Mengapa Anak Melayu Gagal Mendapatkan Pekerjaan?

By | July 4, 2011

Semakin hari semakin banyak Universiti yang muncul. Semakin banyak Intitusi Pengajian Tinggi yang wujud. Sudah pasti persaingan para lepasan graduan untuk mencari pekerjaan lebih hebat. Memang lebih mencabar lagi untuk adik-adik lepasan Universiti. Semakin hari semakin ramai pelajar-pelajar yang pandai. Semuanya sudah sedar akan betapa pentingnya segulung Ijazah. Betapa pentingnya menimba ilmu di Universiti.

Bila sudah banyak graduan yang lahir dari Universiti, sudah pasti persaingan antara mereka semakin sengit terutamanya dalam soal mencari kerja. Semakin hari semakin ketat syarat-syarat yang di tetapkan untuk mengisi jawatan kosong yang ada di sektor swasta. Begitu juga dengan bekerja di sektor kerajaan. Kemajuan negara yang semakin pesat membangun memberikan impak untuk lepasan graduan Universiti bersaing untuk menempatkan diri di syarikat swasta terutamanya.

Aku lebih selesa berbicara untuk syarikat swasta. Kerana aku bekerja di syarikat swasta. Ini yang menyebabkan aku terfikir bagaimana untuk membantu adik-adik lepasan Universiti mempersiapkan diri untuk bersaing di alam pekerjaan. Apa yang aku perhatikan, ramai anak-anak melayu yang gagal mendapatkan pekerjaan di sektor swasta selepas sahaja selesai menamatkan pengajian di Universiti. Mengapa? Apa sebab-sebab yang menyebabkan mereka gagal untuk bersaing untuk mendapatkan kerja di sektor swasta.?

Banyak sebab yang memungkinkan mereka gagal bersaing. Aku hanya mahu berkongsi satu sebab sahaja hari ini. Insyallah aku akan berbicara mengenai sebab yang lain di entri yang akan datang. Cuma hari ini aku mahu kongsikan antara sebab utama mengapa anak-anak melayu sukar mendapatkan pekerjaan sedangkan mereka mempunyai keputusan yang cemerlang di Universiti.

Satu sebab yang aku rasakan paling utama adalah, Kegagalan menguasai Bahasa Inggeris menjadi penyumbang utama kepada anak-anak melayu. Maaf jika aku berbicara sebegini. Tetapi ia sememangnya menjadi antara punca lepasan graduan melayu mendapatkan pekerjaan di sektor Swasta.

Bahasa Inggeris sememangnya penting dalam mengharungi alam pekerjaan yang lebih Global ketika ini. Kebanyakkan syarikat memilih untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja mereka. Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sebab inilah satu-satunya bahasa yang boleh di fahami oleh semua orang. Lebih hebat lagi jika bekerja di Syarikat MNC (Multi National Company). Semestinya Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantaraan untuk semua pekerja mereka.

Jadi, langkah pertama untuk bekerja di Syarikat Swasta adalah menguasai Bahasa Inggeris. Bermula dari penyediaan resume, memohon pekerjaan, temuduga dan seterusnya bekerja, semuanya menggunakan Bahasa Inggeris. Suka atau tidak, setiap graduan lepasan Universiti mestilah mampu untuk berkomunikasi dan bekerja dalam suasana Bahasa Inggeris. Ini amat penting.

Bermula dari temuduga lagi, setiap borang permohonan kerja mestilah di isi dengan Bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi untuk jawatan Eksekutif. Bagaimana anda mahu menarik perhatian si penemuduga jika awal-awal lagi anda terkial-kial untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris? Jika anda gagal berkomunikasi atau menjawab segala soalan dalam Bahasa Inggeris, ternyata anda sudah pun tewas dalam soal komunikasi. Belum lagi di tanyakan soalan-soalan yang lain. 🙂

Memang ada yang berkata, aku tak tau Bahasa Inggeris pun boleh pegi jauh. Memang betul. Tetapi jawatan apa yang anda mahukan yang 100% tidak memerlukan Bahasa Inggeris? Jika bekerja sebagai Boss pun, anda perlu tahu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan pelanggan anda. Tak kan semua pelanggan anda orang melayu atau orang yang faham Bahasa melayu 100%. Ini realitinya di dunia pekerjaan. Terutamanya bila anda memegang jawatan Eksekutif. Anda adalah lepasan Universiti. Tak kan anda begitu selesa dengan jawatan yang bukan Eksekutif. Sampai bila?

Mengapa anak-anak melayu gagal menguasai Bahasa Inggeris? Sebabnya, mereka semua duduk, bergaul atau selesa dengan persekitaran yang tidak ada Bahasa Inggeris. Mereka sering ketawa sinis bila ada rakan-rakan lain yang cuba bercakap Bahasa Inggeris. Sebab mereka rasa Bahasa Inggeris itu susah. Semua susah. Tidak mahu belajar Bahasa Inggeris. Tidak perlu katanya. Tiada kesedaran tentang pentingnya Bahasa Inggeris. Inilah kekangan yang menjadikan anak-anak melayu tertinggal. Sebabnya tidak mahu mencuba langsung belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Apa yang mereka lebih rela lakukan adalah keluhan. “Susahlah Bahasa Inggeris”, ” Tak nak mintak kerja kat situ, sebab kena cakap Bahasa Inggeris”, “Susahnya nak dapat kerja, semua nak Bahasa Inggeris”, “Kau bolehlah jadi Eksekutif, sebab kau mahir dalam Bahasa Inggeris”, “Kau tolong laa cakap dengan Boss, kau tau Bahasa Inggeris”, “Alamak, semua Bahasa Inggeris, malaslah macam ni!”. Inilah ayat-ayat yang biasa di dengar dari mulut lepasan graduan terutamanya anak-anak melayu. Belum bertempur dah mengaku kalah. Dek kerana ayat-ayat inilah yang menyebabkan orang lain mengambil kesempatan atas kelemahan yang kita bina sendiri. Sampai bila anda boleh bertahan?

Jadi, tolonglah belajar dan berkomunkasi dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak mampu di terapkan dari rumah lagi, cuba-cuba di luar rumah. Cari rakan-rakan yang boleh membantu. Jangan malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Salah tak apa, yang penting sematkan dalam hati untuk menguasai Bahasa Inggeris. Jangan malu nak letakkan kamus di tepi katil. Jangan malu untuk membaca News Straits Time di hadapan kawan-kawan lain.  Ini untuk kebaikkan anda semua. Percaya atau tidak, peluang untuk mendapatkan pekerjaan lebih tinggi jika 1st impression dari si penemuduga sudahpun baik. Maksudnya untuk komunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris sdua pun Pass. Ini sememangnya amat penting untuk semua. Terutamanya adik-adik yang sedang atau mencari pekerjaan.

Entri ini mungkin nampak agak kasar. Bukan niat untuk mengutuk orang melayu. Bukan nak kata, tinggalkan Bahasa Melayu.  Tetapi untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya Bahasa Inggeris dalam mengharugi masa depan yang lebih Global. Yang lebih Maju, Yang lebih berteknologi.Usah risau,  Bahasa Ibunda tetap akan di gunakan sampai ke akhir hayat. Itu memang pasti. Harap entri ini memberi jawapan mengapa anak-anak melayu sering gagal dalam temuduga? Ini adalah salah satu sebabnya.

P/S: Daripada sibuk sertai “Bersih” lebih baik belajar kuasai Bahasa Inggeris. Lagi berfaedah…:)

22 thoughts on “Mengapa Anak Melayu Gagal Mendapatkan Pekerjaan?

  1. Rhymee

    As an HR Practitioner, in my opinion, what matters most in driving our career is maturity. When we possess maturity, we may challenge anything I would dare to say. So, hail our maturity! 🙂

    Reply
      1. Dila.13

        Then in my opinion, the unemployed should also think maturely and comply with any company’s stance in putting English as one of the requirement in hiring employees, rather than blaming the companies for their strict hiring policy. English is not rocket science. We just have to embrace the language and be willing to learn 🙂

        Reply
  2. noriz

    yup, agree with u…
    klu interview tu selalu dgr budak2 ni nervous klu in english..pelik betul sbb diorang belajo tinggi tu kan ada paper in english…
    confident level tu sgt low 🙁

    Reply
    1. Shaffik

      Takut dengan english. Tak boleh nak salahkan siapa, kena salahkan diri sendiri kalau mcm tu.

      Reply
  3. Dila.13

    Salam Bro Shaffik, kadang-kadang saya pun terfikir kenapa termaktub yang Bahasa Inggeris ini sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan tapi masyarakat tak ada inisiatif langsung nak kuasainya. Rugi saja belajar tinggi-tinggi, score A dalam semua subjek tapi bila nak apply kerja tak cukup kelayakan sebab tak tahu Bahasa Inggeris.

    Reply
    1. Shaffik

      Inilah yang menjadi kekangan kepada anak-anak melayu kita. Hope entri ini membuka mata semua.

      Reply
  4. faridpenang

    situasi ni akan berulang kalau ibubapa sekarang nih tak amik action, sebab kebanyakan ibu bapa terdahulu tak nampak akan kepentingan(mungkin/kebanyakan) mempelajari bahasa selain bahasa melayu.ibu bapa dulu cuma harapkan semua pembelajaran tu di sekolah saja.balik rumah dah tak kisah dah.jadi ibu bapa sekarang perlu menyediakan anak-anak dari peringkat baby lagi.cakap dengan anak-anak dalam bahasa inggeris, yang tahu bahasa lain pun boleh.hantar anak untuk belajar bahasa lain.anak-anak yang tak petah bercakap tuh(pelat) jangan la di bantai gelakkan pulak.jatuh terus semangat dia.

    Reply
    1. Shaffik

      Thanks farid for good commenting. Aku setuju. Anak-anak kecil biasa akan ikut apa yang orang-orang besar cakap. Kalau macam tu, aper salahnya kita terapkan sedikit demi sedikit bahas inggeris tu. Satu pendekatan yang bagus tu.
      Pelat tu biasa, lama-lama OK laa tu.

      Reply
  5. catzer

    aku english mmg failed..tp still lepas interview 4 stages even english aku hampeh..sebenarnya yg penting keyakinan dan maturity mcm rhymee ckplah..ckp slang english mengalahkan mat salleh pun tp bile bab keje kurang professional dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan serupa hired minah indon jerklah..hehehehe..aku bab keje ni takde pengalaman sgtlah..tp 4 bulan keje dengan company yg menekankan english sebagai bahasa penghantar buat aku pening gak..hahahaha

    Reply
    1. Shaffik

      Ini pun satu hal jugak. Tetapi english tu memang penting. Sebab di semua sektor perlukan bahasa inggeris.

      Reply
  6. titan

    biarpun result spm teruk..sesape pandai cakap english..senang-senang aje nak dapat kerja berbanding budak U yang keluar dengan ijazah..tapi cakap english berterabur..

    Reply
  7. Anonymous

    Memang Bahasa Inggeris adalah salah satu sebab mengapa ramai graduan menganggur gara-gara tidak dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik.
    Fakta di atas memang tidak dapat dinafikan dalam keadaan sekarang.

    Bagaimanapun jika kita halusi, punca sebenar adalah kegagalan Orang Melayu menguasai ekonomi. Jika sesuatu bangsa menguasai ekonomi maka bahasa mereka juga akan disanjung tinggi dan menjadi kebanggaan.

    Kebanyakan kilang dan perniagaan besar atau kecil tidak dimiliki oleh Orang Melayu.

    Bayangkan jika majoriti pekedai atau pemilik perniagaan terdiri daripada Orang Melayu, saya fikir Bahasa Inggeris tentunya bukan syarat utama lagi untuk membolehkan seseorang itu diterima sebagai pekerja.

    Hal yang demikian terbukti dengan melihat keadaan di negara Jepun dan Korea Selatan.

    Yang saya maksudkan sebenarnya adalah Bahasa Inggeris memang penting kerana ianya bahasa perantaraan dunia masakini malahan juga kunci kepada ilmu pengetahuan.

    Seharusnya Bahasa Inggeris dipelajari untuk mencedok atau menimba ilmu pengetahuan dan kemudiannya pengetahuan tersebut dipindahkan ke dalam Bahasa Melayu.

    Pengetahuan yang diperoleh khususnya dalam bidang perniagaan boleh digunakan untuk memulakan atau menjana ekonomi serta perniagaan Orang Melayu dan apabila perniagaan Orang Melayu ini berkembang saya amat yakin masalah pengangguran ini dapat dikurangkan dengan jurang yang besar.

    Apapun perkara di atas tidak boleh dilakukan sambil lewa atau ‘Hangat-hangat tahi Ayam’ jika ingin mencapai kejayaan.

    Seperkara lagi adalah Orang Melayu harus mengubah cara berfikir…selalunya mereka akan berfikir ‘Nak cari kerja kat mana ye?’ dan saya harap pembaca faham maksud saya.

    Jika gagal mendapat pekerjaan cara makan gaji..sebenarnya banyak cara lain untuk mendapatkan duit secara halal.

    Akhir kata..Saya mohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atau tidak berpuashati dengan komen saya TETAPI ingatlah MELAYU bukan bermakna ..sedang layu..atau dari perkatan ME dan LAYU.

    Ianya satu perkataan dimana ratusan tahun dahulu menjadi satu kebanggaan..dan Melayu atau Malayu atau Malaya adalah nama yang sama yang bermaksud ‘ Tanah Yang Bergunung-ganang’.

    Sekian. Terima Kasih.

    Reply
    1. Shaffik

      Perghh…terbaik laaa komen ni bro..memang membuka mata semua pihak..Jangan risau bro..Ini pandangan bro. And its Fact. Thanks for very good komen..Tapi aku suka ayat “ingatlah MELAYU bukan bermakna ..sedang layu..atau dari perkatan ME dan LAYU” Terbaik quote ni…
      Bro boleh letak nama bro tak untuk komen yang akan datang.
      thumb up…

      Reply
  8. ayu

    Salam a.syafik…saya dh 4kali interview di tmpt yg sme tp still xdpt keje kt company tu..blh bg tips x spya saya blh bt persediaan utk intervw akn dtg..

    Reply
  9. Pokeh Busu

    You all suck, asyik fikir kerja makan gaji, gaji tinggi, kau orang yang ada ilmu cuba lah sediakan pekerjaan pada orang yang kurang berpelajaran, pendadaptan pada mulanya kecil lebuh baik dari makan gaji yang tak ada kebebasan

    Reply
    1. hamzah

      Pokeh Busu,jangan la komen macam tu. keja makan gaji pun penting juga untuk dapat pengalaman. dari makan gaji la kita boleh mengorak langkah untuk maju keperingkat pengurusan lebih tinggi atau menyediakan perniagaan sendiri. makan gaji dengan syarikat besar atau multinasional pengalaman yang diperolehi adalah sangat penting untuk pembangunan kerjaya. kalau nak harapkan kerja dengan syarikat orang melayu berapa kerat la sangat yang boleh bagi pekerjaan. takkan nak harap melayu semua buka warung makan ditepi jalan saja. bukan semua orang yang belajar tinggi tahu nak buka perniagaan sendiri tanpa pengalaman.jadi kalau dah rasa perlu kita perbaiki bahasa inggeris kita, kita usaha la.

      Reply
  10. iskanda

    adoyai ak gagal spm dlm bhse inggeris. adkah mse dpn aku musnah. boleh x kongsi ckit cara mncri prkerjaan yg mudah..

    Reply
    1. hamzah

      Iskanda,kawan-kawan cina saya tak belajar sekolah menengah pun juga tak reti cakap org putih pun pakai kereta hebat-hebat. dulu depa ni mula kerja jadi kuli kontrak. depa tekun dan kerja sampai mahir satu-satu bidang keja macam pasang jubin, plaster cement dan lain. kemudian bila dah ada pengalaman depa mula ambil keja kontrak keci-kecilan spt ubahsuai rumah. dari kerja mudah tu la depa jadi kaya. kalau Iskanda buat macam tu iskanda boleh lagi kaya dari depa yang keluar universiti. tapi kena ingat kerja biar jujur dan jangan tamak baru pelanggan percaya.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge