Malaysia Menang Lagi

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Sukan

Malam tadi aku sempat meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan kedua antara Malaysia menentang Lubnan. Ini adalah perlawanan di pusingan kedua untuk kelayakkan Olimpik 2012. Setelah terikat 0-0 pada perlawanan di Beirut 19 Jun lalu, anak buah Ong Kim Swee kembali ke tanahair untuk membawa kemenagan yang sungguh bermakna. Keputusan 2-1.

Bermula garang apabila berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan Mohd Irfan Fazali pada minit ke-8 dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41. Nampak penguasaan bola menyebelahi pasukan Lubnan namun peluang yang terhidang di depan mata tidak di sia-siakan. Pada separuh masa kedua pula, pasukan Malaysia Bawah 23 tahun tersentak apabila Gary Steven Robbat di layangkan kad merah dan terpaksa keluar padang.

Selepas sahaja Gary Steven keluar padang, nampak pemain Malaysia hilang arah. Tak ada game. Mungkin bermain 10 orang dijadikan alasan. Terlepas juga satu gol untuk Lubnan. Mungkin peringkat kematangan para pemain masih jauh lagi. Namun begitu apa yang penting fokus 100% para pemain arus di puji. Semangat juang yang tinggi seharus melayakkan mereka mara ke peringkat kumpulan. Di tambah pula sokongan padu dari Ultras Malaya dan penyokong Malaysia menaikkan lagi semangat juang mereka. Tahniah untuk Pasukan Malaysia bawah 23 tahun. Persiapkan diri anda untuk mengharungi peringkat seterusnya. Banyak yang harus di perbaiki. Harap segala kesilapan malam ini tidak akan berlaku lagi.

Gol Pertama (Credit to Sokernet.com)

 

Gol Kedua (Credit to Sokernet.com)

 

 

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Upin & Ipin Ikon Malaysia.
  • Marketing Secara Percuma.
  • Apa Nak Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?
  • Fikir senang orang je. Susah orang fikir tak?
  • Harga Minyak Naik Lagi
  • Dari Raja Lawak ke Bintang Popular.
  • Perbezaan Virus, Spyware, Worm, Trojan dan Malware
  • Bersikap Telus Dalam Rumahtangga.
  • Hafiz Menebus Kekecewaan Rakyat Malaysia
  • 10 Cara Termudah Menulis Blog

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

2 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Nasrul Hanis says:

    tahniah Malaysia! dan semoga terus maju untuk next game!

    [Balas Komen]

  2. Ali ridha says:

    semoga Malaysia layak ke sukan
    olimpik 2012.
    Ali ridha recently posted..Misteri gravatar ali al-ridha

    [Balas Komen]

2 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Apa Dah Jadi Dengan Sepak Takraw Malaysia?

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge