada laman web ilmiah seperti How to, Wikipedia, Ask.com dan laman-laman yang lain.  Lihat sahaja gambar statistik yang aku berikan di atas. Bukan setakat di Malaysia sahaja, malah di seluruh dunia. Lihatlah betapa besarnya pengaruh Facebook di Dunia Internet. Bilakah penguasaan ini akan berakhir? :) Aku pun tak tahu….

 

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Kini Semuanya Harimau Malaya.
  • Yahoo! Aku Menang!!!
  • Tips : Tidur Di Tempat Kerja? :)
  • Bengkel Blogging Ke – 2 : Semua Berpuas Hati…
  • Manchester United Kecundang.
  • Gathering Blogger Selatan
  • Jom Membeli-belah Di Southern Lion
  • Adakah Mak Nyah Akan Insaf?
  • Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.
  • $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

10 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. titan says:

    kalau mark tutup facebook pun..20-30 tahun nanti..orang akan terus ingat gakk.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ya itu sudah semestinya..sebab itulah laman sosial yang paling popular kan.

    [Balas Komen]

  2. mankuchai says:

    Selagi tak ada laman sosial yg boleh kalahkan fb org akan stay dgn fb.Aku rasa satu hari facebook akan kurang diminati tetapi entah bila lah.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Entah bila tah ada yang boleh beat..Google + kot agaknya..

    [Balas Komen]

  3. mycy says:

    FB begitu popular kerana aplikasinya mudah.Semua benda ada kat situ.Tambah lagi trend sekarang web site/blog/organisasi/company dsb pasti akan ada link dgn FB…bukan orang perseorangan sahaja….

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sebab itulah FB terus popular..Aku nak tengok website / laman sosial apa yang boleh beat FB…

    [Balas Komen]

  4. aimannajmy says:

    huhu bab ni best..ahhahaha..aku ada 10 orang kawan.. 9 orang kawan dari 10 tu gigih nak masuk facebook melalui google search.. huhu padahal boleh je masuk kat address bar browser tu

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul tak? Sebab itu Fb sentiasa mencari carian yang tertinggi di Google.

    [Balas Komen]

  5. kopisoda says:

    salam kenalan bro.
    facebook tengah berada diatas sekarang nih. bangun jer tido confirm check facebook dulu huhu :P

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Hai bro..cam biasa je? huhuhuuhuhu

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge