Luahan Rasa Berkawan Dengan Mak Nyah.

By | May 30, 2011

Sibuk betul sekarang ni. Maklumlah cuti sekolah pun dah bermula. Macam aku pulak, bila tiba masanya cuti sekolahlah kerja pun bertambah. Hujung minggu di penuhi dengan tempahan Wedding Photoshoot dari pengantin. Tak boleh nak tolak sebab mereka dah booking lama. Jadi kena laksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.

Walaupun sibuk macam manapun, Shaffik.com tetap di jenguk. Blog kesayangan tu. Ok kali ini aku ingin berkongsi satu pengalaman menarik bila sudah bergelar blogger. Sepanjang menceburkan diri dengan blogging, inilah komen yang betul-betul membuatkan aku terfikir. Ada juga pengunjung yang menulis komen sehingga sampai meluahkan perasaan. Tak sangka sampai ada pengunjung yang boleh menulis komen sedemikian. Inilah penangan blogging.

Luahan rasa ini datang dari  seseorang dekat dengan dunia Mak Nyah. Ingat lagi satu entri yang pernah aku terbitkan dulu pasal Mak Nyah. Banyak pendapat dan komen di terima. Tetapi ada satu komen yang menarik perhatian aku. Bukan setakat komen, tetapi ia lebih kepada luahan rasa. Ikuti luahan rasa Yana. Komen ini telah di siarkan di “Adakah Mak Nyah Akan Insaf“. Aku terpaksa edit sedikit kerana ada ayat yang sama.

Salam..yana ada pengalaman berkawan dgn golongan yg mcm nie..dan alhmdullilah dia dah berubah.. yana rapat dgn dia dari  dia seorang maknyah lagi. dan ketika itu kami berhubungan seperti ‘adik & akak’ . yana juga rapat dgn keluarganya.. pada suatu hari, dia ditangkap oleh jabatan agama islam sebab melakukan aktiviti pelacuran.. dan dia akhirnya dimasukkan ke penjara selama 3bulan.. di situ , yana dan keluarga dia kerap dtg melawat.. dan pada itu , yana bnyk memberikan nasihat kepadanya. dan alhmdullilah , selepas keluar dari penjara , dia nekad untuk berubah.. dan ketika itu , dia hanya ada yana dan keluarganya.. masa itu , dia telah meluahkan rasa cintanya kepada yana kerana selama nie bnyk bg dia dorongan.. yana menerimanya dgn hati yg terbuka dan niat utk bg dia peluang..dan yana memang menyayanginya dari awal perkenalan lagi.. keluarga yana menerima wlaupn dia mempunyai kisah hitam.. pada awalnya ,kami bahagi bersama. dan kami merancang untuk berkahwin. akan tetapi, bekas kekasih yana ni dari segi luaran memang nampak perubahan tetapi dalamannya hanya yana dan dia je yg tahu , dia tetap berperangai seperti yg yana kenal sewaktu dia menjadi maknyah dulu.. dia memang selalu mengabaikan yana dan tidak prihatin dgn yana..dia sering melukai hati yana dan dia juga kerap merendah2kan yana didepan sedara mara dia. dan tiap kali kami keluar , dia mesti menyuruh yana mengambilnya di rumah walaupun dirumahnya ada kereta & motor..dia juga gemar membiarkan ibunya mencampuri hbgn kami dan ibunya akan menyalahkan yana wlaupun salah itu dtg daripada anknya..dia juga pernah tidak mencari yana selama sebulan. sebelum itu dia tinggalkan yana selama sebulan itu , dia dan ibunya ada datang ke rumah dan ketika itu, ayah yana tegur dgn cara baik tentang perhubungan yana dan anaknya tetapi tidak diterima oleh ibunya malah ibunya menganggap ayah yana menghina anaknya bekas maknyah&bekas banduan.. sebenarnya ayah yana menegur itu kerana yana adalah seorang perempuan.. dan tidak manis jika seorang perempuan mengambil seorang lelaki dirumahnya bukan? slah ke ayah yana menegur begitu? sejak dari itu , hubungan kami hambar.. ibunya menuduh ayah yana punca segalanya.. ibunya juga pernah menyuruh yana memilih antara keluarga ataupun anaknya.. dan yana fikir , yana pilih keluarga.. oleh itu , bekas kekasih yana ini , memutuskan hubungan dan menuduh yana mempunyai lelaki lain.. hati yana sangat hancur dengan segala perbuatan bekas kekasih & keluarganya.. dan sehinnga skrg , dia langsung tidak mencari yana dan yana pun tidak mencarinya lagi.. yana tidak mahu mencari nya kerana kali terakhir yana jumpa ibunya. Ibunya ada mengatakan selama ini yana yg terhegeh2 dgn anknya dan klu diikutkan anaknya boleh dpt ramai perempuan cantik.. dengan pernyataan itu , memang betul menyakitkan hati yana.. yana sungguh kecewa.

Bukan niat untuk mengutuk. Tetapi apa pendapat kawan-kawan semua mengenai cerita di atas? Adakah mereka (Mak Nyah) sukar untuk kembali ke pangkal jalan? 🙂

7 thoughts on “Luahan Rasa Berkawan Dengan Mak Nyah.

      1. noriz

        hehehe, apa mksudnya tu? kawin dah tpi nikah lum ek…huhuu
        semoga mereka kembali ke pangkal jalan…

        Reply
        1. Shaffik

          sorry..saya yang salah baca. saya ingat awk ckp awk belum kahwin lagi…:) sorry my mistake 🙂

          Reply
  1. AMiRU

    Belum pernah lagi ada pengalaman berkawan dengan mak nyah yang macam tu sekali. Kalau takat lelaki lembut tu ada lah, aku cool je lepak dengan diorang.
    AMiRU recently posted..Fountain of youthMy Profile

    Reply
    1. Shaffik

      Tak semua seperti apa yang diperkatakan di atas. Seelintir sahaja. Tetapi sedih kadang-kadang bila melihat perangai orang-orang macam ni..

      Reply

Leave a Reply to noriz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.