Segalanya sudah terjawab hari ini. Lega bila mendapat berita bahawa minyak petrol RON95 tidak akan di naikkan buat masa ini. Ianya masih kekal RM1.90 untuk satu liter. Ia diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri selepas mesyuarat kabinet hari ini. Ia juga menutup segala spekulasi untuk kenaikkan minyak petrol RON95.
Petikan daripada Berita Harian Online.
Tiada kenaikan harga RON 95, diesel dan LPG
2011/05/25
PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat.
Berita gembira ini sudah pasti membuat kita semua tersenyum. Terima Kasih untuk Kerajaan Malaysia yang sentiasa mengambil kepentingan rakyat. Tahniah!!!…
tarbaeek la kerajaan Malaysia…
Shahrulsite recently posted..Wordless Wednesday 1 – My son
Terbaik..buat ini..
satu jer aku pelik bro…kita negara pengeluar minyak…kalau rega minyak naik…bukan kita pn untung gak ke?
mestila untung..
tapi takkanlah diorang nak bagitau kita..
titan recently posted..Komisen ketiga dari 701panduan
memang untung. Tapi keuntungan itulah yang buat menampung subsidi yang kita nikmati sekarang ni.