Adakah Sedia Untuk Di Kritik?

By | May 19, 2011

Menulis blog adalah sesuatu yang indah. Ramai blogger-blogger yang merasai getaran ini. Malah apa yang aku perhatikan ramai yang cuba untuk ada blog sendiri. Ramai blogger baru yang muncul. Setiap hari dan setiap masa, dunia Internet tidak pernah sunyi dari kemunculan blogger-blogger yang baru.

Ini membuktikan penulisan blog menjadi satu trend yang juga begitu hebat seperti pengaruh facebook. Mengapa? Mengapa ramai yang ingin menulis blog? Ikut trend, ikut kawan atau betul-betul minat? Tepuk dada tak hati masing-masing. Jawapannya ada pada diri anda semua blogger.

Bila dah ada blog, sudah pasti banyak cerita yang ingin di kongsikan untuk para pengunjung. Mesti banyak informasi yang ingin di beritahu kepada semua. Macam-macam cerita nak di ceritakan. Lebih banyak entri yang di hasilkan, pasti lebih banyak komen yang di terima.  Bagi seorang blogger, perkara yang paling manis adalah menerima komen yang membina atau komen yang memuji atau komen yang sentiasa setuju dengan setiap entri yang dihasilkan.

Tetapi, bagaimana pula komen yang berbentuk kritikan? Adakah komen yang disiarkan siap sedia untuk di siarkan di blog anda semua? Bagaimana para blogger mengambil kira komen yang berbentuk kritikan. Komen kritikan seperti ini :

1) “Saya tidak setuju dengan pendapat penulis. Penulis hanya memandang pada satu sudut sahaja. Bagaimana perasaan orang lain ?”

2) ” Rasanya susah nak baca entri ini. Ayat tunggang langgang. Berbelit nak baca.”

3) ” Jangan menulis seperti melepaskan batuk di tangga sahaja, sila study dulu sebelum tulis”

4) ” Rasanya background blog ni lebih elok berwarna lebih terang. Gelap sangat laa”

5) ” Entri yang tak masuk akal langsung. Tiada asasnya”

Bagaimana jika anda semua menerima komen-komen yang berbetuk kritikan seperti di atas? Apa yang perlu anda buat? Approve komen itu? Siarkan komen itu? Just approved tetapi tak reply pun? Macam mana? Sudah pasti ianya sesuatu yang sukar untuk membuat keputusan. Pasti ianya menjadi lebih sukar jika entri yang dihasilkan menerima kritikan yang banyak. Macam mana? Nak approved atau delete sahaja komen kritiakn yang diberikan?

Bagi aku, ini salah satu saat yang mencabar untuk diri blogger itu sendiri.  Jika tidak di ambil kisah, sudah pasti komen berkenaan akan di buang terus. Mungkin tak perlu rasanya. Mungkin komen yang berbetuk kritikan akan mengubah persepsi pengunjung lain pada blog berkenaan.

Tetapi jika seseorang blogger yang inginkan kemajuan,membuang komen kritikan bukan sesuatu langkah yang terbaik. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Mengapa? Jika setiap kritikan itu di halusi dengan baik, ia pasti akan membantu tuan punya blog untuk meningkatkan lagi bentuk penulisan yang dihasilkan.  Sebagai blogger mungkin anda tidak perasan bagaimana bentuk penulisan anda? Adakah penulisan anda di terima baik oleh pengunjung? Adakah anda menulis syol sendiri? Sejauh mana kualiti penulisan anda pada setiap entri yang di hasilkan? Adakah pembaca blog anda 100% dengan penulisan anda?

Bagi aku mudah. Setiap komen yang di terima perlu diambil sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan penulisan yang baik. Walaupun komen itu berbentuk kritikan, ambil komen itu sebagai satu cabaran untuk diri sendiri bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti pada masa akan datang. Jangan di simpan dalam hati dan ambil ia sebagai satu sudut yang positif. Buka minda anda untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan tahap penulisan blog.

Mungkin satu perkara yang para blogger tidak perasan jika menerima komen yang berbentuk kritikan. Secara logiknya, jika pembaca itu memberikan satu kritikan, sudah pasti seluruh entri yang anda tulis itu dibaca dari mula sehingga penghujungnya. Bukankah entri yang anda tulis itu berjaya mencuri tumpuan pembaca? Nah..anda sudah berjaya mencuri tumpuan pembaca untuk membaca entri yang dihasilkan. Bukan setakat baca tetapi menarik tangan dan pemikiran mereka menaik dan  memberikan kritikan atau komen yang membina. Inilah yang dikatakan “Manisnya menulis blog”.

Jadi, jangan gentar dan takut dengan sebarang kritikan yang di terima pada setiap komen yang di terima. Ambil positif dan jangan terlalu emo serta marah dengan pendapat pembaca blog anda. Mungkin tanpa kritikan yang membina, kita kita tidak sedar dengan kehendak pembaca blog. Mungkin tanpa kritikan, kita tidak sedar sejauh mana kualiti penulisan blog kita sendiri. Jangan ambil mudah soal ini. Percayalah, ia boleh membantu untuk meningkatkan penulisan anda. Fikir-fikirkanlah.

16 thoughts on “Adakah Sedia Untuk Di Kritik?

  1. Rhymee

    Writing is like painting. Painting is art. Therefore, writing is art too. Art is opened to critics and therefore writing and painting are open to critics. Therefore; Nothing else matters – Metallica.
    Rhymee recently posted..My Kids Are Getting OlderMy Profile

    Reply
  2. Nasrul Hanis

    Kita manusia tak sempurna dan perlukan pandangan dari orang lain untuk perbaiki diri. So kena ambil kritikan2 tu sebab mesti ada sebab diorang kritik. Kadang2 kritikan pun tiada asas tapi kita kena lihat juga sebab apa kritikan tu wujud dan kita boleh ambil manfaat untuk kebaikan bersama 🙂 ..happy blogging semua!

    Reply
  3. noriz

    eh, napa sya cam terasa lak dgn entry ni…hehe…sbb sya pun terikut nak ada blog tpi tak tiru sapa2…just blogging as it a life diary… semua leh komen, tak yah tunggu approval…

    Reply
    1. Shaffik

      Maaf laa Noriz kalau terasa. Tapi Noriz punya blog pun apa kurangnya…Yang penting semua orang boleh komen kan.

      Reply
  4. mankuchai

    Jarang orang suka komen yg berbentuk kritikan..seharusnya think positive…setakat ni belum dapat komen berbentuk kritikan…tetapi takut juga nanti akan syok sendiri….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge