Terima Kasih Cikgu

By | May 16, 2011

Hari ini adalah Hari Guru.  Hari ini adalah hari yang di raikan untuk semua insan yang bergelar Guru. Jika di congak dan dihitung memang besar jasa semua guru-guru yang mendidik kita di alam persekolahan.  Walau apa pun yang berlaku, Guru tetap bersemangat untuk memberikan ilmu kepada semua anak murid nya.  Guru atau Cikgu memang menjadi lilin kepada kita semua sehinggalah apa yang kita kecapai masa ini. Bagi aku :

Kerana Cikgu Aku tahu membaca A B C

Kerana Cikgu Aku mampu mengira 1 2 3

Kerana Cikgu Aku boleh menulis

Kerana Cikgu Aku kenal erti menimba ilmu pengetahuan.

Kerana Cikgu Aku kenal dengan lebih dalam mengenai Islam.

Kerana Cikgu Aku dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Kerana Cikgu Aku menjadi apa yang aku kecapi sekarang.

Dan Kerana Cikgu aku tahu bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

Semuanya kerana Cikgu. Memang tak terbalas dengan apa yang di curahkan pada aku.  Memang aku rindukan semua Cikgu-cikgu yang mengajar aku di sekolah. Saat-saat yang ingin di nikmati semula jika di izinkan. Tetapi semua telah berlalu. Aku tetap bangga dengan apa yang berlaku pada diri aku sekarang. Semuanya hasil didikan cikgu-cikgu atau guru-guru aku di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab. Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar Guru. Walau dimanakan pun kamu berada, aku tetap mengenang jasamu. Insyallah.

Inilah lagu yang sering di nyanyikan sempena Hari Guru setiap tahun.

 

 

8 thoughts on “Terima Kasih Cikgu

  1. Haru

    slmt hari guru jugak aku ucapkan kpd semua ckgu..tnpa mereka mgkin aku xakan jadi seperti skrg..dan slmt ari guru buat kwn2 aku yg dah nak jadi guru..dulu korang selalu nakal mase sekolah..sekrg ko taw la ape rasenye bile pelajar nakal depan korang…haha 😀

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Kerana mereka kita menjadi apa yang kita ada sekarang. Ad least kita mengenal apa erti hidup kan.

      Reply
  2. azza_ibrahim

    Selamat Hari Guru…kepada guru2..kalian adalah insan yg mulia. Rindu akan kenangan zaman sekolah dahulu…Rindu akan guru-guru. Terima kasih atas jasamu wahai guru-guru Tabika Kemas (Cikgu Habibah -Ini ibu Maleek Nasarath), Sek. Keb Seri Aman, Sek. Men. Tan Sri Jaafar Albar, Sek Men Keb Tun Dr Ismail & Sek Men Keb Tun Habab

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Banyak betul sekolah ko ni Azza. Ni mesti nakal ni masa sekolah dulu ni 🙂

      Reply
  3. azza_ibrahim

    aku mmg suka tukar-tukar sekolah…hihihihi tukar angin, tukar kwn2, tukar cikgu..tukar boyfreind….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.