Jangan Panik Jika Kehilangan Surat Beranak

Semalam aku ke Jabatan Pendaftaran Negara Johor Bahru. Kini lokasinya sudah bertukar di Kementerian Dalam Negeri yang terletak di Setia Tropika. Lokasinya sama seperti Pejabat Imigresen Johor Bahru yang baru. Ini semua gara-gara kehilangan surat beranak anak aku. (Muhammad Akif Zahin).

Setelah pindah ke Bukit Tiram, aku tidak ingat kat mana aku letak surat beranak Akif. Dan aku tak ambil port pun pasal surat beranak. 2 minggu lepas, isteri aku bertanyakan pasal Surat Beranak Akif. Alamak, aku pun lupa kat mana aku letak. Puas mencari di setiap laci, gerobok (bahasa Johor ni) dan merata tempat. Tetapi tak jumpa.

Memang dah hilang. Jadi semalam aku terus buat surat beranak yang baru untuk Akif. Inilah kali pertama aku buat surat beranak yang hilang. Bagi mereka yang mengalami perkara yang sama, mungkin entri ini boleh membantu. Apa yang perlu adalah :


1) Terus ke Jabatan Pendaftaran Negara di tempat anda

2) Tidak perlu laporan Polis

3)  Terus ke kaunter, berhubung terus dengan pegawai yang ada di sana. Ambil nombor (jika ada).

4) Isi borang Permohonan Carian/Cabutan Daftar kelahiran.

Borang Daftar Kelahiran Yang Hilang

 

5) Photostat (buat salinan) kad pengenalan bapa.

6) Tunggu giliran nombor giliran anda.

7) Serahkan borang permohonan kepada pegawai yang bertugas. Bayaran RM5 akan di kenakan sebagai denda.

8) Periksa semua maklumat yang tertera pada cetakkan yang akan di berikan oleh pegawai yang bertugas.

9) Tunggu sekejap sehingga nama anda dipanggil kembali untuk penyerahan Surat Beranak yang baru.

10) Setelah selesai bolehlah pulang dan simpan Surat Beranak itu sebaik mungkin.

Inilah langkah-langkah untuk melapor dan memohon surat beranak yang sudah hilang. Semua perkara di atas boleh di selesaikan kurang dari 1 jam (di JB).  Terima Kasih dan Tahniah aku ucapkan kepada Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Setia Tropika atas kerja yang begitu efisyen sekali.

 

Share it now!

Tagged: ,

Komen: 4

  1. Nadri May 17, 2011 at 11:10 am Reply

    akhir bulan lepas aku pun ada kesana..ambil mykid baby yg baru lahir & buat IC buat anak sulung (12 tahun)..banyak kaunter dibuka & masa menunggu pun tak lama berbanding di Wisma Persekutuan..tahniah buat JPN…

    • Shaffik May 18, 2011 at 10:39 am Reply

      Wah..bro lagi dekat nak kesana kan..Sambil jenguk kedai..terus ke JPN..Pengurusan memang pantas.

  2. firdaus July 10, 2011 at 6:16 pm Reply

    mintak share beb…

    • Shaffik July 13, 2011 at 3:17 pm Reply

      Silakan bro..informasi sebegini harus di kongsikan bersama-sama kawan2 lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge