Hati-Hati Jika Membeli DSLR di Ebay.

By | May 13, 2011

Hari ini aku ingin berkongsi satu maklumat yang amat penting untuk semua pengemar Kamera DSLR.  Lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka membeli DSLR daripada EBAY. Semalam aku menjenguk harga-harga DSLR di EBAY. Saja tengok-tengok.  Boleh budget-budget duit untuk upgrade DSLR nanti.

Sedang menglungsuri EBAY, aku ternampak satu iklan di EBAY dengan menjual NIKON D700 dengan harga RM1900 sahaja. Kalau nak kits lens 18-105mm tambah lagi RM200. Wah, murah gila ni. Nikon D700 hanya dengan harga RM2200.  Dengan penerangan yang cukup cantik, dia meletakkan email address dia untuk di hubungi jika ada sebarang pertanyaan. Ini penerangannya di EBAY.

Nikon D700 Body Set ini Dijamin Baru Dan Original by Nikon. Bukan barang tiruan (Not a Look Alike) atau 2nd Hand.

Saya akan menjelaskan secara singkat disini. Jadi, boleh hubungi saya untuk penerangan selanjutnya.

Harganya Dijamin murah. Tidak akan dapat di mana mana harga ini. Tak ada kurang tak ada lebih dan tak ada sebarang kos tersembunyi.

Tawarannya ialah seribu tujuh ratus sahaja. Kenapa murah? email kepada saya dan saya akan jelaskan.

1 Tahun Warranty Nikon

Dalam masa 3 bulan kalau ada masalah unit, pertukaran unit yang baru aku diberikan.

Datang dengan Standard Accessories dalam Kotak.

* Optional = Tambah RM200 untuk Lens Kit 18-105mm Original Nikon.

Untuk penerangan lanjut tentang barang ini, sila email saya di pedagangcmr@gmail.com

Email to me directly at the address given for fast reply.

Terima Kasih

Aku pun cuba menghantar email kepada dia untuk bertanyakan kemusykilan aku. Macam mana Nikon D700 boleh di beli dengan harga RM2200?. Dan ini jawapan dari dia :

Hi,

Saya ingin mulakan dengan sedikit info tentang barangan ini. Sebenarnya barangan ini ialah barang underwater (Ditahan Kastam). Sebab itulah barang ini murah. Saya mempunyai beberapa unit untuk dijual secepat mungkin, jadi, anda tidak perlu Bid. Anda boleh beli terus daripada saya. Oleh sebab stok saya terhad, jadi, siapa cepat dia dapat. Siapa membuat pembayaran dahulu, dia dapat.

Mengenai Warranty, Warranty penuh selama 1 Tahun akan diberikan oleh Nikon Hong Kong. Ini adalah kerana barang ini dibawa masuk dari Hong Kong. Tetapai bukan itu sahaja, saya juga memberi Warranty Penuh dari pihak saya selama 3 bulan. Yang mana, kalau ada apa apa masalah dalam masa 3 bulan, inform saya secepat mungkin, saya akan menggantikan dengan unit yang baru. Barang ini 100% Baru dan Original, bukan imitation, recond atau second hand. Jika selepas pembelian tidak memuaskan hati anda, saya akan full refund.

Untuk keselamatan kedua belah pihak, saya tidak buat COD atau COC pada deal pertama ni.Pembayaran boleh dibuat melalui Bank transfer dan saya akan courier pada encik/cik melalui Poslaju. Selepas pembayaran dibuat encik/cik perlu SMS saya nama dan alamat penuh atas tujuan penghantaran. Saya akan courier pada encik/cik pada hari yang sama pembayaran dibuat melalui Poslaju. Kos penghantaran akan dibayar oleh pihak saya. Selepas penghantaran selesai saya akan inform encik tracking no barang yang dihantar. Encik/Cik akan terima keesokkan harinya. Saya pasti encik/cik akan tertanya bagaimana jika pembayaran sudah dibuat dan barang tidak sampai? Sila contact saya dan saya akan jelaskan bagaimana deal ini boleh secure untuk kedua belah pihak.

Untuk berurusan atau pertanyaan lanjut tentang keselamatan urusniaga ini, boleh call atau sms saya di 017-634 9774 Encik Zi.

Terima Kasih


Dia mengenalkan dirinya Encik Zi. Dari penerangan yang diberikan, aku masih lagi berasa sangsi. Mengapa harganya begitu murah? Aku terus telefon En Zi.  Katanya dia orang Pulau Pinang. Bekerja di Kastam.  Semua kamera DSLR yang di jual ini sangkut kat Kastam. Dan semua body yang di jual adalah dari Nikon Hong Kong. Katanya, sekarang dalam tangan ada 2 buah D700, 1 buah D300s dan 2 buah D7000.  Setelah mendengar penerangan yang 100% memberikan kemusykilan, aku terus letak telefon.

Dengan penuh kesangsian, aku terus cari informasi di Internet. Rupa-rupanya sahlah En Zi ini PENIPU. Ini satu SCAM.  Satu blog telah revealkan hal ini.

Pada 19 ogos 2010 saya ada melihat iklan di ebay iaitu d90 set dgn lens lain2 kits, dgn harga rm1500 seunit,saya ada email dia bertanyakan kenapa harga terlalu murah sedangkan harga pasaran RM3888..dia menjawap ini adalah barang rampasan kastam dan dijual ngan harga yg murah.?? dia ada juga beberapa unit lagi nikon model lain iaitu d300s + lens n d700s+lens dgn harga RM 1800 & 2000..setelah saya col dia dia memberitahu mengenai harga dan macamana bayaran harus dibuat. dia bijak myakinkan saya dengan menyatakan ada cover insuran barangan tersebut saya dan kwn saya bersetuju untuk membeli 3unit camera trsebut..saya telah transfer duit 2 kali pertama RM 2000 n kedua 3300 setelah pembayaran dibuat ternyata dia penipu,dia telah memberikan n?. tracking pos laju palsu. dan barang dibeli tidak sampai n x dapat trace & track..disni sedikit detail mengenai beliau Nama samaran Tengku Lautan @ en. zee @ hasmiran bin jali ic n? ;770510-06-6247, acc cimb n?. 1432-0071967-527 email raidersofsea@gmail.com. diharap semua berhati-hati..menyesal dahulu pendapatan, meyesal kemudian tidak berguna lagi. di petik dari Scammeralert.

Hari ini aku cuba cari URL yang aku lawati semalam dari EBAY. Tak tahu mana hilangnya.  Tetapi aku jumpa satu lagi iklan yang sama dari Encik Zi.  Kali ini jual pula Nikon D300s dengan harga RM1910 dan menggunakan ayat yang sama.

Jadi kepada penggemar kamera DSLR semua, berhati-hati jika mahu membeli kamera anda. Lebih elok pergi di kedai yang sudah tentu nampak barangnya depan mata.  DSLR bukan murah. Mahal tu.  Jadi berhati-hati. Jangan mudah terpengaruh dengan harga yang di tawarkan di Internet. Kalau nak beli di Internet, lebih elok barangan itu COD. Bukan apa, untuk keselamatan dan menjaga poket masing-masing. Bukan mudah mengumpul duit untuk beli DSLR kan. Berhati-hati.

P/S : Jika ada rakan-rakan yang pernah berurusan dengan En Zi ini, tolong kongsi-kongsi kan pengalaman anda di sini. Bukan apa, ianya berguna sebagai informasi.

14 thoughts on “Hati-Hati Jika Membeli DSLR di Ebay.

  1. mommy nana

    pergh! tipu bulat-bulat.
    tapi akak mmg kurang percaya web besar-besar ni.
    ebay jenguk je skali skala. ada yg jujur tapi tu la kan.
    nak kene kita tak tahu. better baca dan cari sapa sebalik iklan2.
    dalam fb lagi la macam2. setakat akak bli dalam fb ok. takde nipu.
    mungkin akak pun berhati-hati. tengok customer dorang feedback.
    ada satu grup dalam fb “KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM!” dalam ni macam2 dorg bongkarkan. so better extra extra careful.
    terimkasih pada shaffik untuk entry ini.

    p/s: abg akak mmg suke kamera leh akak share dgn dier pasal ni 🙂

    Reply
  2. cekkeya

    fuhhh, takut jugak la kan. membeli online nih banyak jugak risiko dia. harap2 tak ada lagi yg tertipu lepas nih. 😉

    Reply
      1. ulik

        canon 5d la…
        kalau nak beli second skali pon aku akn jumpa face to face…
        bukan melalui bank in…

        Reply
    1. Shaffik Post author

      Sekarang semua orang sudah anggap Internet adalah lubuk duit. Tetapi tidak tahu bagaimana cara yang sebenarnya. Sebab tu langkah untuk menipu adalah yang terbaik untuk mereka. 🙂

      Reply
  3. alyrds

    Wah~… naseb baik aku tak beli lagi bro. aku dah usha² 3-4 bulan lalu. konon nak beli la TAPI dah baca entri ko ni… aku bersyukur la tak jadik mangsa lepas ni.. thansk bro!…. nak share la entri ni, mohon ya!

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Boleh..Tolong sharekan pada kawan2 yang lain..Bukan apa..jangan sampai tertipu…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge