8 Perkara Yang Tidak Diketahui Tentang Wedding Photographer.

By | July 7, 2011

Diam tak diam, hampir 3 tahun aku menceburkan diri dalam dunia fotografi. Cepat betul masa berlalu. Aku lebih kepada Wedding Photography. Dalam tempoh 3 tahun ini banyak perkara yang aku belajar tentang fotografi. Bukan sahaja dari segi teknik dan skill, tetapi aku juga memerhatikan ragam photographer-photographer. Baik yang baru ataupun yang lama. Macam-macam hal.

Sebenarnya, sudah lama aku ingin menuis entri ini. Sudah lama aku pendamkan dalam hati. Mungkin inilah masanya.  Semakin hari semakin ramai photographer yang muncul. Semakin hari semakin ramai orang-orang di luar sana yang membeli DSLR. Bukan setakat hobi semata-mata, malah ada juga yang berani terus menceburkan diri pada wedding photographer.

Banyak susur galur yang harus di pelajari dan di tempui untuk menjadi photographer. Mungkin ramai yang mengatakan, tak susah jadi jadi photographer ni. Beli DSLR, yakinkan pelanggan dengan semua pakej yang ada dan terus sahaja shoot di Majlis Perkahwinan. Memang betul, kalau macam tu semua orang boleh jadi photographer. Tetapi sejauh mana mereka boleh bertahan? Ini yang selalu menjadi persoalan.

Ok, mungkin ramai yang tidak tahu mengapa aku mengatakan kerja sebagai wedding photographer bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira untuk memuaskan hati pelanggan dengan hasil gambar yang di hasilkan. Bukan setakat, ambil gambar, hantar ke kedai untuk cuci dan berikan pelanggan. Sebenarnya bukan setakat itu sahaja, banyak lagi perkara yang anda tidak tahu mengenai seorang photographer.

Aku senaraikan 8 perkara yang tidak di ketahui oleh semua orang mengenai seorang photographer. Terutamanya wedding photographer.

1) Seorang photographer yang komited, mereka akan melaburkan berpuluh ribu ringgit untuk semua peralatan (equipment) fotografi. Kerana apa? Kerana mereka mahu memberikan hasil yang berkualiti tinggi untuk pelanggan mereka.

2) Mereka tiada masa bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah. Ini sememangnya lumrah. Aku pasti semua isteri-isteri atau suami-suami seorang photographer dah faham sangat akan hal ini.  Inilah masa yang harus di korbankan semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan.

3) Setiap wedding photographer akan bertanggungjawab ke atas semua majlis perkahwinan. Satu tugas yang berat yang harus mereka pikul untuk merakamkan setiap peristiwa yang menarik di majlis perkahwinan. Mereka akan berkampung di rumah pengantin dari bermulnya majlis akad nikah sampailah selesai majlis. Yang pasti mereka akan berjauhan dengan keluarga.

4) Setiap peristiwa yang berlaku amat penting bagi seorang photographer. Sebab itu mereka sanggup berpanas di tengahari semata-mata untuk merakamkan detik-detik indah sewaktu perarakan. Ini semua kerana apa? Kerana mahu menghasilkan gambar atau photo yang berkualiti.

5) Setiap pasangan pengantin sudah pastinya mempunyai aturcara yang berbeza. Walau macam manapun aturcara majlis, photographer tetap tabah menunggu. Baik awal pagi, tengahari, lewat petang ataupun lewat malam. Lewat malam kebiasaanya jika pengantin ada mengambil persalinan. Kadang kala, photographer terpaksa menunggu sehingga pukul 1-2 pagi untuk menyelesaikan sesi fotografi. Ini memang lumrah.

6) Setiap photographer akan memerah otak setiap kali shoot di majlis perkahwinan. Memerah otak bukan setakat untuk posingkan pengantin, tetapi memerah otak untuk mencari angle yang terbaik. Ini yang orang ramai tidak perasan. Daya imaginasi dan kereativiti yang tinggi amat di perlukan pada setiap photographer. Walau dalam apa juga situasi mereka akan sentiasa berfikir, bagaimana untuk menghasilkan photo atau potret yang terbaik.


7) Setiap persekitaran majlis perkahwinan memang berbeza. Ada yang dalam rumah, ada yang luar rumah, ada juga di tepi tasik. Tetapi tahukah anda, setiap persekitaran ini mempunyai cahaya yang berbeza? Inilah yang di titik beratkan oleh photographer. Mereka akan memastikan setiap photo atau gambar yang di hasilkan mempunyai kualiti cahaya yang cukup. Inilah peperangan yang harus di tempuh oleh setiap photographer. Sebab itu, bila sahaja melihat gambar yang dihasilkan terang dan sedap mata memandang. Dan hasil sebegini tidak boleh di hasilkan tanpa skill yang cukup seperti wedding photographer yang ada di luar saja. Dan agak sukar untuk di hasilkan dengan kamera kompak yang biasa.

8) Tugas photographer bukan sahaja akan tamat setelah majlis selesai, tetapi ada lagi tindakan susulan yang harus di langsaikan. Apa tu ya? Tugas memilih dan mengedit photo. Inilah perkara yang amat kritikal untuk photographer. Tugas edditing haruslah di lakukan dengan teliti. Bukan setakat tenaga tetapi masa juga harus di korbankan. Lebih kritikal lagi untuk photographer sambilan. Tetapi dek kerana untuk menghasilkan yang terbaik, mereka sanggup korban segalanya semata-mata memenuhi tanggungjawab dan kehendak pelanggan.

Inilah 8 perkara yang tidak di ketahui tentang seorang wedding photographer. Banyak perkara yang perlu di halusi untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Sebab itulah bila di lihat pakej fotografi untuk majlis perkahwinan boleh mencecah sehingga beribu ringgit. Bukan photographer suka-suka meletakkan harga, tetapi ia adalah bayaran yang setimpal yang di kenakan kepada pelanggan. Semua hal perlu di ambil kira.

Bermula dari keringat yang di curahkan, tanggungjawab, skill, kualiti, duit minyak kereta, penginapan, kualiti album, pengorbanan masa dan ketabahan mereka menunggu sehingga majlis selesai.  Ini semua sudah termasuk dalam pakej. Jadi untuk pelanggan yang ingin mencari harga pakej fotografi, sila baca entri ini sampai ke penghujungnya. Mungkin anda akan dapat jawapan tentang pakej fotografi di Malaysia.  Nilaikan dengan apa yang di hasilkan. Tepuk dada tanyalah selera anda. Fikir-fikirkan lah.

P/S:  Sekarang lebih ramai orang memakai DSLR. Ramai juga nak jadi Photographer, tapi…..

 

11 thoughts on “8 Perkara Yang Tidak Diketahui Tentang Wedding Photographer.

  1. titan

    fuhh..dah boleh tulis macam ni..mesti terer ko ni. Leh upah untuk wedding aku nanti. haha..sanggup tak turun banting?

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Terro taap dewa tu belum sampai lagi bro..Sedang di usahakan. Untuk majlis ko..Takder hal…bisa di atur…:)

      Reply
      1. Shukor

        Kalau dah 3 tahun experiance tu kira dah macam dapat Diploma tu beb.

        Kira otai la tu… 🙂

        Apa-apa pun, entri ni memang bagus.

        Reply
  2. noriz

    hubby sya pun uat freelance…tpi lum pro lagi…
    mmg kena korban byk masa dgn families dan mmg byk kuar duit utk dpt gajet yg best..huhu
    tapi takpe…berbaloi kan 🙂

    Reply
  3. mankuchai

    Memang faham sangat betapa susahnya jadi seorang photograpfer,setiap kali ada kenduri atau majlis aku selalu tgk photographer,bersusah payah bawak beg,cari angle terbaik,kdg2 orang makan pun dok ambik gambar lagi…photographer tak lapar ker? hehehe..

    Reply
    1. Shaffik

      Ikut pada phototographer tu bro..Mcam aku..awal datang tu dah makan dulu…lepas tu terus bekerja sampai petang. 🙂

      Reply
  4. Fahmi Raazali

    hehe… dah lumrah fotografer gitu kerjanya…. mencabar jugak… kawan aku ramai yang yg tangkap gambar wedding nie…

    best jugak… teringin gak nak belajar tangkap gmbr wedding tp takde kamera 🙂

    Reply
    1. Shaffik

      Heheh..ooo ramai member photographer eh. takper nanti dah ada dslr..kalau minat nak jadi photographer..silakan…

      Reply
  5. krankk

    memang susah bro,aku minat photography .,..dah 3 course aku pegi termasuk custom album ….tapi blm confident lg…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Bro,
      Klau tak confident, ikut-ikut member buat photoshoot. Insyallah confident tu akan sampai.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge