Semalam aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Johor Bahru. Kini lokasinya sudah bertukar di Kementerian Dalam Negeri yang terletak di Setia Tropika. Lokasinya sama seperti Pejabat Imigresen Johor Bahru yang baru. Ini semua gara-gara kehilangan surat beranak anak aku. (Muhammad Akif Zahin).
Setelah pindah ke Bukit Tiram, aku tidak ingat kat mana aku letak surat beranak Akif. Dan aku tak ambil port pun pasal surat beranak. 2 minggu lepas, isteri aku bertanyakan pasal Surat Beranak Akif. Alamak, aku pun lupa kat mana aku letak. Puas mencari di setiap laci, gerobok (bahasa Johor ni) dan merata tempat. Tetapi tak jumpa.
Memang dah hilang. Jadi semalam aku terus buat surat beranak yang baru untuk Akif. Inilah kali pertama aku buat surat beranak yang hilang. Bagi mereka yang mengalami perkara yang sama, mungkin entri ini boleh membantu. Apa yang perlu adalah :
1) Terus ke Jabatan Pendaftaran Negara di tempat anda
2) Tidak perlu laporan Polis
3) Terus ke kaunter, berhubung terus dengan pegawai yang ada di sana. Ambil nombor (jika ada).
4) Isi borang Permohonan Carian/Cabutan Daftar kelahiran.
5) Photostat (buat salinan) kad pengenalan bapa.
6) Tunggu giliran nombor giliran anda.
7) Serahkan borang permohonan kepada pegawai yang bertugas. Bayaran RM5 akan di kenakan sebagai denda.
8) Periksa semua maklumat yang tertera pada cetakkan yang akan di berikan oleh pegawai yang bertugas.
9) Tunggu sekejap sehingga nama anda dipanggil kembali untuk penyerahan Surat Beranak yang baru.
10) Setelah selesai bolehlah pulang dan simpan Surat Beranak itu sebaik mungkin.
Inilah langkah-langkah untuk melapor dan memohon surat beranak yang sudah hilang. Semua perkara di atas boleh di selesaikan kurang dari 1 jam (di JB). Terima Kasih dan Tahniah aku ucapkan kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Setia Tropika atas kerja yang begitu efisyen sekali.
akhir bulan lepas aku pun ada kesana..ambil mykid baby yg baru lahir & buat IC buat anak sulung (12 tahun)..banyak kaunter dibuka & masa menunggu pun tak lama berbanding di Wisma Persekutuan..tahniah buat JPN…
Wah..bro lagi dekat nak kesana kan..Sambil jenguk kedai..terus ke JPN..Pengurusan memang pantas.
mintak share beb…
Silakan bro..informasi sebegini harus di kongsikan bersama-sama kawan2 lain.
Boleh tumpang Tanya saya punya surat beranak sudah hilang.boleh kah I buat yg baru d pj ,saya punya sijil kelahiran hilang d sini Dan I ialah org sabah!tq
Buat kat sabah belum siap dalam masa 5tahun…
Kalu Nama Abdullah…kta xprlu ic Bapa kn
surat lahir saya hilang ….tapi saya orang sabah boleh tolong saya x daftar yang baru
Klau kelahiran Sabah boleh buat kt semenanjung ke???
Kan…Sabah mesti buat laporan polis lg tu..aduhhhh bkin sulit ja org berurusan
lagi 1 bapa saya sudaa tiada ndak thu suda menghilang kan diri nya ndak tahu pasal maklumat dia dh …
jika my kid hilang proses dia sama macam hilang surat beranak ke
Hari ini saya buat perkara yang sama untuk anak saya di JPN Hentian Kajang.
Btulke ..1 jam blh siapke ?