Bersih Sana Bersih Sini…

By | July 13, 2011

Seminggu dua ni memang kecoh dengan isu bersih. Sana sini orang akan bercerita pasal Bersih. Begitu juga blog-blog yang menceritakan akan hal bersih. Tak habis-habis. Bukan setakat internet, tetapi media massa  yang lain juga terus memaparkan berita pasal Bersih. Surat khabar, televisyen, RTM, Astro Awani, TV3 seleuruh pelusuk bumi Malaysia menceritakan hal yang sama. Semua sibuk memperdebatkan isu perhimpunan Bersih. Kerajaan salah. Pembangkang salah. Polis salah, Semua di salahkan. Bersih sana bersih sini tapi diri sendiri tak Bersih jugak.

Aku bukanlah seorang yang taksub dengan politik. Tetapi naik muak bila setiap hari, setiap masa, setiap akhbar, setiap blog dan setiap orang berbicara pasal Bersih. Muak, muak,muak. Kadang kala sampai membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Adakah rakyat Malaysia yang bijak pandai, cukup akal fikiran, cukup makan dan minum suka sangat berdemonstrasi?  Apa rakyat Malaysia ni lebih suka berbicara pasal Politik daripada berbicara akan hal lain. Mengapa aku bercakap sedemikian? Sebab aku sering melihat dan mendengar orang-orang di sekeliling aku bagaikan ahli politik. Tak habis-habis bercerita pasal politik. Memang hebat. Cukup segala fakta tentang politik. Luar dalam baju semua tahu. Cukup sempurna jalan penceritaannya. Bak kata bapa aku “kalau dah mula bercerita pasal politik, seolah-olah nak jual negeri”. 🙂

Mungkinkah kita semua ini terlalu terpengaruh dengan cerita politik.? Adakah persekitaran kita yang tak lekang dek cerita politik ? Adakah diri kita sebagai orang melayu sudah sebati dengan politik? Kadang-kala aku pelik bila mengenangkan orang-orang kita begitu hebat berbicara pasal politik. Tak menang masa untuk berbicara tentang politik. Tetapi bila di tanya apakah perancangan masa hadapan atau bagaimana perancangan kewangan untuk keluarga? Semua senyap. Terkedu nak menjawab. Kelu lidah berkata-kata.  Lambat betul nak memberikan jawapan. Ermm…perkara biasa kan.

Pada aku mudah. Daripada aku sibuk bercerita atau berfikir soal politik negara, lebih eloklah aku memikirkan masa hadapan aku dan keluarga. Lebih elok berfikir bagaiamana untuk mempersiapkan diri menghadapi masa hadapan yang sudah tentu mencabar. Bagaimana untuk menjadi kehidupan keluarga aku lebih baik daripada sekarang. Baik dari kewangan, pembentukkan ekonomi keluarga yang mantap, sosial, pendidikan anak-anak dan soal keagamaan. Itu yang lebih penting. Sebab itulah yang pasti akan di hadapi oleh semua orang terutamanya sebagai rakyat Malaysia.

Lebih-lebih lagi dengan pembentukkan 1 Malaysia. Jadi sudah kita semua bersedia untuk menjadi Survival? Ingat persiapkan diri sebaik mungkin. Persiapkan diri seteguh mungkin. Sebabnya cabaran masa hadapan lebih hebat. Adakah kita sudah persiapkan diri untuk menghadapai semua cabaran di masa hadapan?
Fikir-fikirkanlah…

6 thoughts on “Bersih Sana Bersih Sini…

  1. Nasrul Hanis

    betul tu, bro. btw xsalah nak berpolitik atau follow politik, sebab ia sebahagian dari hidup kita dan masyarakat. tapi janganlah terlalu taksub sampai menidakkan pendapata orang lain =)

    Reply
    1. Shaffik

      Bila dah terlalu taksub yang merbahaya tu. Itu yang sebab lupa hal-hal wajib yang lain tu. Dek sibuk dengan politik, lupa semuanya…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.