Dilanggar Bas Kilang

By | May 24, 2011

Dalam kesibukkan seharian semalam, aku menerima satu khabar kurang enak. Satu khabar yang membuat aku tersentak seketika. Pak Cik aku (Cik Yusak) kemalangan jalanraya. Dia memang rapat dengan aku dan keluarga. Berita ini amat mengejutkan aku. Ini perbualan aku dan Mak pada jam 7.30 malam semalam.

Mak : Abang kat mana?

Aku : On the way balik  ke Tiram. Ni baru ambil Sue dan Akif.

Mak : Tau cerita?

Aku : Cerita apa tu mak?

Mak : Cik Yusak accident. Sekarang ada di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Aku terdiam seketika.

Aku :  Ok, Abang terus ke sana. Nanti Abang call Cik Na (Isteri Cik Yusak) tanya macam mana.

Aku terus menelefon Cik Na untuk mengetahui maklmat lanjut. Cik Na memberitahu, sekarang Cik Yusak sudah si masukkan di wad kecemasan HSI. Aku terus bergegas ke HSI.

Sampai sahaja di HSI, ramai ahli keluarga dan sahabat handai Cik Yusak sudah tiba. Cik Yusak masih lagi berada di dalam. Aku terus bertanyakan hal sebenar. Kejadian kemalangan itu berlaku sekitar jam 6.00 petang sewaktu Cik Yusak ingin pulang ke rumah selepas bekerja. Sewaktu berhenti di persimpangan Traffik Light Setia Indah – Adda Height – Taman Daya, secara tiba-tiba sebuah bas kilang merempuhnya dari belakang.

Bas kilang berkenaan terus merempuh motosikal Cik Yusak. Cik Yusak jatuh dan sebelah kakinya di langgar oleh tayar bas kilang berkenaan. Ya Allah. Dalam menahan kesakitan, Cik Yusak sempat menelefon isteri dan memberitahu hal sebenar. Dan dia terus di bawa ke HSI.

Cik Na sempat melihat suaminya di dalam Wad Kecemasan. Kata Doktor, kaki suaminya patah. Satu pembedahan terpaksa di buat kerana terdapat pendarahan dalaman. Esok pembedahan akan dibuat dengan kadar segera. Sebelum tiba di hari pembedahan. Cik Yusak terpaksa berpuasa dan jika tiada masalah lain, pembedahan akan di lakukan esok (hari ini).

Aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Cik Yusak pulih dengan kadar segera. Aku hanya berdoa kepada Tuhan agar diberikan semangat yang tinggi, umur yang panjang kepada Cik Yusak dan selamat semuanya. Kepada keluarga Cik Yusak, semoga tabahkan hati untuk menerima Dugaan Tuhan ini.  Segala yang berlaku adalah atas ketentuanNYA.  Sebagai UmatNYA, kita haruslah Redha atas takdir ini.  DIA lebih mengetahui. Bersabarlah….

6 thoughts on “Dilanggar Bas Kilang

  1. Razlan

    Tulah takdir,walau duk di traffic light pon dilanggar bas …tu yang aku seram bile sampai tang traffic light ne,semoga cepat sembuh
    Razlan recently posted..Simple ResumeMy Profile

    Reply
    1. Shaffik

      Sekarang ni, bila kita dah berhati-hati orang lain pulak yang tak berhati-hati. Apapun itu semua ketentuannya. Sentiasa bersedia dan berhati-hati bila berada di jalanraya.

      Reply
    1. Shaffik

      Sudah dibedah…ada masalah dengan ususnya. Tunggu pakar dari HSA untuk pembedahan seterusnya. Last weekend aku melawat dia. Alhamdullilah bertambah baik. Dah boelh bercakap.

      Reply

Leave a Reply to Nasrul Hanis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.