Monthly Archives: June 2011

Page Rank Update…

Alhamdullilah. Shaffik.com sudah pun naik ke PR2. Memang tak di sangka-sangka. Sebab menulis blog in bukan semata-mata nak kejar PR. Tetpi lebih memberikan Informasi. Tup tup Shaffik.com dah pun PR 2 Alhamdullilah. Kawan-kawan lain dah check PR blog belum? Kalau belum pergi check. Mungkin ada yang naik dan mungkin ada yang turun kan. PR blog anda jatuh ke. Alamak…jangan khuatir. Baca Entri ni. Mungkin ia boleh membantu menaikkan semangat anda untuk terus menulis blog.

PR Jatuh Ke? Jangan Bersedih.

Cerita Band Kerja Kahwin

Bila tiba sahaja cuti sekolah, memang banyak undangan yang di terima untuk majlis perkahwinan. Memang tak menang kaki untuk melunaskan semua undangan. Lebih-lebih lagi macam aku. Bila tiba sahaja musim cuti sekolah, aku pula banyak menerima undangan menjadi photographer ataupun jurufoto rasmi majlis perkahwinan. Alhamdullilah, ada sedikit rezeki semenjak aku berkecipung di bidang wedding photographer. Pernah tengok hasil kerja aku tak? Sila layari Photo.shaffik.com.

OK, bukan pasal wedding photographer yang ingin aku kupaskan di sini. Tetapi aku amat tertarik dengan band kerja kahwin. Atau dengan nama lain, band atau kumpulan muzik undangan untuk majlis perkahwinan. Pada aku, majlis perkahwinan tanpa band kerja kahwin atau karaoke nampak sedikit kesunyian di majlis itu. Tetapi ada orang pulak tak suka. Terpulangla pada masing-masing ya.

Bila bercerita pasal band kerja kahwin ini, sudah pasti mereka akan berusaha sedaya upaya akan memeriahkan majlis. Mereka di undang untuk menghiburkan setiap tetamu undangan. Kebiasaannya mereka akan berkampung di majlis perkahwinan dari malam rewang (malam sebelum persandingan) sehingga ke hari majlis persandingan. Memang teruja bila aku melihat mereka semua beraksi. Lebih-lebih lagi orang macam aku yang sukakan muzik.

Apa yang istimewa band kerja kahwin ini? Kebiasaannya mereka ini bermain muzik sebagai kerja separuh masa. Mereka sudah ada kerjaya yang lain tetapi minat muzik yang mendalam mendorong mereka mendapatkan pendapatan sampingan melalui undangan majlis perkahwinan. Yang paling utamanya, mereka boleh memainkan muzik dalam semua genre yang berbeza. Mereka boleh main muzik rock, balada, pop, dangdut dan tak kurang hebatnya muzik irama Malaysia.

Maklumlah, dah nama pun undangan majlis perkahwinan, tak kan nak main muzik indi sepanjang masa kan. Suka atau tidak mereka akan memain muzik dari semua genre yang berbeza. Tujuan utamanya untuk menghiburkan tetamu yang datang. Itulah kelebihan yang ada pada band kerja kahwin. Dari muda sampailah ke Otai, mereka bersatu memberikan persembahan yang terbaik.

Mungkin ramai memperlekehkan band kerja kahwin. Ada juga yang mengatakan band kampung, band tak ada masa hadapan dan tak ada standard. Tetapi kebanyakkan mereka bermain muzik atas dasar minat dan mencari rezeki. Tetapi bila di kenang balik, mereka amat istimewa kerana merek boleh bermain semua jenis genre muzik. Dan mungkin tak semua orang boleh bermain muzik dengan bermacam-macam genre. Semua layan. Bila ada tetamu yang minta lagu, mereka akan berusaha untuk memainkan muzik permintaan. Insyallah tidak akan di hampakan.

Itulah band kerja kahwin. Memang tak segah mana, tetapi dek kerana minat menjadi mereka semua istimewa dan unik. Masa lapang yang di isikan dengan bermain muzik menjadi pelengkap dengan undangan band kerja kahwin. Yang penting masyuk kan…Apa pun, selamat berjaya untuk band-band kerja kahwin. Semoga anda terus menerima undangan dari Tuan Rumah. Semoga anda terus semua terus berjaya.

Semua gambar dalam entri ini adalah salah satu band yang aku kenali di Kota Tinggi.Kebetulan mereka menjadi jemputa di satu job wedding aku di Kota Tinggi Johor.  Kumpulan Voltage sentiasa menjadi jemputan atau undangan band kerja kahwin di sekitar Kota Tinggi Johor. Kalau anda semua ingin buat tempahan sila hubungi mereka di talian: 014-3152809.

