Sepah Menggegar Lagi

By | June 25, 2011

Aku baru sahaja menyaksikan Maharaja Lawak Akhir di Astor Warna. Jauh di sudut hati mula berkata, Sepah berpeluang menjadi Juara Maharaja Lawak Astro 2011. Ini kerana persembahan yang konsisten dari mula Maharaja Lawak di siarkan di Astro Warna. 13 minggu di harungi oleh semua peserta terutamanya kumpulan Sepah.

Di pentas Akhir, Sepah sekali lagi menampilkan persembahan yang konsisten di 2 slot yang berbeza. Bebas dan Musical Comedy. Itulah tema Pentas Akhir. Ternyata Sepah memberikan persembahan yang memukau dan terus di nobatkan Juara Maharaja Lawak 2011. Ramai yang menjangkakan Jozan akan menjadi Juara. Namun persembahan yang tidak konsisten pada slot yang pertama mungkin memberikan laluan kejuaraan untuk Sepah.

Tahniah untuk kumpulan Sepah yang berasal dari Kulaijaya Johor. Aku memang mengikuti perkembangan Sepah dari Raja Lawak lagi. Masih ingat lagi aku pernah menerbitkan Entri Khas untuk kumpulan Sepah. ? Entri ini mungkin menjadi bukti yang aku sememangnya peminat Sepah. Bukan setakat itu sahaja, sebab yang lain ialah Sepah berasal dari JOHOR. :) hahahhahaa…

Gelak bersama Sepah

Tangisan kegembiraan bercampur kejutan nampak di rauh wajah Jep, Shuib dan Mamat. Mungkin mereka tidak menyangka mereka akan membawa pulang RM350,000. Itulah namanya rezeki. Siapa sangka Juara yang pada mulanya di tawarkan hadiah RM300,000 di tambahkan lagi nilainya menjadi RM350,000. Memang rezeki Sepah. Sepah memang layak.

Keputusan Maharaja Lawak Final (Akhir)

1) Sepah (RM350,000)

2) Jozan (RM250,000)

3) Nabil (RM150,000)

4) Jambu (RM50,000)

Maharaja Lawak telah menjadi satu fenomena yang luar biasapada tahun ini. Ramai rakan-rakan di tempat kerja sanggup melanggan Astro Mustika semata-mata untuk menonton Maharaja Lawak. Itulah penangan Maharaja Lawak. Tetapi yang pasti semua peserta sememangnya Professional. Mereka semua memang layak berada di pentas Maharaja Lawak. Ini menambahkan lagi seri dunia seni tanahair. Harap mereka semua terus bekerja untuk memberikan persembahan lawak yang lebih professional di masa hadapan.

Kepada kumpulan Sepah, harap anda semua teruskan perjuangan. Jadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya di dunia seni. Aku berbangga menjadi penyokong Sepah amnya dan menjadi rakyat Johor khususnya. Inilah produk yang tidak ternilai dari Johor. Maaf, di hujung entri teremosi sikit. Sebab itulah luahan rasa bangga aku sebagai rakyat Johor. Jangan marah ya kawan-kawan.

Malam ini keyword dan video Maharaja Lawak Akhir pasti menjadi rebutan. Semua mahu menggunakan keyword yang sama. Aku tak peduli. Aku pun nak tulis benda yang sama. Tetapi ianya lebih luahan rasa bangga aku dengan kumpulan Sepah. Aku memang peminat Sepah. Orang nak cakap apa cakap lah. Yang penting Sepah memang Terbaik…

 

Share it now!

One thought on “Sepah Menggegar Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge