Tahniah Untuk Semua Yang Menjayakan Arsenal Asia Tour 2011. :)

By | July 13, 2011

Kecewa sungguh malam ini. Bergegas balik dari kerja semata-mata ingin menyaksikan perlawanan Arsenal vs Malaysia di kaca TV.  Akhirnya hampa sekali kerana tidak ada satu stesen TV pun yang menyiarkan perlawanan itu secara live atau secara langsung. Memang kecewa. Sebenarnya dari petang semalam sudah kecoh akan isu siaran langsung ini. Secara tiba-tiba pihak Astro membatalkan siaran secara langsung dengan alasan tidak dapat hak penyiaran dari pihak penganjur.

Katanya pihak penganjur menetapkan syarat jualan tiket 80% untuk membolehkan Astro menyiarkannya secara langsung. Mungkin tak dapat agaknya. Sebab itu di batalkan. FAM pun diam seribu bahasa. Seolah dah jadi badan sukan hoki pulak. Mereka (pihak penganjur, Astro, stesen TV, FAM) semua seolah-olah mementing soal keuntungan semata-mata daripada heboh melayan peminta bolasepak tanahair yang ingin menonton secara langsung di kaca televisyen.

Mungkin pada mereka, yang nak menonton live tu semua sibuk nak menonton percuma. Semua nak percuma. Sedangkan dah nama pun Astro, setiap pelanggan di kenakan bayaran. Lebih-lebih lagi harga pakej dah pun naik terutamanya yang mengambil pakej sukan. Mereka semua lebih rela di maki hamun oleh pelanggan dan yang penting keuntungan menjadi keutamaan. Apa yang mereka perlu buat, pekakkan telinga dan tak perlu siarkan siaran secara langsung.

Mungkin pada mereka bolasepak tak penting pada rakyat. Yang penting mereka untung. Malaysia tidak mempunyai peminat bolasepak atau rakyat Malaysia tak pandai main bolasepak. Jadi tak perlulah siaran secara langsung. “Rakyat bukan faham pun” . Apa yang paling penting adalah keuntungan. Itu yang utama. Mungkin terdetik di hati mereka adalah satu pembaziran berjuta ringgit dengan menyiarkan secara langsung dan melayan kerenah peminat bolasepak. Ermm…itulah agaknya yang mereka fikirkan.

Sekalung Tahniah kepada semua mereka yang terlibah dengan Arsenal Asia Tour 2011. Terima Kasih kerana menghalang dan menghukum keghairahan penyokong bolasepak negara untuk menonton perlawanan bolasepak secara langsung. Tahniah kerana mendidik rakyat terutamanya peminat Arsenal dan bolasepak kebangsaan,  memaki hamun serta menghamburkan kata-kata kesat dek kerana tidak dapat menonton siaran secara langsung. TAHNIAH…..Anda semua sememangnya yang “TERBAIK”. Tiada yang terbaik melainkan anda semualah…Teruskan..:)

Keputusan : Arsenal 4- 0 Malaysia

Jaringan : Aaron Ramsey, Theo Wallcott, Carlos Vela, Thomas Rosicky.

Video Gol Pertama :

Video Gol Kedua:


mal205665 by arsenalist

Video Gol Ketiga :


mal30u6 by arsenalist

Video Gol Keempat :


mal40j7u by arsenalist

Share it now!

11 thoughts on “Tahniah Untuk Semua Yang Menjayakan Arsenal Asia Tour 2011. :)

  1. zaiedishaq

    Syukur la ada live stream kat internet.. cakap arab pun cakap arab la..

    Reply
  2. life4hire

    haha..tunggu jer delayed telecast dr astro.. :p
    puas hati dapat pegi training n game tp still tak puas hati tak dapat lepak ngan diorang….

    nak wat camana Arsenal kan minoriti jer kat MY ni…hehe

    Reply
      1. life4hire

        haha..aku tak photoshop lg :p
        kat FB aku ada sket gambar…tp takde la bergambar ngan player…aku tak bawak kamera pon..haha

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge