Penulisan Blog – Kualiti Atau Kuantiti?

By | July 1, 2011

Setelah lama menulis blog, pelbagai ilmu aku perolehi. Pelbagai perkara aku temui. Pelbagai cara aku temui. Macam-macam benda yang aku emui. Baik dari segi cara penulisan entri, menghias blog, trend menarik trafik, permainan keyword, tajuk yang sesuai dan bermacam-macam lagi. Semakin lama, semakin lama semakin mendalam keiniginan untuk terus memperbaiki penulisan blog.

Macam-macam cara aku telah cuba. Pelbagai teknik aku telah gunakan untuk menarik perhatian para pengunjung ke Shaffik.com. Namun ada satu perkara yang  aku telah lama sedar dalam penulisan blog. Dah lama perasan tetapi tidak selalu di amalkan. Aku selalu mencanangkan akan hal ini. Tetapi aku sendiri yang terlepas pandang akan keberkesanan dan kepuasan dalam penulisan blog.

Ini semua gara-gara sibuk sangat mencari trafik dan bermain dengan keyword. Heboh mengejar kuantiti tetapi kurang memberikan perhatian tentang kualiti. Aku tersedar dari tidur apabila berbual-bual dengan En.Rhymee petang semalam. En Rhymee baru sahaja berkecipung dalam dunia blog. Tetapi dia telah memberikan pandangan yang tersendiri tentang penulisan blog. Aku pernah menyatakan akan hal ini, tetapi aku tidak menitikberatkan akan hal ini sejak kebelakangan ini.

Ini perbualan kami :

Aku  : En Rhymee, macam mana dengan blogging sekarang.

Rhymee : Baik. Dunia blogging memang best.

Aku   : Kenapa best?

Rhymee   : Feel menulis blog memang lain.

Aku tersenyum sebentar.

Aku : Baguslah tetapi saya tengok visitor En. Rhymee tak banyak. Entri pun tak banyak.

Rhymee  : Aku tak ada masa nak menulis. Tapi blogging memang best.

Aku  : Ok. Tapi En Rhymee belum sampai feel bila ada visitor yang ramai. Keyword yang di gunakan ada di dalam Google.

Rhymee  : Memang aku belum sampai pada tahap itu. Tetapi bukan itu yang memberikan kepuasan pada aku. Aku menulis bukan kerana kuantiti tetapi aku menulis lebih kerana kualiti. Sebab “ blogging is art.

Aku tersentak sementara. Inilah perkara yang aku pernah ceritakan pada dia dahulu.

Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

Tak sangka pula dia begitu serius dalam penulisan blog. Tetapi bila di fikirkan balik, memang betul. Sebagai seorang blogger, kualiti adalah perkara yang paling utama. Memang sukar untuk mendapatkan kedua-duanya. Kalau dapat lagi laa bagus kan.

Bila mula sahaja menulis blog, apa perkara yang anda utamakan? Kualiti, traffik ataupun kuantiti entri yang dihasilkan. Setiap blogger mempunyai keutamaan masing-masing. Mungkin yang hanya memilih hanya satu daripadanya. Ada juga yang meninginkan kesemuanya. Yang pastinya jika menulis blog kerana wang, sudah pasti mengejar trafik menjadi keutamaan. Bila sibuk mengejar trafik, kebiasaannya mereka terlupa tentang kualiti entri yang di hasilkan.

Kesannya, pengunjung pasti tidak akan kekal lama di blog anda. Mereka pastinya mendambakan sesuatu yang menarik di blog anda. Ingat semakin lama, pengunjung sudah bijak menentukan blog yang menjadi pilihan mereka.  Jadi mana satu yang anda pilih? Kualiti atau kuantiti? Yang mana satu memberikan kepuasan sebenar sebagai seorang blogger? Anda mungkin sudah lama berkecipung dalam dunia blogging. Tetapi sedar atau tidak, bentuk penulisan setiap entri yang dihasilkan berpaksikan pada kualiti atau kuantiti?  Yang mana satu betul-betul memberikan kepuasan pada diri anda dan boleh membuatkan anda senyuman panjang….Renung-renungkan.

17 thoughts on “Penulisan Blog – Kualiti Atau Kuantiti?

  1. Izwan

    ape yg ditulis sama gak macam yg aku rasa mula2..even trafik tak byk tapi awal2 tak de la fokus sgt..lama2 baru dapat feel menulis.. lain dair yg lain..

    enjoy blogging ! 🙂

    Reply
  2. noriz

    awk gunakan panggilan en.Rhymee ke bile berbual dgn abang sendiri? hihi

    utk blog sya…rasanya dua-dua nak kejar…but sometimes, tergeliat jugak nak jaga kualiti tu…bedal aje…

    Reply
  3. Nasrul Hanis

    Bagi saya, kedua2 kualiti dan kuantiti itu penting. Kuantiti penting untuk menguatkan sesebuah blog dan mengekalkan prestasinya sebab di Internet setiap saat adalah penting dan update adalah kuncinya.

    Kualiti penting untuk mengekalkan momentum sesebuah blog dan memastikan sesebuah blog tu sentiasa bernilai dan berbaloi untuk dilawati.

    Dan bukan mudah untuk kita buat semua tu. Kena ada usaha yang gigih 😀

    Reply
    1. Shaffik

      Bukan mudah untuk mencapai kedua-duanya. Tetapi kepuasan tu yang lebih utama pada saya.

      Reply
  4. Fahmi Raazali

    kalau boleh nak kan kualiti dan kuantiti… tp masih dalam usaha meningkatkan kualiti tulisan kat blog sekarang ni 😀

    Reply
  5. Dila.13

    Setuju sangat dengan ayat “Blogging is art”. Tak dinafikan memang semua boleh menulis tapi berapa orang yang boleh mengubah pembaca dengan tulisan mereka? Lainlah kalau menulis niche blog untuk tujuan jana income. Ramai je yang kejarkan kuantiti, tapi bila baca langsung tiada kualiti. Huhu..

    Reply
  6. titan

    aku tengok jenis blog yang aku aturkan. ada blog untuk buat duit..aku kena henjut 5-10 artikel setiap hari..ada blog 1-5 artikel setiap hari..ada blog yang dah matang sikit..1 post dah cukup..

    tapi kalau blog peribadi..aku tulis bila aku nak. blog ni, memang tak ramai yang baca dan tak ramai komen. Betul-betul ikut apa yang aku baca..aku tulis apa yang aku rasa..keyword pun kekadang langsung tak letak..

    Reply
      1. Dila.13

        Whoaa.. 5-10 artikel sehari? 1-5 artikel sehari? Bro Titan outsource ke? saya pun tak larat nak handle sorang-sorang kalau dapat tempahan tulis artikel banyak macam tu 😛

        Reply

Leave a Reply to Dila.13 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge