Salam semua. Hari ini adalah hari yang sungguh bermakna kepada semua adik-adik kita. Bagi mereka yang memohon kemasukkan ke IPTA, hari ini mungkin hari yang gembira bagi anda semua. Adik-adik semua boleh menyemak keputusan kemasukkan ke IPTA selepas pukul 12.00 tengahari hari ini.
Semakkan kemasukkan ini adalah untuk mereka yang memohon ke IPTA 2011 bagi sesi 2011/2012 bagi program Pengajian lepasan SPM dan setaraf dengannya. Semakkan boleh di buat di laman web rasmi http://upu.mohe.gov.my/ ataupun melalui SMS. Taip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) hantarkan kepada nombor 15888.
Semoga penat lelah adik-adik selama ini terbalas dengan berita gembira hari ini. Bagi yang gagal pula, usah risau. Adik-adik boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi E-Rayuan selepas 10 hari keputusan kemasukkan ke IPTA di keluarkan. Rayuan boleh di mohon melalui lawab rasmi http://upu.mohe.gov.my/.
Pesanan dari Shaffik.com. Teruskan proses pembelajaran sehingga ke hujung nyawa kita. Selagi ada kederat dan otak masih boleh berfikir dengan baik, gunakanlah sebaik-baik yang mungkin. Masih jauh lagi perjalanan untuk berjaya. Harap adik-adik semua tidak putus asa untuk terus menuntut ilmu. Insyallah.
Tahniah untuk adik2 dan semoga maju jaya! 😀
*hoho.. terkenang masa dapat result dulu.. huhu
Nasrul mesti lompat keriangan bila dapat tahu masuk U kan…
selamat belajar adik2 ku hehe, jangan ponteng2 kuliah huhu (padahal aku buat jugak dulu kui kui kui)
Aiman selalu tuang kelas ni kan…:)