Nak Buat Apa Semasa Bersara Nanti?

By | July 8, 2011

Setiap pagi Sinar.fm menjadi peneman sepanjang perjalanan ke kilang. Memang itulah radio yang akan di pasanag di dalam kereta. Entah kenapa aku memilih Sinar di waktu pagi. Mungkin celoteh Krill, SY dan KE meriuhkan suasana sepanjang perjalanan. Setiap Jumaat, adalah hari penuh emosi untuk semua pendengar Sinar.fm. Macam-macam luahan emosi yang boleh di dengar. Ada yang sedih, ada juga yang kelakar.

Aku tertarik dengan luahan satu pendengar Sinar pagi tadi. Namanya Kak Pah kalau tak silap. Dia meluahkan perasaannya dengan penuh emosi. Katanya hari ini adalah hari pertama dia tidak bekerja. Inilah hari pertama dia mulakan kehidupan selepas bersara. Selepas 30 tahun menjadi guru, kini dia hanya duduk di rumah sahaja.

Yang menjadikan lebih emosi adalah, semua anak-anak jauh. Suami sudah tiada. Dia menjadi buntu seketika. Dia tak tahu nak buat apa kat rumah. Tiada apa-apa perancangan untuk melakukan apa sahaja ketika ini. Maklumlah dah 30 tahun bekerja, tiba-tiba duduk rumah kan. Jadi apa nak buat? Persoalan ini yang membuatkan aku terfikirkan sesuatu.

Apa yang aku nak buat bila bersara nanti. Adakah aku sudah bersedia untuk menghadapai hari-hari yang mendatang selepas aku bersara nanti? Apakah perkara yang pelu di utamakan untuk semua ini? Dan nak buat apa masa bersara nanti? Mungkin ramai yang sudah melakukan perancangan untuk hari persaraan nanti. Ramai pakcik-pakcik atau makcik-makcik sudah pun mengumpul wang untuk berniaga selepas bersara nanti.

Itu yang biasa kita dengar. Tetapi tidak kurang juga yang bercadang, hanya mahu duduk di rumah di waktu bersara nanti. Mungkin anak-anak sudah besar. Semua anak-anak dah ada kerjaya sendiri, dah inilah masa yang sesuai untuk duduk di rumah. Itu pilihan masing-masing. tepuk dada tanya selera. Yang pasti, cukupkan tabung kewangan untuk menyara diri sendiri dan isteri sepanjang tempoh bersara hinggalah menghembuskan nafas yang terakhir. Paling mudah, gunakanlah duit KWSP atau Wang Pencen untuk menyara hidup sebaik yang mungkin.

Macam mana dengan Shaffik? Nak buat apa yang masa bersara? Alamak ini satu soalan bonus ni. Banyak perkara yang aku sudah fikirkan untuk di lakukan semasa bersara nanti. Bila bersara itu jangan di tanya. Aku pun tak tau lagi nak bersana awal atau bersara sampai umur 60 tahun. Tidak difikirkan lagi soal itu. Yang pasti aku akan pastikan kewangan cukup untuk menampung kehidupan keluarga di hari persaraan nanti.

Antara perkara yang akan aku lakukan sewatu persaraan nanti :

1) Blogging – ini memang pasti. Jika diizinkan Tuhan, aku akan terus menulis blog. Mungkin nampak macam kelakar, tetapi Insyallah akan aku usahakan. Sebab blogging sudah menjadi sebahagian hidup aku. Jadi inilah perkara yang akan terus aku lakukan. Yang paling penting, aku tidak akan biaran Shaffik.com berkubur begitu sahaja. Insyallah. Mungkin menambah beberapa lagi niche blog yang dalam bahasa melayu. Dah ada sebenarnya, tetapi tak cukup masa untuk mengupdate. Tunggu…

2) Fotografi fotografi sudah pun menjadi kerjaya sampingan bagi aku sekarang. Tak kan aku nak terus aku tinggalkan. Mungkin tidak lagi mengambil gambar kahwin. Tetapi lebih kepada Photo Journalism. Insyallah. Sebab inilah salah satu impian aku. Melancong sambil mengambil gambar. Wow….bestnya.

3) Online Business – Ini adalah perkara yang akan aku lakukan. Sebab aku pun sudah berkecipung dalam dunia blogging, jadi apa salahnya aku meneruskan ilmu yang ada untuk business online. Busines ini mungkin menjual produk ataupun menawarkan servis ataupun nasihat berbentuk konsultansi. Produk apa atau servis macam mana, itu yang belum di fikirkan lagi. Yang pasti ia atas talian atau online. Sebab aku rasakan dunia online semakin berkembang pesat. Jadi aku harus mengambil kesempatan yang ada ini.

Inilah 3 perkara utama yang akan aku usahakan sewaktu bersara nanti. Inilah perkara yang terlintas di fikiran aku ketika ini. Mungkin ada banyak lagi pilihan. Tidak terlintas di fikiran buat masa ini. Jadi kawan-kawan yang lain macam mana? Sudah fikir-fikirkan nak buat apa semasa bersara nanti?

P/S : Mungkin entri ini bole memberikan idea kepada Kak Pah. Apa lagi Kak Pah, Blogging laa….:)

8 thoughts on “Nak Buat Apa Semasa Bersara Nanti?

  1. Fahmi Raazali

    erm, 3 cadangan tu mmg bagus… jadi fotografer tu pun best gak…

    siapa rajin berbakti dengan tanah… jadi petani 😀

    Reply
  2. mycy

    Huh…sudah beberapa hari tak dapat masuk ke blog shaffik.com ni dari office.maybe exceeded limit.hari ni boleh plak.huhuhu…
    Bagus entry nih…persoalan yang kawan sendiri pun belum ada jawapan untuk pertimbangan…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Ya ke tak boleh masuk. Sorry laa bro..tak perasan pulak ada orang tak boleh masuk. 🙂

      Reply
  3. feerdaus

    Salam Shaffik,

    aku mmg suka baca blog anda dgn gaya tulisan dan idea.

    Apa kebarangkalian utk mewujudkan sebuah personal blog?
    (skang lebih menumpukan pada blog niche sbb ada adsense)

    Aku mmg suka menulis/melontarkan pendapat sediri tapi agak sekptikal terhadap penerimaan orang lain… boleh bagi tips tak?

    (macam mana nak menghubungi anda dengan lebih personal i.e FB atau no phone)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge