Cerita Band Kerja Kahwin

By | June 27, 2011

Bila tiba sahaja cuti sekolah, memang banyak undangan yang di terima untuk majlis perkahwinan. Memang tak menang kaki untuk melunaskan semua undangan. Lebih-lebih lagi macam aku. Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, aku pula banyak menerima undangan menjadi photographer ataupun jurufoto rasmi majlis perkahwinan. Alhamdullilah, ada sedikit rezeki semenjak aku berkecipung di bidang wedding photographer. Pernah tengok hasil kerja aku tak? Sila layari Photo.shaffik.com.

OK, bukan pasal wedding photographer yang ingin aku kupaskan di sini. Tetapi aku amat tertarik dengan band kerja kahwin. Atau dengan nama lain, band atau kumpulan muzik undangan untuk majlis perkahwinan. Pada aku, majlis perkahwinan tanpa band kerja kahwin atau karaoke nampak sedikit kesunyian di majlis itu. Tetapi ada orang pulak tak suka. Terpulangla pada masing-masing ya.

Bila bercerita pasal band kerja kahwin ini, sudah pasti mereka akan berusaha sedaya upaya akan memeriahkan majlis. Mereka di undang untuk menghiburkan setiap tetamu undangan. Kebiasaannya mereka akan berkampung di majlis perkahwinan dari malam rewang (malam sebelum persandingan) sehingga ke hari majlis persandingan. Memang teruja bila aku melihat mereka semua beraksi. Lebih-lebih lagi orang macam aku yang sukakan muzik.

Apa yang istimewa band kerja kahwin ini? Kebiasaannya mereka ini bermain muzik sebagai kerja separuh masa. Mereka sudah ada kerjaya yang lain tetapi minat muzik yang mendalam mendorong mereka mendapatkan pendapatan sampingan melalui undangan majlis perkahwinan. Yang paling utamanya, mereka boleh memainkan muzik dalam semua genre yang berbeza. Mereka boleh main muzik rock, balada, pop, dangdut dan tak kurang hebatnya muzik irama Malaysia.

Maklumlah, dah nama pun undangan majlis perkahwinan, tak kan nak main muzik indi sepanjang masa kan. Suka atau tidak mereka akan memain muzik dari semua genre yang berbeza. Tujuan utamanya untuk menghiburkan tetamu yang datang. Itulah kelebihan yang ada pada band kerja kahwin. Dari muda sampailah ke Otai, mereka bersatu memberikan persembahan yang terbaik.

Mungkin ramai memperlekehkan band kerja kahwin. Ada juga yang mengatakan band kampung, band tak ada masa hadapan dan tak ada standard. Tetapi kebanyakkan mereka bermain muzik atas dasar minat dan mencari rezeki. Tetapi bila di kenang balik, mereka amat istimewa kerana merek boleh bermain semua jenis genre muzik. Dan mungkin tak semua orang boleh bermain muzik dengan bermacam-macam genre. Semua layan. Bila ada tetamu yang minta lagu, mereka akan berusaha untuk memainkan muzik permintaan. Insyallah tidak akan di hampakan.

Itulah band kerja kahwin. Memang tak segah mana, tetapi dek kerana minat menjadi mereka semua istimewa dan unik. Masa lapang yang di isikan dengan bermain muzik menjadi pelengkap dengan undangan band kerja kahwin. Yang penting masyuk kan…Apa pun, selamat berjaya untuk band-band kerja kahwin. Semoga anda terus menerima undangan dari Tuan Rumah. Semoga anda terus semua terus berjaya.

Semua gambar dalam entri ini adalah salah satu band yang aku kenali di Kota Tinggi.Kebetulan mereka menjadi jemputa di satu job wedding aku di Kota Tinggi Johor.  Kumpulan Voltage sentiasa menjadi jemputan atau undangan band kerja kahwin di sekitar Kota Tinggi Johor. Kalau anda semua ingin buat tempahan sila hubungi mereka di talian: 014-3152809.

 

2 thoughts on “Cerita Band Kerja Kahwin

  1. mycy

    Kawan 1st time tengok band/kugiran performed kat kerja kahwin adalah kat Felda Air Tawar 2 pada tahun 1996 iaitu semasa mula2 datang ke Johor untuk bekerja selepas exam SPM.Memang teruja amat lah sebab kat kampung kawan belah Pantai Timur memang tak pernah jumpa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.