Bila berbicara sahaja soal kedai makan, memang banyak perkara yang boleh di kupaskan. Ada yang panggil kedai makan. Ada yang panggil restoran, ada yang panggil kedai mamak, ada juga panggil warung dan sebagainya. Pucuk pangkalnya semuanya menjual makanan dan minuman.
Setiap pelanggan yang datang semestinya inginkan kesempurnaan. Lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang amat cerewet dalam soal pemakanan. Ada yang menitik beratkan soal rasa makanan, suasana kedai makan, layanan brother-brother atau awek-awek yang ambil order dan juga tidak terkecuali servis yang di berikan oleh kedai makan itu sendiri.
Memang tidak dinafikan, Malaysia memang kaya dengan produk makanan yang tersendiri. Setiap pengusaha kedai makanan berlumba-lumba untuk memberikan citarasa yang terbaik. Pelbagai jenis menu makanan yang di sediakan. Tak cukup satu kertas untuk di tulis semua jenis makanan yang ada di Malaysia. Memang banyak. Tetapi jika anda sebagai seorang pelanggan, apa yang anda mahukan bila melangkah masuk dan duduk di kedai makan?
Bagi aku, perkara yang utama adalah servis. Soal rasa jatuh kepada nombor dua. Aku lebih selesa untuk berkunjung ke kedai makan yang memberikan servis yang tip top. Servis ini merangkumi :
1) Susuan atur meja yang selesa untuk di duduki oleh pelanggan.
2) Berapa cepat pelayan mengambil order?
3) Bagaimana ramahnya pelayan mengambil pesanan?
4) Seberapa cepat makanan dan minuman yang di pesan akan samapai di atas meja yang aku duduk?
5) Adakah giliran menunggu makanan atau minuman itu tepat? (yang sampai dulu dapat makan dulu, yang lambat sampai lambat)
Aku memang amat menitik berat soal-soal di atas. Walau sedap manapun makanan yang di sajikan, tetapi servisnya hancur. MINTAK MAAF!!!, itulah kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki di kedai itu. Lebih-lebih lagi jika muka tauke dan muka pelayan yang mengambil pesanan tidak mesra pelanggan (dengan bahasa yang mudah, “muka ketat setiap masa”). Maaf aku tidak akan lagi ke kedai itu.
Aku boleh terima dengan baik jika makanan yang di sajikan tidak 100% memenuhi selera aku. Tetapi jika layanan yang diberikan baik, perasaan marah itu akan berkurangan. Aku memang tidak boleh terima jika servis yang diberikan tak baik, tambahan pula rasa makanan hancur dan ke laut.
Jadi kepada semua pengusaha kedai makan ataupun restoran. Jangan sibuk menjanjikan sajian yang enak, jangan sibuk berusaha menarik pelanggan yang ramai, jangan sibuk meletakkan harga yang mahal pada menu makanan dan jangan sibuk mendekorasi ruangan dalaman kedai anda. JIKA servis yang diberikan tidak baik, jangan harap pelanggan akan setia untuk berkunjung ke kedai anda. Jangan harap pelanggan nak datang lagi ke kedai anda. Jangan harap pelanggan nak mencadangkan kedai anda kepada rakan-rakan lain.
Kepada semua pengusaha kedai makanan, tolonglah ambil berat soal servis kepada setiap pelanggan yang datang. Tidak kira siapa sahaja yang masuk ke kedai anda. Baik orang Corperate, VIP, Jurutera, artis, Pak Cik, Mak Cik, budak sekolah, Sedara mara, keluarga dan baik tukang pekerja angkat sampah sekalipun, TOLONG berikan servis yang terbaik untuk mereka. Sebabnya, mereka semua ini adalah pelanggan anda. Ingat, tanpa mereka anda semua tidak akan mendapat jualan. Tanpa duit mereka semua, belum tentu anda akan mendapat untung. Fikir-fikirkanlah.












Twitter Updates

Salam Shafik,
Saya memang mementingkan servis dan rasa makanan,banyak juga kedai mamak yg saya pergi…servis mmg baik tapi bila makanan sampai..hmm mengecewakan (
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 13th, 2011 at 11:01 am
Mamak memang berikan servis yang baik. Tetapi makanan memang tak boleh lawan restoran melayu. Kalau aku lepak mamak, teh tarikn, roti canai dan mee goreng mamak yang selalu aku order..yang lain kureng sikit.
[Balas Komen]
bila lapar, makanan yang dipesan ambik masa lama pulak nak sampai, memang boleh menguji kesabaran..huhu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 13th, 2011 at 11:02 am
Betul tu bro. Maunya tak menguji kesabaran. Dah laa lambat, tak sedap pulak tu..
[Balas Komen]
klu ikut pengalaman aku semasa mengendalikan Chamek Kopitim, biz makanan bukanlah satu biz yg senang..semuanya perlu diambil berat, baik dr segi kualiti makanan, harga, servis dll..lg2 kalau dapat customer yg cerewet..semuanya dia nak komplen..biz makan yg perlu diutamakan adalah servis, servis, servis..aku pun klu pergi makan dkt kedai klu servis lambat blh angin satu badan..dah lah lambat, order lain dpt lain…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 13th, 2011 at 11:03 am
Tapi bro. Chamek kopitiam punyer servis memang terbaik…Bro lama juga aku tak lepak Chamek kat setia tropika…sebab apa malam tutup skang bro?
[Balas Komen]
Nadri Reply:
May 18th, 2011 at 11:16 pm
entahlah bro..yg kat setia tropika tu onwer lain..dengar ownernya pompuan..
gambar restoran kat atas tu mcm dkt Kedai Makan Rahmat, Kg Pasir Puteh yg terkenal dgn ikan siakap deep fried…
[Balas Komen]
layanan perlu 1st class. ini ambil org suke2 je jadi pelayan.
takpun ajar la manners kan?
akak pun tak suke la. kalu lambat mmm siap la..
penah kami order 1/2 jam makanan dan air tak sampai2. kami blah jer.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
May 13th, 2011 at 12:11 pm
Itu yang trend kedai makan sekarang. Ambik pelayan sembarang jer. Tak kisah la ambik saper2 pun. Yang penting train sikit cam maner nak ambik order.
[Balas Komen]