Portal Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Anonymous

By | June 15, 2011

Tiba-tiba nama “Anonymous” menjadi perhatian dunia. Lebih-lebih lagi dunia Internet. Anonymous adalah satu kumpulan yang tidak di kenalitelah menjadi dalang kepada lumpuhnya beberapa website terkemuka di dunia. Mereka bukan satu badan organisasi, mereka bukan badan kerajaan, mereka bukan ahli kelab juga mereka tiada ketua. Tiada siapa yang mengetahui identiti sebenar mereka ketika ini.  Yang pasti mereka ada Hacktivist.  Atau dengan kata yang paling mudah difahami, mereka adalah hackers atau penggodam.

Mereka telah mula menggodam banyak laman web terkemuka di dunia seperti Laman Web Polis Sepanyol, Laman Web Kerajaan Turki, Church of Scientology, Motion Picture Association of America dan Recording Industry Association of America. Ada juga spekulasi yang mengatakan, kumpulan Anonymous ini juga bertanggungjawab menggodam laman web Sony Playstation. Mereka telah bergiat lama dan kerja-kerja hacktivist ini.

KINI Portal Kerajaan Malaysia menjadi sasaran Anonymous. Mereka akan melancarkan serangan ke atas portal Malaysia.gov.my pada hari Khamis (16 Jun 2011) jam 3.30 pagi waktu tempatan. Ikuti berita dari Thestar. dan Epoch Times

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor. We are Anonymous , We are Legion, We do not forgive, We do not forget, Expect us.

*** Harap SKMM berjaya menangani serangan ini dengan jayanya. Kita tunggu dan lihat nanti…

13 thoughts on “Portal Kerajaan Malaysia Menjadi Sasaran Anonymous

    1. Shaffik

      Wah ko ni memang follower dia orang ni bro. Bro yang hack PSN tu saper? Anonymous ke..sebab aku ada terbaca, Anonymous denied.

      Reply
  1. Ahmad Zaki

    Assalamualaikum….

    Ada dua kemungkinan, sama ada ia benar-benar akan dilakukan atau ianya sekadar “serangan psikologi” terhadap pengendali laman web / portal rasmi sesebuah kerajaan. Mungkin mereka memang mahir dalam dunia pengkomputeran, tetapi ada dari kalangan mereka gemar “mengakali” orang lain… Mereka suka lihat orang lain “ketakutan”, sibuk dengan ancaman palsu… namun tidak ada salahnya jika pihak berwajib mengambil langkah berjaga-jaga. Ia juga sebagai peringatan pada sesebuah kerajaan agar sentiasa peka dan bersiap sedia dengan kemungkinan yang akan berlaku bagi melindungi ruang internet negara masing-masing. Jangan asyik sibuk dengan politik berat sebelah dan fitnah aje…

    Dengan cara mereka mengumumkan tarikh dan masa serangan yang akan mereka lakukan, menunjukkan mereka telah sangat bersedia untuk “berperang” dan memperlihatkan atau memperagakan kemahiran mereka dalam bidang komputer ini. Mereka sukakan cabaran…. Samalah juga halnya semasa konfrantasi antara indonesia dengan Malaysia… Hacker’s dari kedua-dua negara berperangan di arena siber…
    Ahmad Zaki recently posted..Segmen Satu Gambar Bercerita – Kucing &amp AnjingMy Profile

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Thanks untuk komen yang sungguh informatif. Sebenarnya mereka amat sukakan cabaran. Sebab tu x ramai orang yang jadi hackers. Sebab ramai yang tidak sukakan cabaran…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge