Hujung-hujung minggu ni memang bosan. Kalau tak ada photoshoot, aku akan lepak kat umah atau balik ke kampung. Pagi ini aku lepak minum di warung kopi selepas anta anak pada baby sitter. Sedang menjamu nasi lemak ayam Kak Long di Jalan Denai Kempas, terdengar sedikit perbualan pakcik-pakcik di warung berkenaan. Tak tau pulak nama pakcik tu. Biarlah aku namakan Pak Man dan Pak Ali (Bukan nama sebenar).
Pak Man : Li tak pegi Kl tengok bola hari ni.
Pak Ali : Ada lawan bola ke hari ni?
Pak Man : Ada kat Stadium Bukit Jalil. Liverpool lawan Malaysia.
Pak Ali : Oooo, petang ni kan? Tengahari nanti aku pegi laaa..Naik kapal tebang. Ala satu jam je…hahahahahha (nada gurau Pak Ali).
Pak Man : Hahahaha..Sempat lagi ni lagi. Naik bas lambat..(Pak Man menambah). Hahahaha.
Pak Ali : Tapi kalau nak datang kena paki baju merah.
Pak Man : Betul. Kalau pakai “baju kuning” siap escort masuk stadium nanti. Hahahahahaha….
Gelak besar dieorang berdua.
Pak Ali : Tak tau laa berapa kena petang ni. Nak sokong dah sokong. Nak suruh orang datang stadium, orang dah datang. Tekak ni dah sakit dah menjerit. Tapi macam tu jugak.
Pak Man : Tapi OK laa Li. Kalah pun. Tapi budak-budak tu tak takut. Usaha menyerang tu ada. Main pun baik. Tak kan nak suruh dia orang terus macam Brazil.
Pak Ali : Banyak lagi kena betulkan tu. Harap tak banyak bolos petang ni.
“Jangan sampai aku yang masuk padang”…(Gurau Pak Ali lagi).
Inilah perbualan Pak Man dan Pak Ali (bukan nama sebenar). Seronok aku mendengarnya. Orang-orang tua seperti mereka juga dah mula minat menonton bola sepak kembali. Mereka juga inginkan kemajuan dalam bolasepak negara. Walaupun kalah dengan Arsenal tempoh hari, tetapi mereka juga mengharapkan sesuatu dari pemain bola sepak negara. Mereka tetap memberikan sokongan.
Masih banyak lagi yang harus di perbaiki. Masih banyak ruang yang perlu di halusi. Bila rakyat sudah mula jatuh cinta dengan bolasepak, tolonglah balas “cinta” kami semua sebaik yang mungkin. Apapun selamat maju jaya untuk pasukan bolasepak negara. Kami tetap menyokong kamu seperti juga Pak Ali dan Pak Man di Warung Kopi. 🙂
Liverpool dgn Msia hari tu ok gak la ada melawan balik,cuma pertahanan agak hambar.
Org dah mula beri perhatian pada pasukan bola sepak kita.
Pertahanan perlu di perbaiki…tak disiplin..
not bad apa performance harimau malaya…
chaiyok-chaiyok!
Terbaik game hari tu..
Siapa yang tak nak pasukan negara sendiri berjaya, ye tak? Cuma perlu rasional dan tingkatkan lagi kemahiran teknikal dan tambah pengalaman. Mana tahu, lepas ni FAM hantar diorang main kat Liga 3 kat England! Hehehe 😀
Banyak lagi yang perlu di tingkatkan…Harap boleh tengok player Malaysia main di Kelab England satu hari nanti…
jika nak banding 2-3 tahun lepas..aku rasa..ni la zaman keperakan bola sepak malaysia..
zaman bola sepak dah nampak sinarnya, dulunya sangat sedey nk tengok malaysia menang di peringkat antarabangsa punya payah
Bolasepak semakin menyinar sekarang. Memang setiap perlawanan di nanti-natikan…