Dari Politeknik Ke Pameran Seni Solo.

By | June 6, 2011


Taib AUR adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi Warga JOHO. Terkejut seketika apabila aku membaca Akhbar Berita Harian hari ini. Muka Taib AUR terpapar di satu muka surat akhbar berkenaan. Terkejut sebab ia satu iklan mengenai Pameran Seni Solo dari Taib AUR sedang di jalankan di Lobi Utama, Balai Berita, News Straits Times Press (M) Berhad, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Aku sempat mengucapkan tahniah untuk Taib AUR melalui telefon.

Sekali lagi Taib AUR selangkah mengembangkan bakat seni semulajadinya untuk tatapan umum. Sebenarnya Taib AUR ini adalah rakan satu tempat belajar aku dulu di Politeknik Johor Bahru. Kami duduk di Floor yang sama sewaktu duduk di Asrama dulu. Dia mengambil jurusan Grafik dan aku pula IT.  Dulu kami memanggilnya YOB. Sebab dia berasal dari Perak kalau tak silap laa. Kepala gila-gila dan sporting. Kalau ketawa memang tak ingat dunia.

Apa lagi yang menarik tentang Taib AUR atau YOB. Dia juga menjadi teman kami satu Floor untuk jamming.  Jamming adalah salah satu aktiviti kami di masa lapang. Dan YOB selalunya akan memegang Lead Guithar. Aku pula memukul Drum. Ewah macam terro jer. Ia sekadar mengisi masa lapang. Aduhh rindunya zaman tu. YOB sememangnya obses dengan dunia grafik. Ingat lagi dulu, aku melihat Yob membuat satu model telefon bimbit untuk projeknya. Memang kagum.

Setelah sekian lama menamatkan pengajian di Politeknik, aku tak jumpa dengan YOB lagi. Tetapi tahun lepas aku terserempak dengan YOB di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Katanya, sekarang dia kerja full time sebagai pelukis. Dia ada kedai di Plaza Seni Johor Bahru. Dulu dia pernah bekerja di Pasir Gudang dulu, tetapi mungkin itu bukan jiwa dia. Sememangnya melukis adalah jiwa sebenar bagi YOB.

Tahniah YOB atau Taib AUR atau Taib Razak. Kini kau sudah pun berjaya mengadakan Pameran Seni Solo di KL. Harap segalanya berjalan lancar. Harap orang ramai boleh menilai hasil karya-karya seni yang bermutu dari Taib AUR. Memang Salute!!!!!….Kepada rakan-rakan yang ingin melihat karya seni Taib AUR sila kungjungi laman web :

1) http://artuntukrakyat.blogspot.com/

2) http://taibrazak.blogspot.com/

3) http://aur-souvenir.blogspot.com/ – ni untuk penggemar Fridge Magnet. Ala Magnet Lekat-lekat di Peti sejuk tu…

4) Facebook : Taib Aur.

7 thoughts on “Dari Politeknik Ke Pameran Seni Solo.

  1. zaiedishaq

    hehe.. geng umah sebelah.. dari dulu lagi aku memang respek tengok artwork dia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.