Kita Tidak BODOH!

By | May 20, 2011

Hujung minggu lepas aku berpeluang pulang ke kampung halaman. Ini sememangnya menjadi rutin pada aku dan isteri untuk pulang ke kampung sekali setiap bulan. Walau sibuk sekalipun aku dan isteri akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung. Inilah amalan yang aku lakukan dari aku bujang lagi.

Bila sampai sahaja di kampung, aku sempat berbual-bual dengan anak buah (anak sedara) aku. Tahun ini dia akan mengambil peperiksaan SPM. Sekarang katanya sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Aku pun bertanyakan status persediaan dia untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun 2011 ini. Katanya segalanya berjalan lancar. Cuma ada beberapa subjek yang perlu di titikberatkan.

Sedap hati mendengar status yang diberikan. Bagus. Setidak-tidaknya anak buah aku ini ingat juga untuk menghadapi peperiksaan. Seterusnya aku terus bertanya, apa yang dia mahu lakukan selepas SPM? Katanya nak masuk IKM. Uik aku tersentak sebentar dengan kenyataan yang diberikan.Aku bertanya lagi, mengapa nak masuk IKM? Ini jawapan dia. “Kawan-kawan kata IKM bagus. Cikgu pun cakap, berdasarakan keputusan peperiksaan semasa dia layak masuk IKM. “

Sebagai seorang pakcik, aku cuba memberikan sedikit nasihat untuk dia. Ia bukan untuk menjatuhkan moral dia dan bukan juga tak kata yang IKM itu tidak bagus. Tetapi aku berasa sedikit pelik, mengapa dia mensasarkan hanya untuk masuk IKM? Mengapa dia tidak mensasarkan dirinya untuk masuk ke Universiti? Dan mengapa pula Cikgunya tidak memberikan galakkan pada dia untuk masuk ke Universiti?

Setelah aku halusi sedalam-dalamnya, ada dua masalah yang menyebabkan dia tidak mensasarkan untuk masuk ke Universiti. Pertamanya adalah persekitaran. Dia duduk dalam persekitaran yang tidak begitu sihat. Mungkin semua rakan-rakannya berfikiran sedemikian. Mungkin juga, semua rakan-rakannya tidak pasangkan cita-cita yang tinggi untuk ke menara gading.  Ini sebenarnya masalah para pelajar melayu khususnya ketika ini. Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran yang sering menjadi penghalang untuk lebih berjaya. Mereka bukan tidak pandai dan bijak, tetapi kadang kala tidak nampak masa hadapan yang cemerlang. Berada di dalam dunia mereka sahaja. Tidak nampak perkara yang lebih besar di luar sana.

Keduanya, adalah mental block.  Dia ada menyatakan, satu dua subjek itu susah. Susah dan tidak boleh nak masuk dalam kepala otak. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada pelajar kita dewasa ini. Semuanya dianggap susah. Semua tak boleh. Itu tak boleh. Subjek itu susah. Semua susah. Dan tidak mencari jalan penyelesaian untuk memecah kesusahan itu. Pada aku, bila diri kata semua susah, maka susahlah jadinya. Mengapa tidak berusaha untuk belajar lebih lagi dan menguasai subjek yang bermasalah itu? Bukan itu lebih baik dari terus mendidik diri mengatakan SUSAH.

Dua perkara di atas sememangnya sudah menjadi lumrah kepada pelajar kita dewasa ini.  Inilah yang kebiasaanya menjadi penghalang untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan.  Perkara inilah yang sering di didik di dalam hati para pelajar kita sekarang. Ini amat merbahaya.

Aku memberikan sedikit tips untuk membebaskan diri dari masalah di atas.

1) Amalkan Muhasabah Diri untuk menjadi yang lebih baik. Muhasabah diri adalah amalan yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri.  Duduk dan fikir-fikirkan bagaimana untuk membawa diri ke suatu tahap yang lebih bagus.

2) Campur dan bergaul dengan orang-orang pandai dan berjaya. Mengapa? Sebabnya, bila sering bercampur dengan orang yang bijak pandai, sedikit sebanyak akan mendorong diri kita untuk menjadi seperti mereka yang bijak. Secara tidak langsung ia akan melatih minda supaya menjadi seorang yang bijak pandai.

3) Jangan malu untuk bertanya. Buang perasaan malu untuk menimba ilmu. Kerah diri untuk sentiasa berusaha belajar dan menimba ilmu. Sebabnya cara ini yang paling berkesan untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang boleh menjadi penentu masa hadapan kita.

4) Jangan sekatkan minda dengan perkataan SUSAH. Susah, sikit-skit nak mengeluh. Lagi banyak kita memperkatakan soal susah, lagi banyak elemen negatif yang akan masuk dalam kotak fikiran kita. Hindarkan dari sentiasa bercakap soal susah dan buang elemen negatif dalam diri.

5) Ubah persekitaran kehidupan anda. Cari persekitaran yang sihat dan positif. Cuba bergaul dengan rakan-rakan yang berfikiran positif. Baca atau selami kisah-kisah orang yang sudah berjaya. Selami bagaimana mereka boleh menempa kejayaan. Jadikan ia bukan sekadar inspirasi tetapi cabar diri sendiri untuk menjadi lebih berjaya daripada mereka. Tekadkan  dalam hati bahawa ” Aku mahu lawan dia dan lebih dari dia.  Dan aku mahu menjadi lebih istimewa dari rakan-rakan aku yang lain. “

Harap tips di atas boleh membantu untuk membebaskan masalah yang di hadapi oleh pelajar-pelajar kita sekarang. Bukan boleh digunakan oleh pelajar sahaja, malah ia juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.  Jika tidak diatasi dengan kadar segera, ia boleh menjadi penyakit di dalam setiap hati masyarakat kita. Fikirkan masa hadapan anda semua. Jangan rosakkan masa hadapan anda semua. Aku pasti setiap antara kita bukannya BODOH atau tidak pandai. Tetapi rata-ratanya sering menyekatkan minda diri sendiri untuk berubah. Aku mengharapkan entri ini boleh membuka mata dan minda semua untuk menjadi sesorang yang lebih cemerlang. Insyallah.

9 thoughts on “Kita Tidak BODOH!

    1. Shaffik

      Itu laa pasal…Persekitaran yang tidak sihat tu bahaya. Kalau tidak di jaga dengan baik..memang rosak masa depan.

      Reply
  1. noriz

    penah gak depan situasi cam tu…ckp lebih kang di katakan memandai, tak ckp kang tak sampai hati lak…kesian kan…masa depan mereka gak…

    Reply
    1. Shaffik

      Mahu atau tidak, kita harus memberikan mereka nasihat. Sebab ini untuk masa hadapan mereka semua.

      Reply
  2. shaharil

    Jika ingin sesuatu kejayaan, kita kena usahakan dan sampai jadi. Buktikan kita boleh lakukannya.

    Nasihat orang hanya bersifat panduan dan kita berhak untuk menolaknya jika tak selari dengan apa kita nakkan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.