 

Sepah Menggegar Lagi

Aku baru sahaja menyaksikan Maharaja Lawak Akhir di Astor Warna. Jauh di sudut hati mula berkata, Sepah berpeluang menjadi Juara Maharaja Lawak Astro 2011. Ini kerana persembahan yang konsisten dari mula Maharaja Lawak di siarkan di Astro Warna. 13 minggu di harungi oleh semua peserta terutamanya kumpulan Sepah.

Di pentas Akhir, Sepah sekali lagi menampilkan persembahan yang konsisten di 2 slot yang berbeza. Bebas dan Musical Comedy. Itulah tema Pentas Akhir. Ternyata Sepah memberikan persembahan yang memukau dan terus di nobatkan Juara Maharaja Lawak 2011. Ramai yang menjangkakan Jozan akan menjadi Juara. Namun persembahan yang tidak konsisten pada slot yang pertama mungkin memberikan laluan kejuaraan untuk Sepah.

Tahniah untuk kumpulan Sepah yang berasal dari Kulaijaya Johor. Aku memang mengikuti perkembangan Sepah dari Raja Lawak lagi. Masih ingat lagi aku pernah menerbitkan Entri Khas untuk kumpulan Sepah. ? Entri ini mungkin menjadi bukti yang aku sememangnya peminat Sepah. Bukan setakat itu sahaja, sebab yang lain ialah Sepah berasal dari JOHOR. 🙂 hahahhahaa…

Gelak bersama Sepah

Tangisan kegembiraan bercampur kejutan nampak di rauh wajah Jep, Shuib dan Mamat. Mungkin mereka tidak menyangka mereka akan membawa pulang RM350,000. Itulah namanya rezeki. Siapa sangka Juara yang pada mulanya di tawarkan hadiah RM300,000 di tambahkan lagi nilainya menjadi RM350,000. Memang rezeki Sepah. Sepah memang layak.

Keputusan Maharaja Lawak Final (Akhir)

1) Sepah (RM350,000)

2) Jozan (RM250,000)

3) Nabil (RM150,000)

4) Jambu (RM50,000)

Maharaja Lawak telah menjadi satu fenomena yang luar biasapada tahun ini. Ramai rakan-rakan di tempat kerja sanggup melanggan Astro Mustika semata-mata untuk menonton Maharaja Lawak. Itulah penangan Maharaja Lawak. Tetapi yang pasti semua peserta sememangnya Professional. Mereka semua memang layak berada di pentas Maharaja Lawak. Ini menambahkan lagi seri dunia seni tanahair. Harap mereka semua terus bekerja untuk memberikan persembahan lawak yang lebih professional di masa hadapan.

Kepada kumpulan Sepah, harap anda semua teruskan perjuangan. Jadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya di dunia seni. Aku berbangga menjadi penyokong Sepah amnya dan menjadi rakyat Johor khususnya. Inilah produk yang tidak ternilai dari Johor. Maaf, di hujung entri teremosi sikit. Sebab itulah luahan rasa bangga aku sebagai rakyat Johor. Jangan marah ya kawan-kawan.

Malam ini keyword dan video Maharaja Lawak Akhir pasti menjadi rebutan. Semua mahu menggunakan keyword yang sama. Aku tak peduli. Aku pun nak tulis benda yang sama. Tetapi ianya lebih luahan rasa bangga aku dengan kumpulan Sepah. Aku memang peminat Sepah. Orang nak cakap apa cakap lah. Yang penting Sepah memang Terbaik…

 

Malaysia Menang Lagi

Malam tadi aku sempat meluangkan masa untuk menyaksikan perlawanan kedua antara Malaysia menentang Lubnan. Ini adalah perlawanan di pusingan kedua untuk kelayakkan Olimpik 2012. Setelah terikat 0-0 pada perlawanan di Beirut 19 Jun lalu, anak buah Ong Kim Swee kembali ke tanahair untuk membawa kemenagan yang sungguh bermakna. Keputusan 2-1.

Bermula garang apabila berjaya mendahului 2-0 menerusi jaringan Mohd Irfan Fazali pada minit ke-8 dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41. Nampak penguasaan bola menyebelahi pasukan Lubnan namun peluang yang terhidang di depan mata tidak di sia-siakan. Pada separuh masa kedua pula, pasukan Malaysia Bawah 23 tahun tersentak apabila Gary Steven Robbat di layangkan kad merah dan terpaksa keluar padang.

Selepas sahaja Gary Steven keluar padang, nampak pemain Malaysia hilang arah. Tak ada game. Mungkin bermain 10 orang dijadikan alasan. Terlepas juga satu gol untuk Lubnan. Mungkin peringkat kematangan para pemain masih jauh lagi. Namun begitu apa yang penting fokus 100% para pemain arus di puji. Semangat juang yang tinggi seharus melayakkan mereka mara ke peringkat kumpulan. Di tambah pula sokongan padu dari Ultras Malaya dan penyokong Malaysia menaikkan lagi semangat juang mereka. Tahniah untuk Pasukan Malaysia bawah 23 tahun. Persiapkan diri anda untuk mengharungi peringkat seterusnya. Banyak yang harus di perbaiki. Harap segala kesilapan malam ini tidak akan berlaku lagi.

Gol Pertama (Credit to Sokernet.com)

 

Gol Kedua (Credit to Sokernet.com)

 

 

Myvi Elegance Yang Menawan.

Malam tadi Perodua telah melancarkan satu lagi model Myvi yang baru. Yang paling menarik perhatian aku adalah Myvi Elegance. Mengapa namanya Elegance? Sebabnya sudah tentu Model Myvi baru ini lebih elegan, esklusif dan lebih bergaya. Dari mata pandangan aku, ianya nampak lebih bergaya dan sporty. Sungguh sesuai dengan pengila Myvi.

Myvi Elegance ini dilengkapi dengan enjin 1.3 liter. Tiada lagi model untuk 1.0 liter. Mungkin pasaran masa kini lebih terarah kepada enjin 1.3 liter. Pembeli lebih bijak memilih dengan kuasa penjimatan minyak yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Inilah sememangnya kelebihan yang ada pada Perodua Myvi.  Dari segi enjin, Myvi Elegance masih lagi menggunakan enjin yang lama dengan  kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Begitu juga untuk sistem Brek yang masih menggunakan brek cakera di hadapan dan brek drum di bahagian belakang.

Untuk bahagian luaran (Exterior), yang lebih memukau adalah rekaan lampu di bahagian hadapan. Ia datang dengan lampu jenis projektor yang lebih bergaya. Cermin pandangan sisi juga boleh di ubah atau dilipat secara elektronik. Sedikit perubahan juga di lakukan pada lampu belakang Myvi Elegance dengan lampu LED dan rekabentuk yang berbeza.


Yang pastinya, ruangan dalam Myvi Elegance pasti akan memukau setiap penggemarnya. Banyak perubahan yang di lakukan pada rungan dalaman Myvi Elegance. Dashboard kini berwajah baru. Untuk versi Automatik, tuil gear d letakkan di bahagian tengah dashboard ( wah dah macam kereta mewah ni). Ia juga di lengkapi dengan butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button). Untuk versi manual, masih lagi sama dengan Myvi yang lama.

Penambahan kesan 3D di bahagian meter pula sudah pasti menampakkan lagi ia lebih esklusif. Sudah pasti ia akan meninggalkan kesan pandangan yang lebih hebat terutamanya di waktu malam. Untuk ruangan tengah pula, Myvi Elegance tampil dengan gaya tan terkini. Ianya datang dengan skrin sesentuh multimedia 6 inci yang di sertakan fungsi GPS, DVD, Bluetooth dan juga fungsi USB. Dah macam kereta mewah dan ni.

Myvi Elengance juga di lengkapi dengan kusyen yang disaluti kulit yang akan memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya di bahagian belakang. Seperti Myvi yang lama, Myvi Elegance juga di datangkan dengan 4 suis power window di semua pintunya. Untuk sistem keselamatannya pula, Myvi Elegance didatangi dengan sistem ABS (Anti-Skid Braking System) bersama EBD (Electronic Brake-force Distribution). Satu lagi penambahan keselamatan untuk Myvi Elegance ialah sistem sistem penggera dan immobiliser (Sistem Anti Kecurian) dan ‘ISOFIX child restraint’ untuk keselamatan kanak-kanak.

Terdapat 3 pilihan warna untuk Myvi Elegance iaitu Mystical Purple (metalik), Ebony Black (metalik), dan Ivory White (solid).

Di bawah adalah harga terkini untuk Myvi Elegance.

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00

2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00

3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00

4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

Untuk penggemar Myvi dan kawan-kawan yang sedang mencari sebuah kereta, Myvi Elegance memang berbaloi. Sekarang dah boleh survey-survey Myvi Elegance di Showroom Perodua. Mana tau nak beli kereta baru sebelum hari raya….:)