Tergelak pun ada bila melihat satu status di Facebook. Ia berkenaan Polisi Penggunaan Tandas. Inilah kali pertama aku melihat polisi tandas. Biasa yang kita lihat peraturan tandas untuk tandas-tandas Awam. Tetapi ini polisi tandas di pejabat. Baca polisi ini sampai habis ya.
Aku buat sedikit terjemahan yang mungkin boleh digunapakai di pejabat anda semua.
Polisi Pengunaan Tandas :
1) Memandangkan penggunaan tandas yang lama sebelum ini, hanya 3 minit sahaja dibenarkan berada di dalam tandas.
2) Selepas 3 minit, Alarm (lonceng) akan berbunyi, tisu tandas tidak boleh digunakan, pintu tandas akan terbuka dan gambar anda akan di ambil.
3) Jika kesalahan yang sama di lakukan, gambar anda akan di tampal di notis board pejabat di bawah kategory “Pesalah Kronik”.
4) Siapapun yang di tangkap dan tersenyum dalam gambar akan dikenakan hukuman di bawah polisi kesihatan syarikat.
Amcam kawan-kawan. Apa perasaan anda bila ada polisi tandas sebegini di pejabat anda?












Twitter Updates

boleh guna tiga minit je? kalau sakit perut macam mana? lama tu nak kena meneran. haha.
shaffique recently posted..Poster Filem Popular Versi Orang Lidi
[Balas Komen]
hehehe…pecah perut nih..kalau sembelit susah lah jawabnya..
mankuchai recently posted..Tarif Elektrik Diumumkan Petang Ini
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 3rd, 2011 at 3:48 pm
Kalau sembelit tu..tahan kejap..kuar kejap pastu masuk balik…
[Balas Komen]
terbaiklah polisi ni..produktif semua pekerja hahaa
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 3rd, 2011 at 3:48 pm
memang terbaik…tapi kompom semua orang muka masam jer bila nak ke toilet..
[Balas Komen]
Pergh. Ni mesti kes staff berjam2 dalam tandas. mau xtension company.. huhuhu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 3rd, 2011 at 3:49 pm
Ni mesti ada kes ni…kalau tak mengapa polisi macam tu pun keluar…
[Balas Komen]
Ni langgar hak asasi manusia ni, LOL!
AMiRU recently posted..Fountain of youth
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
June 3rd, 2011 at 3:49 pm
Amboi…marah tu..
[Balas Komen]